BEN ASHAARI

Friday, December 10, 2010

SYUKUR ALHAMDULILLAH, SEGALANYA DIPERMUDAHKAN..

Salam semua, minta maaf tak de N3 resipi, insya allah dalam masa terdekat ni, Buat masa sekarang fikiran mat tak boleh nak beri tumpuan, sering terganggu dan sebak. Apa2 pun mat ucapkan terima kasih teramat sangat pada mereka yang menyampaikan ucapan takziah, samada melalui blog, FB, SMS dan sebagainya. Kelmarin sebelum waktu Zohor, jenazah selamat dikebumikan di tanak perkuburan "lama" di kawasan tanah tinggi Sedenak. Di situ juga bersemadinya waris2 kami terdahulu...Al-fatihah untuk mereka semua..

Rentetan peristiwa berlaku pada pagi hari Rabu 8 hb December 2010, jam 7.02 minit pagi. Tiba2 henfon mat berbunyi, bila mat angkat, terdengar suara anak buah mat yang sulung dengan nada panik suruh nenek datang cepat, dia kata abah sakit. Bonda, abah dan abang sulung mat bergegas ke rumah mereka. Tak sampai 15 minit, bonda call dan bagi tau abang mat tu macam takde harapan, sebab keadaan dia yang sungguh menyedihkan, mat masih berperasaan biasa, dan fikiran masih berkata, alahh bawak hospital insya allah dia ok.

Lepas tu mat terima panggilan dari abang sulung, dan dia kata memang betul abang mat tu sudah kembali ke rahmatullah (setelah mendapat pengesahan pihak ambulance) Ya allah!, ibarat semangat ku disambar helang, mat kaku, rasa sejuk seluruh anggota, air mata bergenangan dan terus blurr, tak boleh nak fikir apa dah. Lepas mat beritahu sedara mara yang sempat mat ingat dan juga mengupdate belog mengenai peristiwa sedih ni, mat pergi ke rumah arwah bersama abg mat yang sulung. Masa mula2 menatap wajah arwah, mat tak percaya..lepas kali ketiga..Ya Allah....abang aku rupanya...dengan tak boleh nak kawal perasaan, mat peluk erat tubuh kaku arwah........................................ya allah, aku terima semua ini dengan redha....dengan lingan air mata yang tak boleh nak dikawal lagi....

Seingat mat lah 34 tahun usia ku, ini lah pertama kali mat nangis dengan perasaan yang tidak boleh ditanggung, hanya allah juaa yang mengetahuinya. Tapi mat tetap redha dengan semua ujian ini, kematian tu pasti bagi kita yang bernyawa. Kesedihan bertambah pada saat2 akhir sebelum jenazah dikapankan, bermula dengan mat gebu sendiri, bonda sedara mat "engku chik", kemudian bonda ku sendiri yang begitu tabah, anak2 arwah, kak ipar mat yang menggendong anak buah mat yang berusia 10 bulan serta 2 bulan dalam kandungan...Detik itu mat sedeh tahap maksimum,, bila melihat kak ipar mat meletak kat anak buah mat tu atas arwah abah nya, dan dia memeluk erat tubuh kaku arwah...ya allahh, itu lah perasaan paling sedih yang tidak boleh digambar kan. Terkahir sekali yang melihat, sudah pasti abah mat, yang mula2 begitu tabah, tapi hingga saat akhir sudah tiada lagi ketabahan itu...dia sampai tak larat nak berjalan, semangatnya lumpuh sama sekali..

Apa2 pun mat bersyukur teramat sangat, kerana segala uruzan jenazah dari proses memandikan (kami pangku jenazah tu, bukan mandi dalam bekas), dikafankan, solat dan dikebumikan..semuanya berjalan dengan licin, syukur ahamdulillah..Moga allah mengampun kan dosa2 arwah dan mencucuri rahmat ke atas rohnya....aminnn....al-fatihah....

99 comments:

Ainiaa♥ said...

sabar yee.
semuaa manusia , akan kembali jugak ke DIA.
kita ni milik dye. redhaa. sabar. dan terima dgn tabah.
alfatihah :)

aNa d'sKoDenG said...

alhamdulillah..semuanya lancar..

kpd mat..sekali lagi..takziah ads ucapkan

sungguh sedih bila bayangkan apa yg mat citerkan tuh..mengalir jugak air mata ni..

apa pon..mg rohnya bersama org² yg soleh..amin ~!!

aRoL said...

salam,
sabar mat ya...

