BEN ASHAARI

Monday, May 23, 2011

IKAN TUMIS CUKA......RESIPI KAK IDA...

P1280442
Salam petang semua, cuma nak kongsi resipi ringkas je kali ni. Dalam freezer ada seko ikan merag saiz sederhana, tatau lah nak masak apa, asam pedas jemu dahh, kari pulak mana tahan, cuaca panas2 ni. Nak buat sup tiba2 tekak tak lalu...Puas fikir2 sekali teringat ikan tumis cuka resipi dari blog kak ida, resipi ringkas dan sedap, yelah dia rasa seakan2 acar, ada masam2 manis. Masaknya pun cepat dan ringkas. Apa2 pun terima kasih mat pada kak ida 1001 resipi, blog beliau di sini....Ehh terlanjur tu sudi2kan lah vote DTS di sini...Terima kasih sayang untuk semua....ehem ehem....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan merah saiz sederhana, disiang, cuci bersih dan kerat 4
Sedikit garam dan serbuk kunyit
3 ulas bawang putih, dihiris
1 biji bawang besar, hiris bulat
2 cm halia muda, hiris halus
1 biji cili hijau, belah 2
1 biji cili merah, belah 2
1/2 camca teh biji sawi
1 kayu manis, resipi asal tak letak
1 kuntum bunga lawang, resipi asal tak letak
1 camca besar cuka (mat lebihkan sedikit)
3/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dilumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis biji sawi, bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan air, bila mendidih tambah gula dan garam secukup rasa.
  3. Masukkan cuka dan cili merah/hijau. Tambah ikan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.....

12 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

semalam cuba msk resipe ikan taucho tu..anak2 selera mkn.nnt nak cuba resipe atas ni la pulak.ikan merah takda dlm stok

kakchik@ella said...

feveret kakchik ni cik mat ...

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

senangnya resepi ni...next time boleh cuba...^^

eddie yustin said...

Thanks..CMG.BERIKAN IDEA UNTUK SURUH ORANG RUMAH MASAK MAKANAN MALAM NI..

yatie Awang said...

belumlg makan, nampak gambar pun dah tahu mesti sedap....

aDisH.sHidA said...

shida panggil masakan ini..jeruk...hehhe selalu buat dengan ikan haruan goreng...ikan merah kadang2..paling suka bawang2 nya....sedaaaaaaaaaaaap sgt2..my fav nie...

mOon jOhari said...

..mOon posa arini...nampak sgt mnyelerakan...

bersama kak Es said...

suke gambar kayu yang manisss tu

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

Sodap ni lama x pekena. Nanti kena suruh wife buat...ikan, mai 2 minggu skali kat Oxford ni...ummmhhh

Sis-Lin said...

agaknya kalu bt guna ikan kurau pun sedappp ek mat.....ermmmm

AI said...

nak pindah dekat2 umah cmg la...bole selalu gi mengendeng makan...hehehe

Mat Gebu said...

Resipi ni senang disediakan..dan sedap...ala2 acar, rasa mat nak letak timun pun ok..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.