BEN ASHAARI

Wednesday, April 6, 2011

SERAWA PULUT DURIAN..

P1270114
Salamm semuaaa......panasnya cuaca, mendung dan hujan sekejap tadi, tapi tak lebat menjadikan diri rimas tak terkata..kipas atas on, tepi on, tingkap bukak, baru legaaaa....sakit pala leer..huhu, petang tadi memang happening sungguh lah mat gebu ber YM empat serangkai...Mat Gebu - Kak Ummi Kuantan - Ady Budika - Ben Ashaari....pengsann okeyyy!!.. Berbalik pada N3 kali ni mat share serawa pulut durian. Durian tinggal sebiji terkonteng2, dan semalam bonda kupas dan simpan isi dia dalam peti sejuk. Hari ni, pagi2 mat dah rendam pulut dalam 500 gram. Lepas tu bila siap santap tengah hari, mat mulakan operasi mengukus dan membuat kuah durian....hmm sekejap je sebenarnya membuat serawa pulut durian ni..

P1270135
Pulut tu kan mat kukus, tapi style orang kukus nasi, letakkan beras pulut yang dah direndam dan toskan tadi dalam bekas, rata kan dan letak santan cair sehingga pulut tenggelam sahaja. Letak garam secukup rasa, simpulan daun pandan dan 1/2 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa), gaul rata dan kukus 30 minit...waalaaaa, siap sudah, kita gemburkan dan boleh makan dengan kuah durian tadi...simple dan mudah bukan. Kuah dia pula tak payah lah bersantan sangat nanti muak. Ok mat tulis resipi mudah ni..Jomm kita semak sama2...Pstt...nak tau tak..Ady Budika punn ada hati buat serawaa jugakk...jeless lahh tuu...kat sini...

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
500 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
350 ml santan cair
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga betul2 tanak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai...

25 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedap...cicah roti nyum3

Sunah Mohammad said...

ermmm.....

Nailah Azman said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaa!!!

Siti Nadzirah Zakariah said...

hari tu baru makan..yummy..

aDisH.sHidA said...

gluuuuuuuuuuuuurp..sama dengan ady nyer masakan..sapa tiru sapa nie..tp yg ini nampak selera...terliur lak...

mcm ni lah said...

sowrii i ball rew ball leak dairy london i tax mark and dude ryan,..
sambil lambai2 tangan diatas wilcha ittiewww,. ahakssss

Double N said...

oooo..kalau kat ganu dia tak panggil serawa dah..dia panggil pulut durian je... huhuhu..sedap!!

FARISZ@AZ.Com said...

Selalu panggil pulut berkuah durian.
Sedap kalau di makan ketika panas/suam.
Sebab Mata Lelaki Gemar Lihat Badan Wanita
Hentikan Gangguan Seksual Terhadap Lelaki!!!

Tasha said...

eh, hari ni....kak mirror a.k.a sam pun buat serawa durian tau..... sehati sejiwa pula yer hari ni

Kjee said...

CMG...please pick up your award kat blog kjee.

Diya Edhayaa said...

pulut serawa ni sdap gile.. mkn sejuk2.. pergghhh! ta ckup...

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Semalam kita pun wat gak serawa derian..tengah musim derian kan ... mekasih kongsi resepi nak masak pulut tu...

Jaja said...

nasib baik baca tajuk cmg... ingatkan ayam masak kurma td.. hehehe

Nieza said...

wah sedapnya serawa ...:)

UMMI FARIS HAIKAL said...

uisshhhh!!!sodapnye...kecur mulut ibu mengandung nih! dah lah tengah mengidam nak makan ni..huhuhu...

yana halim said...

byk resepi durian di mana2. Minggu ni hari2 ada org bawak bubur kacang durian. Kat tv skrg pon tgh citer pasal durian.....adoii...lapo durian...huhu..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Ha'a... betul ckp Tasha tu, arini Miss Mirror pun masak serawa durian. Tapi kita tak bubuh gula melaka.. guna gula biasa je, ikut resepi ibu mertuaku, makan dgn roti.

p/s : Cik Mat.. esok masak apa plak? Kalau sama jugak tak tau la tu.. :D

Myvitrd said...

aduh mat minggu lepas ada juga aku balik johor..kalau tahu aku suruh nenek aku buat serawa durian ni.. huhu..sedapnya cecah dengan roti

Miss Ran said...

pkcik mat da best hehe

Nini Mohd said...

perghh~
fav <3

Salmiah said...

anak bujang saya mmg suka serawa durian. makan dgn roti jer... pulut tu kalau sempat dan ada masa.

Pijahh' de-Arr said...

lapaq durian lahhh~~~

AngahSayang2314 said...

yum2 sedapnyerrrrr

Aman Ibrahim said...

even simple but sangat menyelerakan.. mesti best~ thanks for sharing,, picture tuh betul2 wat saliva meleleh haha

Ainie G said...

1st time masak serawa ikut resepi CMG , Alhamdulillah menjadi. Thank you CMG