[n a j e e b] said...

innalillahiwainalillahirajiun..
Moga2 rohnya ditempatkan bersama-sama org2 yg soleh..Amin..
Sy doakan CMG sekeluarga terus tabah menghadapi ujian ini.
It's really touch to hear about ur sis-in-law situation, but there's u and the others will taking care of her, rite? be strong ya..!

PatinPasta said...

MG dan keluarga,
Salam takziah. Kuatkan semangat, sabar dan redha. :(

PINATBATE said...

Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas roh Abang dan keluarga yg ditinggalkan terus tabah dan sabar.

Syafiq Rosli said...

semoga rohnya disemadikan bersama orang2 yang beriman

nba-Nur said...

Semoga Cik Mat bersabar dengan ujianNya..

Siti Zaharah said...

Memang teramat sedih apabila org tersayangn kita pergi ngnan tiba2.Memang sudah menjadi resam hidup,yang hidup pasti akan pergi jua akhirnya disbb itu sediakan bekalan yg secukup2nya.Hanya 3 perkara yg akan kita bawa 1.Doa anak yg soleh, 2.Amal jariah dan 3. Ilmu yg dimunafaat .....Al fatihah,semoga arwah di bawah payung rahmat Ilahi.

hana said...

alhamdulillah... sebak ati aku membacanya... mudah2an ahli keluarganya tabah dan rohnya aman di sana... aminn...

Citarasa Rinduan said...

salam takziah cik mat

syahdu dan sebak ayu baca luahan hati cik mat...
semoga arwah dimasukkan dlm golongan org y beriman

tabah hati cik mat sklrg...
syukur...

kirim salam pada balu arwah ya

ilahjy said...

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 beriman..

umur kak 14 thn kematian ayahanda..diusia beliau 40 tahun..adik2 masih kecil2 lagi.. mmg sedih.. kak amat memahami anak2 arwah.. kita yg hidup ni kena beri sokongan moral dan kewangan kpd isteri beliau dlm membesarkan anak2... berdasarkn pglman ...

Mamasya said...

Salam Mat

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
moga mat sekeluarga tabah menghadapi saat ni...
Al fatihah

sonata anak kancil said...

takziah untuk ahli keluarga CMG
semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham. Al-fatihah.

eelobor said...

Al-Fatihah dan semoga roh arwah di tempatkan bersama orang2 yang beriman & beramal soleh. Redha dengan ketentuan-Nya, kerana itulah janji2 Allah, tidak lewat atau cepat walau seminit.

indahhouse said...

Salam takziah che mat,
Sedihnya baca luahan che mat.
Moga roh arwah abang che mat di kalangan para solihin, amin...

aLoY said...

CMG.. sedih bce luahan tu... apepon takziah sekali lg.. moga roh arwah ditmptkan dgn org2 yg beriman..

mokjadeandell said...

Salam takziah CMG.
Semoga roh allahyarham aman bersemadi disana.Pada balunya..tabahkan hati.Ujian datang berbagai bentuk.

ninazsyafinaz said...

Alhamdulillah..semua dah selamat dan berjalan dengan lancar.Takziah untuk Abg Mat dan keluarga yerk.Semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Ummi said...

Mat, sayunyaaa melihat pusara tersebut, terasa keinsafan dan sebak sungguh dan boleh bayangkan saat2 getir air mata Mat berjuraian....mmg saat menerima kematian seseorang insan yg dikasihi amat memeritkan, tetapi Allah swt. lebih menyayangi arwah...bertafakur dan beristighfar banyak2 ya Mat...semoga kita tidak lalai dengan kehidupan di dunia ini...Alhamdulillah jugak segala urusan dipermudahkan untuk arwah...Salam dan ingatan dr akak tuk abah dan makYah yea Mat! Akak doakan mat dan seluruh ahli keluarga tabah selalu. Al-fatihah untuk arwah.

norhasniza said...

mengalir air mata ni..

issnita said...

salam takziah CMG
inilah dugaan yg ALLAH berikan kepada kita supaya kita sentisa ingat padanyer DUNIA INI TIDAK KEKAL DARIPADANYA KITA DATANG KEPADANYE KITA KEMBALI.ALFATIHA.

