P1270114
Salamm semuaaa......panasnya cuaca, mendung dan hujan sekejap tadi, tapi tak lebat menjadikan diri rimas tak terkata..kipas atas on, tepi on, tingkap bukak, baru legaaaa....sakit pala leer..huhu, petang tadi memang happening sungguh lah mat gebu ber YM empat serangkai...Mat Gebu - Kak Ummi Kuantan - Ady Budika - Ben Ashaari....pengsann okeyyy!!.. Berbalik pada N3 kali ni mat share serawa pulut durian. Durian tinggal sebiji terkonteng2, dan semalam bonda kupas dan simpan isi dia dalam peti sejuk. Hari ni, pagi2 mat dah rendam pulut dalam 500 gram. Lepas tu bila siap santap tengah hari, mat mulakan operasi mengukus dan membuat kuah durian....hmm sekejap je sebenarnya membuat serawa pulut durian ni..

P1270135
Pulut tu kan mat kukus, tapi style orang kukus nasi, letakkan beras pulut yang dah direndam dan toskan tadi dalam bekas, rata kan dan letak santan cair sehingga pulut tenggelam sahaja. Letak garam secukup rasa, simpulan daun pandan dan 1/2 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa), gaul rata dan kukus 30 minit...waalaaaa, siap sudah, kita gemburkan dan boleh makan dengan kuah durian tadi...simple dan mudah bukan. Kuah dia pula tak payah lah bersantan sangat nanti muak. Ok mat tulis resipi mudah ni..Jomm kita semak sama2...Pstt...nak tau tak..Ady Budika punn ada hati buat serawaa jugakk...jeless lahh tuu...kat sini...

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya
700 ml santan
500 ml air
1 ketul gula melaka, hiris halus*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
2 cawan air*(*disatukan, masak dengan api kecil hingga gula larut, tapis dan ketepikan)
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca besar tepung gandum*
3 camca besar air*(*dikacau rata2)
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
500 g pulut, cuci dan rendam 30 minit, toskan
350 ml santan cair
1/2 camca teh garam
1/2 camca teh minyak masak
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukusan. Pulut tadi diletak dalam loyang, masukkan daun pandan, santan, garam dan minyak masak. Gaul rata dan kukus dengan api besar selama 20 minit. Kareh pulut tadi dan sambung kukus 10 minit lagi hingga betul2 tanak.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Dalam periuk, satukan santan, gula merah, durian dan jerang atas api hingga mendidih, guna api perlahan. Masukkan secubit garam untuk bagi rasa lemak. Biar mendidih perlahan, rasa dan jika kurang manis tambah sedikit lagi gula. Tuang bancuhan tepung gandum dan masak 2 - 3 minit lagi hingga kuah pekat. Matikan api.
  3. UNTUK PULUT SERAWA :- Senduk pulut secukupnya ke dalam bekas sesuai, tuang kuah ikut banyak mana yang anda inginkan, boleh dimakan. Kuah ini juga sesuai dimakan bersama roti, lempeng dan juga serabai...