BEN ASHAARI

Saturday, March 5, 2011

JEJARI KETAM BERLILIT PASTRY

P1260091
Assalammualaikum, seperti mat janji dalam N3 sebelum ni, mat letak satu lagi resipi senang lagi mudah sebagai idea untuk anda. Boleh buat untuk anak2, esok kan hujung minggu dan mat pasti ramai yang cuti dan tak ke mana2. Sesekali apa lah salah kan bersarapan bersama keluarga, anak2..sebenarnya apa yang kita lakukan, akan turut diikuti oleh anak2 pada kemudian hari, insya allah. Mat bukan nak kata apa, sebab seingat mat lah, itu yang bonda laku kan pada kami dan juga datuk mat tika arwah datuk ada lagi dulu..

P1260093
Malam ni mat saja buat sesuatu untuk n3 blog, kali ni saja nak mencuba gaya baru dalam memperluaskan lagi kegunaan puff pastry, kali ni mat potong kecik dan lilit pada jejari ketam, mula2 tu agak rumit juga, tapi setelah puff pastry berada dalam suhu bilik, ia manjadi mudah untuk dililit.. Mat buat dalam 6 batang macam tu, dan yang letak kat DTS ni kira yang ter cun lah mat buat...Biasa lah nak interprem kena lah pilih yang lawa2....kannnn...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 batang jejari ketam
2 -3 keping puff pasty, kerat 8 setiap sekeping, tabur sedikit tepung masa memotong
Kuning telur untuk disapu
Sedikit serbuk lada hitam jika suka
Sos pilihan anda..

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil 1 batang jejari ketam, lap kering, lilit secara bertindih dengan hirisan puff pastry tadi, biar longgar sedikit, jangan ditarik nanti putus, buat hingga siap dan susun atas dulang pembakar.
  2. Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam. Bakar pada suhu 190C selama 20 minit atau kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sebelum dihidangkan bersama sos kegemaran....

15 comments:

yna fazlyna said...

pakcik mat...yna sangat lapar... sila post kan jejari ketam itu ke melaka...

akuanakpahang said...

Salam CMG, sama cantik aje jejari awk dengan jejari ketam tu :) kalau makan sambil berblogwalking mmg best nie :)
New Entry "Awas lelaki veteran!"

Cik Sue said...

wahhh..berseleranya cik sue melihat jejari ketam itu...dan jejari abg mat jua ku lihat gebu sama seperti jejari ketam itu jua... =D

cik cek said...

Macam2 ada kat blog cik Mat ni...sebut je nak ape....sume pun ada.... :-)

miszlullaby said...

salam cik mat...
wawawa...rase lame tak singgah tengok makanan.busy bebeno minggu ni. hehehe...eishh, sedap betoi ni. makan cicah ngan cili sos, memang up lah~.

A homemaker said...

thanks for this recipe. akan dicuba nanti )

Ibu Mifzal Arsyad said...

alahai..suka ni..sy selalu balut nga kulit popia tu je..huhu

seketul emas said...

Cik Mat, puff pastry ni pakai puff pastry cap Kawan tu ke?

Hafzan Sarah said...

pagi-pagi pergi pekan
pergi pekan pakai purdah
jejari ketam sedap dimakan
resipi senang lg mudah

nyumm..nyumm..nyumm
main hentam je pantun :)

mia.lia said...

sdapnyeeerrr
kreatif la cmg neh..hehe

maziah said...

Sedap...bila cicah sos hehehe

Jeannie said...

Wow! nampaknya sedap!

CiK Nik @ keNek :) said...

cik mat nk tnya....

kenapa saya bila sy wat puff, kulit dia tak jadi fluffy..??

sy jugak guna yg jenama kawan, n degC oven lbh kurang 160-170...
apa petua ek nk suh dia jd fluffy?
TQ

kelleykatz said...

Cik Mat,sedap betul.. saya pun mau coba.
jejari ketam itu kena defrost dulu ke tak perlu?

thanks for the great idea

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaa...cantiknya lilitan ke atas jejari ketamsss tuhh...agak2 kalau lilit jari koo pun ok gak kot..lg montokss rupa puff tu nnt..hehehe

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.