NAJWA said...

salam takziah mat gebu...pg2 sy baca blog mat gebu..menitis air mata sy bacanye...biar pon di opis ketika nie... sedih n pilu sgt...x sanggup nak baca lagi... mudahan mat gebu tabah.. ye...

Yaati Nor said...

harap cik mat tabah hadapi dugaan, Dan Takziah kepada seluruh keluarga.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan org2 beriman..Amin

Naz said...

Salam Mat,
Takziah atas kehilangan. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yg beriman..Insyallah..

Utk Mat & keluarga terutamanya isteri dan anak2 arwah didoakan semoga tabah menghadapi kehilangan ini..
Al-Fatihah.

Glokal Mama said...

Salam CMG, abang sulung saya pun meninggal pada bulan Julai 2010, juga kematian yang tidak di sangka. Saya telah melalui perkara yang sama macam CMG. Melihat saudara terdekat dikebumikan adalah an eye opener buat saya. Mati adalah pasti. Alhamdulillah, ia telah juga membawa kesedaran buat saya bahawa dunia adalah pinjaman dan kita boleh 'diambil' Nya pada bila2 masa. Semoga roh mereka digolongkan di kalangan orang2 yang beriman.

Mimy said...

Slm...
Che Mat.
Takziah sekali lg dr sy sekeluarga.
begitu jua dgn isteri dan ank2 arwah.. Smg tabah dan redha mghadapi dugaan ini..

Che Mat dn kuarga kena kuat kerna ia akan mjadi nadi kepada isteri dan ank2 arwah...utk meneruskan pjalanan hidup ini. Insyaallah...

Yani said...

Mat.. salam takziah dari kami sekeluarga utk mat sekeluarga. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Amin.

Izamir Ridzwan said...

sabar yer mat... Allah lebih sayangkan arwah.. semoga roh arwah ditempatkan dikalanagan orang yang beriman

Norhafiza said...

salam abgMat..banyakkan berdoa dan bersabar ye..kita yang hidup tetap meneruskan kehidupan kita ni..yg telah pergi hanya doa yang kita sedekahkan buat arwah..
No faham sgt perasaan abgMat ketika ni sbb No dh penah lalunya dlu..usia 10thn arwah ayah meninggal, usia 27thn arwah mak pula menyusul..kini bergantung harapan dengan suami tercinta serta menumpang kasih mertua..

nurulafida said...

alfatihah & takziah utk CMG sekeluarga

anis said...

assalamualaikum.
salam takziah buat mat n keluarga. sebak membaca tulisan mat ni. moga mat sekeluarga sentiasa tabah dan roh arwah sentiasa dirahmatiNya...

Sis-Lin said...

Sedih aku membacanya Mat...tp syukur alhamdulilah..aku sendiri melihatnya pun waktu di kebumikan mmg semua urusannya mudah..:(

Moga tabah kak ipar ko Mat, tuhan menguji dan sentiasa bersama2 dgn yg sabar..amin..

Al-Fatihah...aminn

cek chun said...

be strong ye cik mat.
untuk orang2 dikeliling awak

K.Nor said...

salam che mat.. alhamdulillah.

amiin... semoga isteri dan anak2 arwah tabah menghadapi ujian ni. begitu juga dgn abah, bonda dan che mat sendiri. Allah lebih menyayanginya.. redha kan lah pemergiannya ya..

sebak bila tengok pusara tu, tambah sebak bila baca coretan che mat... bertuah arwah bila dimandikan dgn cara yg terhormat tu..

Azierazwan said...

Takziah dari saya ye Enchik Mat... Semoha Allah mencucuri rahmat keatas roh beliau. Doa saya lg semoga keluarga Arwah terutama isteri dan anak2 tabah dgn takdir ini.

luvmum said...

sabar abg mat...moga abg dan keluarga tabah menghadapi ujian ini.

azila said...

Salam en.Mat...mmg sebak bila berada di dlm keadaan tu...apatah lagi yang menanggungnya.Semoga arwah tenang disana dan semua ahli keluarga tabah menghadapi semua ini...

