Assalammualaikum, hmm, lewat beno masukkan N3 kan. Mat dalam minggu ni akan sibuk sedikit, esok ada benda yang harus dibuat dan mungkin tak dann nak masukkan N3 masak terlalu kerap macam selalu, sedia maklumlah kan blog masak2 ni kerja dia banyak, nak ngambik gambau lagi, kang nak edit pulak sikit, lepas tu nak menulis resipi. Ianya tak boleh buat sambil lewaa kata orang, kalau blog informatif tu lain lah, dalam masa2 kritikal boleh jee kita buat sesuatu N3 lepas tu back link pada berita asal samada dari laman web surat khabar atau majalah, betul tak, ni mat tulis bukan perli sesiapa, tapi itu kenyataan. Ok ni hari mat share satu resipi olahan dan telah ku beri nama Ayam masak asam 8 rempah, kerana ianya menggunakan 8 jenis rempah ratus berbeza.. Ok jom semak resipi...
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 kepingan ayam bahagian peha, dikerat 3 setiap satu, cuci dan toskan
2 biji tomato, belah 4 setiap 1
2 biji terung kari, belah 2 setiap satu dan belah tapi tak putus setiap belahan
3/4 - 1 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
1 tangkai daun kari, dilurut*
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
2 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis)
BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam
1/2 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
CARA MEMBUATNYA :-)
BAHAN-BAHANNYA :-)
4 kepingan ayam bahagian peha, dikerat 3 setiap satu, cuci dan toskan
2 biji tomato, belah 4 setiap 1
2 biji terung kari, belah 2 setiap satu dan belah tapi tak putus setiap belahan
3/4 - 1 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
1 tangkai daun kari, dilurut*
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
2 biji buah pelaga*
5 kuntum bunga cengkih*(*bahan tumis)
BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 camca teh lada hitam
1/2 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus, tumis hingga naik minyak, tambah cili kisar dan masak hingga cili garing.
- Masukkan ayam dan gaul hingga ayam kecut. Tambah air secukupnya dan biar mendidih. tuang jus asam jawa, masukkan garam secukup rasa, secubit gula dan serbuk perasan jika guna. Biar mendidih.
- Tambah terung dan bila terung lembut, rasa, jika ok boleh matikan api. Masukkan tomato dan biar tomat0 masak dengan wap panas dari kuah ayam tadi. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain....
11 Comments
sedapnya..leh try time cuti kang..huhuh..keje la pulak
ReplyDeletelaher leher leher dimanakah kau leher.... =,="
ReplyDeletepergh!! terbaik...8 rempah skaligus tu...huhu
ReplyDeletesedap...asam pedas,nyum2!terbaik...
ReplyDeletewaaa..sdp..
ReplyDeletetp nmpk mcm ade blmbing buluh la :/
8 rempah!!! woooo dah macam jamu lak.. :P
ReplyDeleteJemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih
Cara Dapat Side Income Dengan HeartBeat!
banyak yek rempah, cam masak rendang+kari+asam pedas..nyummy=)
ReplyDelete8 rempah tu hu3
ReplyDeleteLapooooooo!! aarrggghhh
ReplyDeletetak boleh masuk sini ...buat terliur je huwaaa sedap !
ReplyDeleteCIk mat, Ramai yg x pernah mkn ayam msk asam...tp bila dh rasa,sekali mkn pasti nk lagi..saya nk cuba resepi ni..Selalu buat x pernah ltk jintan,ketumbar semua... tq for sharing..
ReplyDelete