BEN ASHAARI

Friday, January 7, 2011

TUMIS AIR LABU MANIS.

P1240926
Selamat petang...salam, suka makan labu?..Hehe ini bukan si luncai punya, tapi mat gebu yang punya yea. Mula2 plan nak masak lemak, habih tu astik lemak jee, boring kan. Apa kata kita cuba masak tumis air pulak. Sedap rupanya, mat guna udang kering sebagai perencah. Ada sambal belacan, ikan goreng, ulam pulak dengan kacang botol...memang sahh..pengsaannn... Tapi kan tumis air labu manis ni mat letak lada hitam, bukan apa, labu tu kan ada unsur sayur sejuk, jadi lada hitam sebagai penghangat nya...Ok, kita semak resipi dia yea...maaf lah sebab resipi DTS semuanya biasa2 jee tak de yang canggih manggih...hehe..

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram labu manis, kupas kulit dan dipotong kiub sederhana besar
8 tangkai kacang panjang, diketat 1 1/2 inci panjang, cuci dan toskan
1/2 kiub pati ikan bilis
1 camca besar udang kering, rendam, toskan dan tumbuk hancur
1 biji bawang besar saiz sederhana, hiris halus
4 ulas bawang putih, dititik
1 batang serai, dititik
1/4 camca teh serbuk kunyit
3/4 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang besar, bawang putih, serai dan udang kering hingga harum dan bawang sedikit layu. Masukkan serbuk kunyit dan tuang air. Tambah labu dan kiub ikan bilis. Biar mendidih.
  2. Bila labu 1/2 empuk, masukkan kacang panjang, lada hitam dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Masak sekejap hingga labu empuk tapi tidak hancur. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, sambal belacan dan ikan goreng...

10 comments:

kakchik@ella said...

Tak penah makan labu tumis air. biasanya mama buat masak lemak + tauge je. En. mat, kakchik copy eh. nnt nak try cuba test. Hihi ..

sarah said...

mat gebu! wehee~
orang misteri :)
labu sedap! ^^

Sis-Lin said...

aku x pernah masak labu tumis air..mcm pelik..selalu dh biasa masak lemak labu..hehe

nnti2 aku cuba plk..:)

Myra Ayreen said...

selain dari Labu ..

boleh tak Mat Gegebus ?

Mat Gebu said...

@ myra - bolehh, guna labu air, petola atau timun....

iniialahaku said...

adus...labu, memang best.kalau kat ngeri ceq, serawa labu topla...

mamawana said...

sedapnyer labuuu...

Daging masak kicap boh labu...sedap gok.

AZLITA AZIZ said...

tak pernah makan dan tak pernah jumpa... selalu mak masak cam ni jugak tapi masak lemak... oo boleh cuba ni... try test...

akuanakpahang said...

Kena labu jenis "lehet" kata org Pahang mmg best :)
New Entry "Jangan copy paste tau"

MamaJay said...

betoi tu kata akuanakpahang..tamboh2 pulok di buat pengat..memang sedap bebenor..lauk air macam ni makan pulok time hujan2 ni, lawan dengan ikan masin dan sambal belacan..memang tak toleh kiri kanan doh..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.