BEN ASHAARI

Saturday, April 30, 2011

APAM KARAMEL @ APAM GULA HANGUS.

P1270922
Assalammualaikan, aduhh mat terlewat letak N3. Hari ni kan, mat menerima kunjungan tetamu, mak engku datang bersama 2 orang sedara yang lain, jadi proses berborak segala hampir ke maghrib. jadi masa nak update blog tu agak terbatas. Plan nak publish lepas maghrib, sekali kan pakcik mat terlena sampai jam 10.30 pm!..Erkkk...huhu, ngantuk nya pasal, ni mesti kes aku tak tidur semalaman semalam. Petang tadi, mat saja2 skodeng blog "Kak Rose" geng masak2 kat sini, sekali terbekenan kat apam gula hangus...aduhh tergoda okeh.....

P1270925
Tapi kan...kan...kan...huhu, apam mat buat ni melekat sikit lah pada acuan dia, dah sapu minyak semua tapi dok melekat sikit, terutama bahagian tengah dia. Apam ni kalau tengok resipi dia ada gaya kek sarang lebah, sebab guna gula hangus. Kalau tengok apam yang kak rose buat, aduhh lawaa, nampak elok jee, bila banding dengan mat buat..erkk..aku nya macam terlebih tembam gitu u. Apa2 pun, apam ni memang sesuai untuk minum petang dan rasa dia pun just nice..i likeee!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji telur
1 cawan gula pasir
3/4 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 camca besar marjerin (mat guna mentega)
2 camca besar susu pekat manis
1 camca teh soda biarbonate
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula pasir hingga menjadi karamel. Berhati2 tuang air, kacau rata dan masak hingga semua sebati. Sejukkan.]
  2. Dalam food processor satukan susu pekat manis, telur, marjerin (@mentega) dan minyak, putar hingga sebati. Masukkan karamel tadi bersama2 soda bicarbonate dan esen vanilla, putar rata.
  3. Tambah tepung dan putar lagi hingga sebati, jika adunan kelihatan terlalu air, boleh tambah sedikit lagi tepung gandum anggaran 1/2 camca besar.
  4. Masukkan dalam acuan apam yang telah disapu dengan minyak, 3/4 penuh. Kukus 15 minit atau hingga masakj. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang...

15 comments:

azureEn said...

nie feveret nenek saya.. ^^ ibu slalu buat. rindu plak kat nenek. dah 6 tahun tak jumpe. =')

y u y u Z u l a i k h a said...

nak try buatttttt ^^

akuanakpahang said...

Salam CMG, meh bagi sebiji nak minum ngan air kopi :)
New Entry "Ijazah (PhD) palsu dalam talian"

Citarasa Rinduan said...

cik mat...........
tu dia.. kalau layan sarapan esok pagi sure sedap ko.....

PS: ada lg tak?.. hehehe

miss Fyqa said...

baru je beberapa hari wat apam nie, hishh, tak berapa nk menjadi. Hehe =)

miss Fyqa said...

*beberapa hari lepas

nor64 said...

Assalamaulaikum Mat,

cantik apam gula hangus cik Mat ni..akak pernah buat satu ketika dulu..apamnya naik tapi menyenget..sexy apam tu jadinya...jum tengok sini

HaSue said...

sedap laa pulak nengok apam tuh pepagi nih...

morning cikmat.. selamat hari pekerja..hehe

cik hana said...

Cik Mat Gebu...cuba try buat resepi PISANG BOLLEN...nampak sedapla

Sis-Lin said...

Psttt Mat nnti aku bg ko tips macam mana x nak kasi apam tu jadi berderai macam tu..
Mak aku klu buat dh macam kek sarang tp apam gula hangus..hehehhe

sedapppp !

isabelle said...

bahan2 semua dah ada kat dapur, tak patut sgt kalo x buat sendiri.hehehe

cik aufa faqihah said...

erm ,sedapnye ! wah macam best je kan memasak nih :) yeah, timbul smgt nak ke dapo lak cenggini :D

Kak Rose said...

Matttt!!! kak rose balik kg ko sekodeng kat umah ya... nasib baik je kak rose nyer apam tu x melekat!

mimie kesuma said...

slalu baca nama emmm empunya blog ni di kak ita asam manis posting #apalah bahasaku
pertama kali berkunjung....
lansung jatuh cinta...xixixi
salam kenal ya... ^_^

bani dahalan said...

salam che mat...dah cuba dah..menjadik..thx bebanyak :-)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.