AvatarCun said...

takziah CMG
sesungguhnya yang hidup itu pasti akan mati. yang pergi sudah pasti tempatnya di sana. yang di tinggalkan, hidup perlu diteruskan. moga mereka tabah menghadapi ujian Allah swt. salam takziah tidak terhingga dari saya.

ibuintan said...

sabar cmg,

redhakan pemergiannya dan doakan selalu, hanya itu bantuan kita

Muslimah Optimis said...

semoga encik mat terus tabah ya... dia pergi lebih awal kerana telah ditetapkan oleh Allah swt...

pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku

salam takziah dari MO

~ yus ~ said...

Takziah buat MG dan keluarga.

Berlinang air mata saya baca coretan ini.

Al-fatihah untuk arwah abang MG

azlina_azzeri said...

Salam Takziah dari saya sekeluarga..
Sesungguhnya Allah lebih menyayangi dia daripada kita yang ada...

Al-Fatihah..

YusLinDhia Zamani said...

salam takziah dari kami sekeluarga...alfatihah, mudahan roh arwah ditempatkan bersama2 org beriman & soleh...amin. Harap CMG sekeluarga tabah menghadapi dugaan besar ni...Allah lebih menyayangi arwah...

CT said...

Salam takziah Mat....mati sudah pasti, hidup insyallag...Al Fatihah!

giha lalala said...

harap cik mat dpt harungi dan tempohi dengan penuh keredhaan..
semoga rohnya dicucuri rahmat..
amin..

cplud miera said...

Bergenang air mate ni bc kisah ni ;(
semoga semua tabah menghadapi dugaan Allah ni

cplud miera said...

Bergenang air mate ni bc kisah ni ;(
semoga semua tabah menghadapi dugaan Allah ni

lalink7 said...

sabar mat...semoga beliau tenang di sana..amin..

fara dean said...

Al-Fatihah..
semoga cik mat dan keluarga tabah..Insyaallah Allah lebih sayang padanya..
*minta maaf dan minta izin pinjam resepi cik mat tuna puff tu ye..Terima Kasih

hOtMaMa said...

Takziah & Al Fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat

Hariz said...

SubhanAllah... :( Sangat besar ujian allah buat anak2 abang cik mat.. Mengalir air mata saya mat.. Saya dapat merasai kesedihan itu mat..

Bersabarlah mat.. Walaupun susah nak terima tapi itulah kenyataannya.. InsyaAllah semoga roh abang mat ditempatkan dikalangan para suhada dan solihin Amin....

Yang hidup pasti akan mati. Giliran kita entahkan bila mungkin esok mungkin lusa hanya Allah swt yang tahu. Sekadar untuk peringatan untuk diri aku.

Al-Fatihah.........

http://profhariz.com

Azrul Hisham said...

salam takziah dari saya..harap banyak bersabar dengan ketentuan-Nya

mysara zaini said...

Takziah.. semoga rohnya ditempatkn dikalangan org beriman..
Al-Fatihah..

$ue @nim said...

semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 beriman... al-fatihah...

MisS NaSiHa said...

abg mat..sabar byk2..sy dh lalui smua ni..abah yg sy syg tlh kmbali kerahmatullah dlm keadaan yg x d sangka..dlm tawa dan kelakarnya..arwah pergi dlm usia yg msih muda..adik2 sy masih kecil dan ibu x bekerja..hanya Allah yg tahu prasaan kami sekeluarga..kita yg msih hidup..sedekahkan pahala sebanyak mgkin buat mereka di sana.mudah2an mereka di tmptkn bsama org2 beriman..amin...

tinie said...

takziah..... semoga rohnyer ditempat di kalangan org yg beriman... buat keluarga mat... moga tabah menghadapinyer..... al-fatihah

kak ina kl said...

takziah yer mat..semuga arwah tenang di sana.

mat kenalah peratikan juga nasib kakak ipar dan anak buah mat yang masih kecil tu. berat mata memandang berat bahu memikul.

Cik Kamoo said...

Al-Fatihah! Semoga roh Abang CMG di tempatkan di kalangan hambaNya yg beriman.

Baru tahu....semoga CMG tabah hadapi dugaan ini.

Peri PiA said...

