BEN ASHAARI

Thursday, April 28, 2011

NASI GORENG 10 MINIT.....SERIUS NIHH!!

P1270863
Salam morning, jom sarapan nasi goreng..Tu je lah yang boleh mat letak dalam N3 pagi ni, sebab mat goreng nasi, jadi n3 pun nasi goreng..Jemu tak?..huhu tak pe mat faham. Tapikan ini nasi goreng cepat punya, tak payah pening2 kepala, semua macam cempak2 je bak kata orang muo (muar). Ada nasi sejuk, semua bahan tumbuk rata, cili kisar, garam secukup rasa dan bahan hiasan sikit...dah settle, boleh makan dengan penuh sopan santun yea. Mat pun agak tergesa2 ni, sebab ada benda lain nak dibuek nih haa. Pstt jalan ke blog ni sekejap jomm...kat sini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 cawan nasi sejuk, dileraikan
Garam secukup rasa @ sos ikan
2 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar cili kisar
Hirisan daun bawang
Hirisan cili padi, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Telur asin untuk hiasan

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
1 genggam ikan bilis, cuci dan rendam hingga lembut, toskan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masuk cili kisar dan tumis hingga masak. Tolak ketepi kuali, dan masukkan telur, biar mengeras sedikit dan gaul rata.
  2. Tambah nasi dan gaul pantas. Masukkan sos ikan secukup rasa, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang, hirisan cili padi, bawang goreng dan telur asin....nak sedap makan dengan ulam petai...perghh!!

22 comments:

Eza Ridzwan said...

sgt menyelerakan -> perot masih kosong..lom diisi lagi..sob!sob!

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

w/pun nasi goreng campak...serius nampak sedap...jeles giler dgn nasi goreng itu..

CT Delima said...

Lajunya memasak Mat... hihihi

Bak ler nasi goreng tu sikit, kak ct memang tengah lapor ni. nak bediri lama takut tombang pening kepala ni haaaa.adeiiii.

Sari Yusa Ibrahim said...

hihihi... slalu buat nasi goreng mcm ni time nak gi keje... tapi 10 minit pun sedapkan..

ilahjy said...

kalu barang2 dah siap basuh cuci mmg kerja semua pantas.. kalu baru balik dari pasar nak kena kemas2 dan basuh cuci brg pasar fuhhh kerja 10 minit jadi 3 jam hahah.. apapun che mat gmbr nasi tu mmg cunggg melecunggg minta mai sikit , bukan nasi .tapi pinggan tuuu hehehe..sekeh kang baru tau minta2 jer..

Sunah Mohammad said...

pagi tadi pun saya wat nasi goreng gak! sama la~~~

budak kampung said...

mat gebu...pagi ni aku makan nasi goreng petai...tapi mak aku yang masak hehehe....nyum3

kalau tak malas,boleh singgah,
nasi goreng petai super masyukkkkk

kakchik@ella said...

dlm peti es ada nasi sejuk, blh la kakchik cuba ni.

FARISZ@AZ.Com said...

simple tapi mengeyangkan.

Sal Saari said...

lapar perut sy tengok nasi goreng ni..

akuanakpahang said...

Salam CMG, meh bagi sepinggan :)
New Entry "Bakal Isteri Putera William Mimpi Bogel apa maksudnya?"

Lina said...

10 minit pun nampak sedapppp!!!

Ismail Fitry said...

Kalau petai frozen buat ulam boleh tak? Kat New Zealand ni takde yang fresh, semua petai dah masuk freezer.

Liza @ Adzriel AB said...

10 minit pun menggiurkan

Aziela said...

ada telur masin tu yg buat seksi tu...

Budak Botak said...

he3, dah sampai waktu rehat nie, nak suruh makcik tu buat nasi cmni, dlm masa 10 minit gak..

Entry terbaru GEMPAR - Daging Lembu Tiruan Pon Dah Ada Kat China... (",)

linda said...

CM, nasi goreng simple pun sedap jugakkk...love your blog so much!

naem said...

SEDAPPP GILE

Siti Indrawati said...

Selamat petang sifu..saya sekarg pun kalau buat nasi goreng dh ikut stail mcm ni,x pedas,maklumlah pagi2 tinggal ngn sikecik nak pedas saya lawan ngn sambal petai..perg1 memang mabeles..terima kasih bg resepi simple begini..
p/s:kawan adik saya dah jd peminat DTS,Selalu masak@ buat kek ambik kat DTS,dia org Singapura..sibuk mintak laman blog Sifu sebb adik saya dok citer,saya ni peminat DTS hehehe..

FIRDAUS HUSAIN said...

nk masak 5 minit pun boleh..tp nk prepare bahan-bahan yg lama...huhu

i like nasi putih+budu+ikan aye rebus+ulam

ShashaCatering said...

Wah! Simple jer tapi pantas dan sedap pulak tu.

Terima kasih bagi resipi ni ;)

alexa yussida said...

ulam petaiiii..pergh sedapnye..cik mat,pos petai ke sini barang sedozen bole :P

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.