BEN ASHAARI

Thursday, March 31, 2011

LEMPENG PISANG....gaya....KAMPUNG

P1260915
Salam semua, anda perasan tak N3 di DTS kebelakangan ni, simple dan biasa2 saja je kan...huhu, tak pe ikut keadaan dan masa. Blog masak2...nampak senang kan..tapi mat boleh kata, blog masak2 antara blog yang banyak kerja..kenapa?....Ok biar mat cerita. Bayangkan untuk satu N3 resipi. Anda perlu memasak, kenal pasti bahan2. Bila selesai, tiba pulak proses menggayakan makanan tadi dalam bekas sesuai, selalunya kaler putih lah menjadi pilihan, tapi mat tak terikat dengan kaler putih sahaja, ini kerana mat sendiri mempunya koleksi set lama dan antik, jadi baik gunakan. Lepas tu kena siapkan prop atau lokasi yang sesuai untuk gambar makanan itu diambil....bersambung......huhu...tu dulu..lain kali cerita lagi yeaa... kali ni jom lihat resipi kampung yang senang sangat nih..

P1260920
Lempeng pisang atau dalam bahasa inggeris kita panggil banana pancake..terus nampak macam "kelass" kann. Nampak menawan tak lempeng pisang tu?..Asalnya lempeng ni saiz dia besar, dan tak sekata. Apa2 benda pun jika kita nak menarik perhatian orang, mesti kena lawa, cantik dan bergaya waima ianya hanya benda ringkas dan mudah dibuat. Lempeng pisang ni mat terap dengan acuan bentuk "chenta" yang bersaiz agak besar juga. Mat buat dalam 5 keping dan gunakan untuk gambar dalam N3 ini. Buat dia senang dan secara jujur yang ni bukan mat buat, tapi bonda ku, Puan Jamaliah yang membuatnya..hehe, aku tak berapa rajin pulak petang ni, tangan sakit....kan, biasalah mat gebu kan anak emak...manjaaa gitu....muntah ke u all baca?..Hahaha...ok jom semak resipi yeaa..

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 biji pisang emas, dibuang kulitnya
12 camca besar gula halus
1/3 cawan kelapa parut putih (optional)
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
3/4 cawan tepung gandum
Sedikit air jika perlu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Lecek pisang tadi hingga lumat. Tambah garam, gula dan baking powder, terus melecek hingga sebati. Tambah parutan kelapa dan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata. Jika nampak terlalu pekat, tambah sedikit air lagi. Kacau rata dan rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan n0n-stik pan saiz 9 inci,lenser dengan sedikit minyak dan masukkan 2 senduk adunan tadi, ratakan dan biar masa. Kemudian terbalikkan dan masak lagi hingga kuning keemasan, angkat dan hidangkan...

15 comments:

Miss Ran said...

nyummmiies

sifu..sile post melaka skang gak

y u y u Z u l a i k h a said...

semalam yuyu buat lempeng pisang. abah kate, macam stoking T_T

Sunah Mohammad said...

"5 kepaing" ye pak cik mat....

lempeng telur cicah asam pedas saya takde sapa nak tengok ke? >_<

akuanakpahang said...

Kena suruh juga org rumah tolong buatkan lempeng pisang nie hehehe :)
New Entry "DaripadaNYA kita datang kepadaNYA jua tempat dikembalikan."

Teacher Maria said...

What a delicious brekafast which I always taken when I was a little girl for those years.

nurhidayah said...

delicious....mmg kena ngn tekak jawa i ni

ss said...

sarapan yg paling sedap,lazat,berkhasiat dan jimat...keluo ayo lio ni..sluurrppp..yum yum

♥♥Watie♥♥ said...

salam... DTS... tumpang lalu....

check it out cute cookies for special doorgift http://stichcookies.blogspot.com

Yatie said...

syedapnyaaaa lempeng pisang berbentuk LOVE tuuu....arini akak buat cekodok pisang resepi Mat..walau mudah tapi akak cedok gak resepi Mat...mmng bestlah..tq Mat...biar esok2 anak akak wat cekodok ni sendiri...anak dara akak ni peminat setia Mat tau...tapi pemalu orngnya...

halila Ibrahim said...

terus teringat kat mak d kampung.. tp mak sy suka lapik dgn daun pisang..

Unaizah said...

Terbaekkk!!!

ummi nor said...

Salam Mat...malam2 tgk lempeng pisang tu, lapar terus perut ni...menawan selera.Pisang ada...pagi esok boleh buat utk breakfast kot...

Blog mat mmg menawan hati...sebenarnya baru2 ni jer follow blog mat ni..inshaallah akan terus ikuti dr masa ke semasa...

Chempaka Aziz said...

sya pn petg td buat jugak lempeng ni.tp masih mcm yg arwah mak ajar dulu.alas duan pisang lepas tu canaikan atas kuali leper roti canai tu.

Citarasa Rinduan said...

aduhai...
mai sini kita tukar dgn jemput2 pisang..
boleh yer mat. 2 biji cengkodok pisang. sama dgn 1 biji lempeng pisang..hehege

CT NoArIzAh ArIs said...

Waahhh... Cik Mat ini bukan lempeng gaya kg ni... ni dah style kota london dah niii..!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.