BEN ASHAARI

Tuesday, May 3, 2011

BLENDED ORANGE CAKE

P1270975
Bertemu kembali, kali ni mat share satu resipi kek mudah. Mat terpanggil nak mencuba, memandangkan ramai telah mencuba. Resipi nya paling mudah, bahan2 pun tak banyak. Rasa pun hmm ok lah nice...sedap dan terasa oren dia. Mat ambik resipi dari blog Kak Ct Delima, cuma mat gantikan gula halus tu dengan soft brown sugar. Kalau tengok resipi asal, depa guna 2 cawan gula....makk aii dah tentu lah manis terlampau kan, ini kita guna 1 cawan gula peerang pun ok dah rasa dia. Oren pun betul2 ada sebiji dalam peti sejuk, kira ni memang terlaksalah kan projek kek oren kisar ni...

P1270977
Kek dia agak lembap, lembut dan ada rasa2 kesedapan oren. Kulit oren tu mat cuma ambik bahagian oren saja, omit bahagian putih, sebab nanti pahit, lagi satu, mat ambik pulp dia saja. Tau tak ini antara kek paling mudah dan cepat, mana taknya semua main kisar dalam blender. Kalau nak letak sedikit kaler oren pun ok, bagi nampak lagi menarik. Tadi mat nampak Hana Jepun ada buat tau....Ok kita semak resipi dia pulak...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji orange
1 cawan gula perang
3 biji telur gred B
2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan ayak)
1/2 cawan mentega cair
1/2 cawan minyak jagung
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Oren dicuci dan lap kering, hiris kulit oren tadi, ambil bahagian kuning sahaja. Kemudian ambil isi oren, buang urat2nya. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasarnya dengan kertas minyak. Mat guna acuan silicone. Ketepikan.
  3. Dalam alat pengisar makanan atau blender, masukkan oren, gula, mentega cair, minyak masak dan telur, kisar hingga semua sebati halus dan sebati. Tuang dalam satu bekas. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati dan tepung habis.
  4. Tuang dalam bekas tadi dan bakar selama 40 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kan atas jaringan sebelum dihidangkan...

20 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

laparr la pak cik mat :(

y u y u Z u l a i k h a said...

laparr la pak cik mat :(

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

takyah pki serbuk penaik?cantiknyer gebu!

Sis-Lin said...

sana sini buat kek oren..aku plk bt puding roti kak Hana tu....esok masuk ok..lalalalalla

tgh gian choc hershey's tu Mat...sedappppp...

pstt td aku dpt ekrem free 2 magkuk ko....hahahahhaa

CT Delima said...

Assalamulaikum mat

Cayalah Mat..secantik, segebu kek oren mantop ni Mat.. hihihi.

kak ct nak tanyalah dah lama terpikat kat acuan silicone Mat ni. Agak2nya mana kak ct nak sambar acuan macam ni erk mat ??

yatie Awang said...

nak cuba2 tq

SiS NaD said...

SaLaM aBG MaT...

WaH!~ KeK PuN aDa BLeNDeD2 JuGaK ea... SeDaP2!~ (^_____^)V

aku tak reti masak said...

hehehe mat punya cun, sy punya ok ok je..tp mmg sedap. ada d blog sy, korek dr my resepi..resepi asal k fida

linda said...

Salam CM,

Nak tanya kek ni memang teksturnya macam muffin ke? Saya dah dua kali buat kek ni..sedap pjugak tapi tesktur kek macam liat sikit..ala-ala muffin. Memang gitu ke?

mama ju, said...

Aslkm anakanda

Hehe resepi yg mama mesti cuba. Tkasih!

kakchik@ella said...

Omaigod cik mattttt .. nape la digoda kc dgn kek oren ni saat-saat kc mmg tgh mengidam-idamkan dia. cik mat ni tak baik tau .. Kc mmg tgh cari org yg boleh buatkan Butter Cake Orange ni .. tapi nak yg kulit oren nya diparut halus. Tengok2 cik mat tayang kat belog pulak. Aduhhh .. duhh .. duhhh .. duhhhh .. tlg pos ke KL cik mat. Bolehhh? Hihi

Hanim said...

cantiknya kek oren CMG...kene plak dgn air teh tu yum3

BaYu aka Dr Siti Hawa said...

nampak macam rangupdi luar, gebu di dalam..!!!!

azila said...

teringat kek yg dibuat oleh mak zla dulu..ni antara kek feveret dia buat..huhuh

Fiza Nordin said...

oren kite pun ade sebijik je tu dlm peti....tersorok dlm rak paling bawah....mcm memanggil aje tu....eheheheee

Mila@Rimbun said...

yumyum... teringin ler plak nak buat kek oren nii.. nampak senang jer

ibu syafiq said...

sy dh wt.sdp mmg t'sgt sdp tp x naik sgt lah kek'y...knp hah?

~dYaHaHa~ said...

abg mat, saya pon da try..tapi kek bantat! x naik langsung mcm abg mat punya...baling dinding pon, x pecah..haha..apa punca x naik gebu eh? terlebih kcau ke?

ibu syafiq said...

2 la psl...ibu syafiq wt pn sma...x naik.tp rsa dia sgtlah sdp!!!

NinaAz said...

sedap! nak try la ...dalam peti ais ada sebiji oren..eheee

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.