Al-Fatihah

salam takziah sekali lagi dari pia n keluarga

Alhamdulillah semua dipermudahkan

kuatkan semangat

ijayuji said...

Salam takziah buat cikmat sekeluarga n alhamdulillah juga segala urusan dpermudahkanNya, al fatihah juga buat arwah, al fatihah. Sedih baca n3 ni terperanjat betul sbb lama tak online. Semoga cikmat dberi kekuatan insyaAllah!

~~DAPUR KECIL KU~~ said...

Sabar yer cik mat jika kita sygkan arwah kita selalulah sedekahkan al fathihah utk nyg agar diringankan azab di sana.
sesuatu yg hidap pasti akan mati kerana itu janjinya dan kehidupan itu hanyalah janji

arwah sakit apa cik mat?

Hanizan said...

salam takziah.. somoga rohnya ditempatkan bersama golongan solehin..

ferry said...

dapat rasa perasaan CMG dari entri ni..banyakkan bersabar ya

Suejoshua said...

Takziah dari Suej yer Mat, sedihnya aku baca catatan nko, dapat bayangkan macam mana perasaan kalau berada disana, terlalu jauh untuk aku hadirkan diri cuma dari kejauhan ini hanya doa yg dapat aku persembahkan moga rohnya dicucuri rahmat, amin.

azah said...

salam takziah mat..semoga roh abang mat ditempatkan dlam golongan orang yang beriman..mmg pedih menanggung pemerigian org yg terdekat..sabar ya

Rose said...

Al-fatihah to arwah, takziah to keluarga CMG...semoga arwah di tempatkan di kalangan org yg beriman..

maaf bertanya, sakit apa ya meninggal ?

roha said...

Salam .
Yang pergi biarkanlah pergi. Iringi pemergian dengan seberkas doa yang tidak bertepi. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya. Yang ditinggal pergi......teruskan hidup biarpun terasa hari kian sepi. Hidup mesti diteruskan walau apa keadaaan sekalipun. Semoga Allah swt menggantikan yang pergi dengan sesuatu yang lebih baik lagi. Apa yang pasti, yang patah kan tumbuh tetapi.......yang pergi belum tentu bisa ditukar ganti. Al-Fatihah untuk yang selamat pergi menuju Ilahi (Allah swt).
Sedih dan pilu.....
Itu janji Ilahi!

inabu said...

salam CMG,

salam takziah buat cik mat sekeluarga...nampaknya nabu pun terpaksa nangis bila baca entry cik mat sbb nabu pernah rasa menda yg sama, bila arwah adik nabu meninggalkan kami sekeluarga buat selama-lamanya...dh 10thn arwah pergi tp rasa mcm semalam dia baru pergi...

semoga CMG sekeluarga akan tabah selalu, Allah lebih menyayanginya..Al-fatihah buat arwah abg cik mat dan seluruh muslimin muslimat yg telah kembali ke rahmatullah...

All Along the Way... said...

sedih saya membaca entry cik mat ni..teringat plak arwah mak yg dah lama pergi..sebenarnya tiap org pernah merasa kehilangan org yg dikasihi..kuatkan semangat yer cik mat..kena luangkan lebih masa untuk tengok anak2 arwah abg tu..kesian isteri dan anak2..

LyNn HaMzAh said...

sabar yer CMG...mudah-mudahan roh arwah dicucuri rahmat...al-fatihah...

Oh Oeya said...

Al-Fatihah

syud said...

takziah utk cik mat sekeluarga..semoga rohnya ditempatkan bersama2 orng2 yg beriman..Harap cik mat tabah hadapi semua dugaan ini.
Sedih saya baca entry ni. tambah2 arwah ada anak yg kecil lg. Semoga isteri beliau jgk tabah hadapi dugaan yg sgt besar ini. Insyaallah.

Anawahid said...

haihhh... sedih la pulakkk baca n3 mat kali ni... ni tgh baca je pon dh mengalir air mata...

diharap mat sekeluarga tabah menghadapi situasi ini... dan diharap roh arwah sentiasa ditempatkan disisi golongan org2 yg beriman...

lelayong said...

Salam Takziah dari Lela sekeluarga, semoga roh arwah dicucuri rahmat, Amin....

~ Mamma Olyn ~ said...

