BEN ASHAARI

Thursday, April 28, 2011

ASAM PEDAS AYAM GAYA NYONYA.

P1270865
Salam tengah hari, apa khabar semua, dah makan tengah hari?. Mat masak sempoi2 siaaa, cuma tiba2 aku termengidam nak makan ayam masak ayam gaya nyonya, tapi sayang bunga kantan takde..hmm, jadi kurang lah sikit rasa dia, tu pun nasib baik ada daun limau purut. Kalau nak guna ikan pari pun sedap, tapi ni hari tekak terasa nak makan ayam. Kali ni mat guna ayam pencen atau ayam tua, kalau nak guna ayam muda pun boleh, terpulang pada masing2. Masakan ni kan, kuah dia kalau cicah sama lempeng pun sedap. Masakan nyonya ni memang unik, walaupun nampak sama macam orang melayu, tapi ada lain sikit dari penggunaan bahan mentah. Kalau anda ada masa, cuba tengok rancangan "Dapur Nyonya" setiap Selasa jam 10 pagi di TV3...ada Florence Tan masak, menarik sekali....

P1270870
Hmmm, tinggal cedok nasi panas diaa, sambal belacan pun ada, ulam2 kasi letak sama, baru ngam bila makan. Kalau nak tambah sayur lain pun boleh, mat cuma ada terung dan tomato sia, kalau nak letak bendi atau nenas pun boleh. Ikut selera masing2. Kali ni kita jalan2 ke satu blog lagi...hmm rasa2 blog siapa mat nak pilih yeaa..kejap eks..aku jampi serapah dulu.....Haaaa..dah jumpa..yang ini... Ok lepas tu kita pantun dulu, baru tulis resipi...Selamat semuaa yeaa...

CANTIK MANIS MENAWAN RUPA,
WAJAH BERSERI TERPANCAR DI MUKA,
RESIPI NYONYA TAK HARUS DILUPA,
BIAR KU TULIS SEBAGAI PUSAKA..



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam pencen @ ayam tua, potong 14 atau ikut suka, cuci dan toskan
1 biji terung bulat, buang sedikit kulit belah 6 dan kerat 2, rendam
2 biji tomato, belah 3 setiap biji
2 batang serai, dititik
1 cawan jus asam jawa
3/4 cawan cili kisar
3 helai daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 batang serai, hiris halus
1/2 inci belacan
3 biji buah keras

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus, serai titik hingga wangi. Tambah cili kisar dan tumis hingga garing dan terbit minyak. Masukkan ayam tadi dan gaul rata, biar ayam kecut sedikit bersama2 rempah.
  2. Tuang air secukupnya dan masak hingga ayam empuk. Masukkan jus asam jawa dan jika nak kuah lebih boleh tambah sedikit lagi air. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (atau serbuk perasa).
  3. Masukkan terung, masak sekejap dan rasa jika ok boleh matikan api. Masukkan tomato dan tutup periuk. Biar tomato masak dengan wap panas. Boleh hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman...

13 comments:

Eza Ridzwan said...

asam pedas masok terung?..erkk...harus cuba nie....lom penah mkn asam pedas ayam...slalunya wat ikan temenong je..

!✿❤Cik Puan Izan❤✿! said...

che mat ada petua tak nak bg ayam pencen/tua lembut...? biasanya bila saya msk ayam tu keras..last2 buang jer psl xde org nak mkn... :(

simanis said...

Sama la tekak kita hari ni cik mat weh... Saya bikin ikan tenggiri... Kuah kasi pekat... Taruk daun kesom ngan bendi... Lawan sambal tempoyak ngan ulam kcg pjg... 2 pinggannnnnn... Hihi

☼ r A t U ● t U r Q u o i S e ☼ said...

harini masak asam pedas jugak .. kepala ikan merah .. yaww!! terbakar lidah sbb kena kuah panas .. agaga ..

kakchik@ella said...

ala .. tiap2 kali dtg mesti terliur. Ishhhh!!

by the way cik mat .. td kakchik dh undi. Cik mat dn jiran cik mat sekali tau. hihi ..

akuanakpahang said...

Mmg best terliur abis.
New Entry "Bakal Isteri Putera William Mimpi Bogel apa maksudnya?"

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapppppppp ada lak ikan kering belah belakang.nyum2

miss lolly a.k.a luvfareda said...

masuklah masterchef =)))))))))

Firdaus Kasim said...

tgk gambar mcm sedap je.. hehe

Entri terbaru:
Apa Itu SPAM?

ShashaCatering said...

Ayam asam pedas gaya nyonya.... Hmm, belum pernah makan...

Mesti sedap ni kan ;)

aishah caca said...

kalo singah blog ni.. mesti lapa.. hahah... :0

Yatie said...

wow asam pedasssss...laporlah Mat...

Wuucin said...

ayam!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.