BEN ASHAARI

Tuesday, April 26, 2011

DAGING MASAK KICAP BEREMPAH KARI.

P1270823
Salam semua...jumpa lagi, mesti ramai suri2 rmah dah balik kerja. Masak apa untuk makan malam?. Kadang bila masak yang ringkas tu mudah dan sedap. Mat masak kicap tapi campur rempah kari, saja buat sedikit perubahan. Tapi kan rasa dia masih macam masak kicap, cuma ada rasa sedikit berempah. Eh sedap tau, asyik rasa masak kicap biasa je, apa kata try yang ni pulak. Tapi kan mat guna bahan2 yang ada, jadi nampak macam rumit sikit, walhal tak pun. Selain makan dengan nasi, kalau cicah ketupat pun sedap...sesi melawat blog pulak, kali ni try singgah blog ini. . anda pasti teruja...hmmmm

BAHAN-BAHANNYA :-)
450 gram daging batang pinang, hiris nipis cuci dan toskan
1 inci halia*
2 ulas bawang putih*
4 biji bawang merah*(*kisar halus)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 camca besar cili kisar
1 camca besar rempah kari daging
1 biji bawang besar hiris
1/4 biji red capsicum, dadu kasar
1/4 red capsicum, dadu kasar
1/4 yellow capsicum, dadu kasar
1 batang leek, kerat kecil dan rendam
3 camca besar kicap pekat
2 camac besar kicap manis
1/4 camca teh cuka makan @ jus lemon
1 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis dan bunga lawang hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Tambah bahan kisar halus + rempah kari tadi. Tumis hingga harum.
  2. Masukkan daging dan masak hingga daging kecut. Tuang air dan biar mendidih. Masukkan kicap pekat dan kicap manis dan leek (toskan). Masak hingga pekat.
  3. Tambah semua jenis capsicum, bawang besar, cuka makan dan masak hingga lembut. Rasa dan jika kurang masin boleh tambah sedikit lagi kicap. Matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan..

10 comments:

cik Ida said...

cam pelik je PCM.. sedap ke?
ni yang rase cam nak try masak... :D

Mat Gebu said...

@ cik ida - haha test dulu, baru tau..

mcm ni lah said...

salam berminat nak letak banner iklan kat blog ni

!✿❤Cik Izan❤✿! said...

sedap tuh..mcm style kelantan...ikan, ayam masak kicap pun saya buat style mcm ni...^__^

cik cek said...

Mesti sedap ni kan CMG...sib baik kak cek dah makan...kalau tak nak jugak ngendeng sikit ngan adik kak cek ni...

MamaFaMi said...

Nangis.....

Norabudy said...

Kecur air liur kami.. lapo pun ade.. waa.. nangis laju2

Rozita said...

CMG, ada orang panggil resepi ni daging masak mambo... sekarang memang tengah popular kat johor masa kenduri kendara..

Mawar Melati said...

saya panggil masak kicap je.. Kalau takde rempah kari, ganti rempah sup pun sodap, hehehe~

izan mama mia said...

masak hitam mmg sedap...boleh cuba juga rempah saya jual...

http://miaduniaku.blogspot.com/2012/09/rempah-masak-hitam-mudah-dimasak-enak.html

tq

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.