BEN ASHAARI

Monday, February 21, 2011

CUCUR TELUR....PROMOT BLOG 2 - 18.

P1250797
Assalammualaikum, selamat pagi, waduhh, pagi dah ada tugas ni, tapi tak pe, blog dulu eks, biasalah mat gebu kan.. Ni hari tak boleh nak celoteh banyak2, tapi aku tetap juga nak celoteh, tak kira...Sebenarnya macam2 isu nak nak tulis, tapi otak aku bersimpang siur, tak boleh nak fokus. Pertama kesah kak nor secubit garam yang resipinya telah dicuri oleh satu syarikat kicap yang pasti anda kenal punya lahh... Laman Web Tamin yang diisi dengan resipi2 tapi bukan produk ori, curi dari beberapa blog masakan kaut sekali dengan gambar2, serta resipi, lepas tu edit sikit...lepas tu letak kat blog dia...apa daaa, pakcik taminn, use your brain lahh, apa pasal suka curi, sudah tua2 pun tapi takde ingat dosa...manyak susah punya olangg!!...

P1250799
Lepas bebel kesah pakcik tamin, kita berbalik pada resipi pagi ni, cucur telur ni feberet bonda ku, tapi bukan semua orang suka, mat suka juga kalau ada sambal tumis, tu sambal tumis semalan, boleh cicah dengan cucur. Buatnya senang cuma masa menggoreng kena berhati2, minyak panas kan bahayaa... kalau minyak suam, cucur tak kembang, kalau panas sangat pulak luar hiram dalam tak masak. Mat buat dalam 1 1/4 cawan tepung macam tu. Ok kita lihat promosi blog pulak, kali ni blog lelaki sudah mesti lahh, baru adil...

Sebenarnya mat skodeng lama dah blogger ni, sebab dia ni kira suka bidang fotografi, suka tengoj dia tangkap2 gambar. Agak aktif di SB, hmm mat nak cerita banyak pun tak reti, ishh pesal macam nak ketat jee ni..ok lah jom kita selidiki blog beliau di sini... Waa tinggal 2 kali lagi maka tamat lah siri 2 promot blog di DTS....huhu..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/4 cawan tepung gandum*
3/4 camca teh baking powder*(*digaul dan ayak)
3 camca besar gula pasir
1 biji telur + 1/4 esen vanilla, pukul rata
Secubit garam
3/4 cawan air, anggaran
Sos kegemaran atau sambal tumis

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh semua bahan2 di atas kecuali sos kegemaran. Kacau rata dengan whisk hingga sebati. Rehatkan 5 minit.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, sudukan 1 camca besar adunan ke dalam minyak sederhana panas. Buat 6 - 7 biji cucur sahaja, bergantung pada saiz kuali masing2.
  3. Goreng hingga kuning keemasan, angkat toskan dan letak atas beberapa helai paper towel. Hidangkan dengan sos cili atau sambal tumis...hmmm...

22 comments:

y u y u Z u l a i k h a said...

tolong lah pakcik mat gebuuuu! saye nak cucur tuuu! sedappp :(


huhh??? pak cik tamin??? kicap tu kann~ grr!

studio kabus said...

aduh brooooo... favorite ketika di kampung dulu.. :P slurrpp

Izamir Ridzwan said...

pos lah aloq staq 10 biji.. haha

qaseh johanna said...

hihi..kalu kat kampung..mak panggil cucoq manis..

sedap cucoq ni..mkn dgn sos kureng menyengat. kene ade sambal tumis.

aishhh..tetibe plak tringin nk mkn...

cik cek said...

Salam pagi Isnin CMG...cucur telur...dulu2 masa anak2 kecik selalu buat...tapi cek panggil cekodok manis...lama dah tak buat...he he...anak2 sume dah beso....

Ummi said...

Mat, itu Haji Tamin belum tobat lgk ke..adeeiii...saja jek suka nyusah2kan kepala hotak geng2 blogger masak2 ni kan....suka2 hati diaaa jeeee....huh!

MaTNaggeR said...

pagi2 buat aku kelaparan jerrr~

oshin said...

grrr sedap ! tengah lapaq neyyy

zawani yusoff said...

wah xpnh tgok lg cucur gini=)hihihi...cik mat,nak tanye ckit,kalo wat kek span,mmg kene gune loyang yg lubang kat tengah ke?

Riri Yoorin said...

kecur nengok cucur nie..

Sari Yusa Ibrahim said...

CMG, buat cucur telur pun bleh mmbuatku kecur... hik3

Mama Hanim said...

alahai.. tetiba je jd lapar tgk tu..huhu..

(Gambar) Datuk Siti Nurhaliza Di Perasmian Masjid Al-Khalidiah Sg Petani, Tahniah

Sari Yusa Ibrahim said...

nak gi tngok rsepi kat blog Pakcik Tamin tu, dah error lah.. takutlah tu... huk3

O'gosh said...

sedapnya....x pasal2 lapa balik...

logorithm said...

Oooo... selama nih I hanya pernah dengar/rasa dua jenis cucur jer, iaitu cucur ikan bilis + cucur udang...

Bizz said...

sedap ni...kalau cicah dgn kari pun wallawehhh..
bukan p.cik tamin tu yg handle dah... anak cucu dia yg handle sykt tu.... tu la kannn kalau nak untung dari segi apa pun, kena buat cara elok. benda tak elok....lama2 akan timbul juga. Sape yang susah ??? CMG jugak sebb nak kena taip2 lak kat Tiffinbiru ni...huhu

AKO @ retna said...

cucur telur????
erkk siyes pestime ako dengor weii hehe.. al-maklum kan owang x reti masak la katakan ehehe...

psstt mcm cekodok biasa tu ker cuma tambah telur gitu?

haniQaseh said...

anak2 pun suka cucur nie...cicah lak dgn susu pekat emmm...best..

kakchik@ella said...

cik mat, aritu masa kakchik balik segamat, 2 pagi brturut2 bonda kakchik buat cokodok dan salah satu cokodok yg dia buat ialah cokodok telur. sebijik cam resepi cik mat.

cicah sambal tumis dn nescafe o panas2, berkilo2 tepung cik mat. mana tak berkilo-kilo, nama pun rumah kenduri, kan. hihi ..

Mrs.Zack said...

Hai Mat.....
Perghhh lama betul tak melawat blog mat..
Cucur tu macam best je kena try ni...

Pasal pak cik tamin tu, pergi je boom kilang dia.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

huhu....gebunya.mmg tgk pun leh meleleh air liur.

cek chun said...

dulu aruah tok suka buat cucoq ni. kami panggil coq kembong.
gemok yu.
dia tak guna baking powder.
pukul tepung tu dengan tangan jer. ada la dalam sepoloh minit.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.