BEN ASHAARI

Saturday, February 5, 2011

JOM MINUM PETANG....UIKK DAH MALAM !!!...

P1250368
Ingat nak jemput minum petang, sekali tengok dah nak maghrib. Sebenarnya ni mat goreng petang tadi, ntah lah malas nak fikir, otak ni stress lahh. Pening...tu pasal slow je ni hari blog, selalunya ada 3-4 n3 makanan...Mood pun tak berapa ok, esok ada lagi hal, nak kemas kan rumah misteri tu, sebab rumah tu akan dirobohkan dan dibina bangunan baru. Kak ipar mat yang ibu tunggal tu kami akan bawak tinggal dirumah tu, senang sikit sebab dekat sebelah rumah saja... Ok lah kita tinggal kan kesah2 tu semua, jom lihat resipi ini, kira ni sempoi habis lahh...semua orang boleh buat punya...

P1250372
Mat letak kerang, sebab masih berbaki lagi, ada sikit lagi tu ingat esok nak buat kerabu dengan taugeh...hmm kita tengok nanti yeaa. Mat cuma letak lada hitam saja dalam mee hoon ni, lepas tu ada lobak merah dan kucai serta taugeh. Rencah dia selain kerang, ada juga udang kering sebagai pemangkin rasa. Kami orang2 Johor, kalau goreng mee hoon, sebagai rencah kami letak udang kering atau ikan bilis yang dikisar bersama dengan bahan2 rencah yang lain, kalau nak letak udang kering dan bersekali ikan bilis pun ok, lagi sedap...Ni nak pesan pada mereka2, tapi kita kasi kata2 kiasan sudah lahh..bak kata orang2 lama "Tarik-tarik pokok pegaga, Serik-serik eh, dibuat juga!!"...hmm macam tu lah perangai segelintir orang2 kita...sedey kan..tak pe lah, sabar....kita semak resipi mudah ni..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mee hoon kering, rendam hingga lembut atau rebus sekejap dan toskan
2 genggam taugeh, cuci dan toskan
1/2 batang lobak merah, kupas dan hiris halus2
8 pokok kucia, cuci, dan kerat
3/4 cawan isi kerang
1 batang fish cake, hiris nipis
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
Garam dan secubit gula
2 biji telur, dikacau sedikit, kemudian dibuat telur hancur, ketepikan
1 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus

BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar penuh udang kering, rendam sekejap dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan lobak merah, tauhu, kerang dan fish cake, kacau rata dan tuang sedikit air. Tambah serbuk lada hitam dan garam secukup rasa serta secubit gula. Masak sekejap.
  2. Masukkan mee hoon dan gaul rata. Tambah daun kucai dan taugeh, gaul hingga rata, biar sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera selagi hangat. Kalau ada cili jeruk lagi sedap.

10 comments:

Hannan Al-Qudsey said...

sedapnya... hunny pun orang jb juga :) hehehe mat xantar pun kuewteau semalam.. huhu

akuanakpahang said...

Salam CMG, kuah kicap dia tak de ker mee hoon putih tu :) kat tmpt saya ada kuah kicap campo lada mmg best :)
New Entry "Nasi lemak buah keranji"

Citarasa Rinduan said...

selamat malam cik mat..

kalau makan gak si udang2 tu...sure macam selalu..sediakan ubat sebelum menggaru..hehehhe

Melur Jelita said...

Salam Cik Mat,

jangan risau. ALLAH BERSAMA ORANG YANG BENAR.

ibu addin dan nasa said...

best nya....nak kena cuba masak la, rasanya kat sini tak de makanan ni :(

shashacatering.com said...

Buat makan malam pun boleh meehoon ni. Nampak sedap jer;)

eni osman said...

SALAM CHE MAT...SEDAP NMPK BIHUN TU....MAI HTR KAT PTG PAUH SIKIT LEKASS.....TERLIUR TGK NI....

marina anakcikbob said...

makan dengan sambal kicap laaagi sedap.. yummeh!
eh, en. mat asal johor ek.. sama la.. hehe.. baru tau,,

Mas said...

suka bihun goreng...sedappnya..

Zara said...

hidup Johorean :D
salam perkenalan dari Dublin ye Mat :D

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.