BEN ASHAARI

Sunday, May 22, 2011

ANDA MALAS MASAK?....YANG NI SESUAI....

P1280431
Petang semua, buat apa tuu, kalau cuaca mendung2 ni ngorok bess kan, tapi tu lah mat gebu pantang...kalau takk mau aku tidur dengan comelnya..haha, sila muntah.. Petang ni cuma nak share masakan simple dan kira teramat mudah lah. Kalau yang malas pun boleh buatnya. Nak makan dengan nasi pun ok, kalau hirup2 macam tu pun best juga. Terpulang. Kalau nak kick boleh lambakkan cili kicap sebagai penambah ke pedasan. Pada mat lauk ringkas macam ni, ada ikan goreng/ikan masin dan sambal belacan, sudah memadai. Juga sesuai masa2 demam dan tak sedap badan..,.Resipi dibawah ini...Layannnnn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 biji telur gred B
3 biji kentang, kupas dan belah 8 setiap sebiji, rendam
4 keping cendawan black fungus, kerat dan rendam
1 batang leek, kerat dan rendam
1/2 cekak soo hoon, kerat pendek dan rendam lembut
Air secukupnya
1 kiub ayam "Maggi"
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih hingga harum, masukkan kentang (toskan) dan gaul rata. Masak sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan kiub ayam Maggi, biar mendidih.
  2. Bila kentang 1/2 empuk, kecil kan api, pecah kan telur satu persatu, dalam kuah tapi pastikan ianya tidak bertindih antara satu sama lain. Masak dengan api kecil hingga telur mengeras.
  3. Tambah cendawan, leek (toskan) dan tambah garam secukup rasa. Masukkan juga serbuk lada hitam dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..

17 comments:

Nur-nba said...

Sup telur pun nampak sedap bila Cik Mat yg masak.. :)

alexa yussida said...

stuju ngn kak nur nba...ishk2 cik mat mmgla..geng2 cheff wan :D

Bayu Kenangan said...

masakan yang simple dan sedap... anak-anak pun suka

bersama kak Es said...

CMG!! tajuk tu kejiii hahaha
kalo tak masak gak tak tahu lah nak letakk muke kat mana :P

bersama kak Es said...

Telur tu mabelesss!! nampak cam keju cairrr..

Mas said...

ni klu dapat kat mas...
habis semangkuk mas ratah....
sedappnya.....

IQBAL ZARIN said...

ni tahap malas CMG pon leh masak mabeles punye. tahap malas org len x tau la. ntah2 mls jnguk dapur pon ade. hahaha

G3-lina said...

mcm best ni! nak try lah!!

officially19 said...

hehe..terasa dengan perkataan malas tu sebab baru tadi cakap malas nak masak lagi hari..tapi yang ni memang sangat senang and nampak sangat sedap..nak try la..=)

azian said...

hello2...
kl malas telor tu masak ceplok je cik mat...ni pun kira tahap rajin la jugak....hehehe

::Miss Hearty:: said...

simple but look very delicious ^^

Mima's Oven said...

Soup ni i like, selalu buat makan dgn nasi and sambal belacan best....

Cik Nin said...

tgk tajuk, terasa cik nin. kih3...

Zie said...

CMG...kaalau cam yg CMG tunjukkan gambar kat atas bukan dlm kategori malas masak tau...itu dh kira amat rajin masak...yg malas masak...ialah resipi masak maggi jer hehehe

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

haha~ abg mat, tgk ramuan pun byk..dlm ati dh ckp "arghh..malas jgk la.." hahaha~

bersama kak Es said...

dah buat...
tapi telur tak jadi cenggitu punnn :(

officially19 said...

cik mat,saya dah cuba dah semalam.tapi saya modified sikit.hehe,terima kasih ye untuk resepi ni.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.