Mengalir air mata baca entry Mat, banyak bersabar....beristigfar selalu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam mat..

sebak dibuatnya membaca coretan mat kali ni.. menitis juga air mata akak.. sepertinya akak melihat sendiri bagaimana anak buah mu yg kecil itu mendakap erat jenazah arwah abahnya...

harap mat & seluruh keluarga tabah menghadapi dugaan ini terutama kakak ipar mat & anak2nya.. tengok2kanlah mereka ye mat kerana mereka tiada lagi tempat untuk bergantung & menumpang kasih.. berikanlah dia sokongan moral & juga bantuan kewangan agar jiwanya tidak berterusan bersedih & kebajikan anak2nya terpelihara..

semoga arwah abang mat ditempatkan bersama2 orang2 yang soleh.. al-Fatihah..

Kalamhati said...

Salam takziah utk Cik Mat sekeluarga..

Hmm sebak dan luluh hati ni tengok pusara tu dan baca coretan Cik Mat..Tiada kata yg adapat diucapkan..

Semoha roh arwah diampunkan dosa2 nya sepanjang hayat dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman..

a n a s t a s y e a said...

al-fatihah

aZLiNa aZiZ said...

Salam CMG, sebak baca entri kali ni. Bagai terlayar di depan mata. Dan teringat bagaimana sewaktu arwah ayah meninggal. Sedih sangat2. Hanya kuatkan hati supaya tak menitis air mata sewaktu mencium dahi dan kedua belah pipi arwah untuk kali terakhir. Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan kita.

CMG, tabah kan hati. Kalau CMG sedih, kakak ipar CMG tentu lagi sedih.

kak Erna said...

salam takziah..dan alfatihah..

QiStinA's said...

Al Fatihah...salam takziah cik mat....

nurazzah8 said...

Salam Cik Mat,
Al Fatihah...semoga rohnya bersemadi bersama-sama roh orag-orang yang soleh...

mmg sedih akak mengenangkan kakak ipar Cik Mat, baru mengandung dua bulan... semoga dia tabah menghadapi semua ini...
Waktu ini keluarga sangat-sangat memainkan peranan penting...untuk sentiasa memberi semangat dan dorongan kepada kakak ipar Cik Mat ...

ereen said...

Salam en mat,

agak tersentuh juga jiwa saya bila baca coretan en mat ni. Tambah2 lagi saat isterinya meletak kan ank diatas jasad arwah dan memeluk tubuh arwah yang kaku. Seperti dapat ku bayangkan keadaan itu. Ape pun harap seluruh ahli keluarga en mat tabah yer. Mesti arwah terlalu akrab dengan en mat sehingga en mat begitu sedih. Moga arwah berada dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. aminnn....

LiAnA said...

al-fatihah utk arwah.. semoga rohnya dicucuri rahmat... takziah pada keluarga mat..

Huszaini said...

Takziah! Moga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman... Al Fatihah...

Jiya said...

takziah wat mat sekeluarga... semoga tabah. moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan org2 beriman

mydecocakes said...

Takziah utk Cik Mat sekeluarga...sungguh menyentuh perasan..smoga roh beliau dicucuri rahmatNYa...Amin..

mamamisha said...

sesungguhnya..saat melihat sekujur tubuh berbalut kain putih,sesiapa pun pasti menginsafi diri...kerana suatu hari, pasti kita pula yang akan dikafankan...mati adalah pasti..hidup insyaallah!!

Lan0stZz said...

Takziah kepada CMG sekeluarga. Mengalir air mata baca entry ni.. Semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi. Al-Fatihah.

kella said...

mengalir air mata tanpa disangka!
takziah dari ku untuk CMG sekeluarga!

semoga rohnya dicucuri rahmat Allah...

kita semua juga akan pergi jua...

sob..sob..

masz_73 said...

Salam Takziah dari sy sekeluarga, semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin
semoga mat & keluarga arwah terutamanya tabah menghadapi dugaan Allah ini..

Mas said...

takziah buat che mat sekeluarga....moga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman....

NaniRostam said...

Salam Mat...sedih kak nani dengar...terasa mat macam ahli keluarga sendiri...takziah ya mat..moga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempat dalam golongan orang-orang yang beriman.al-fatihah.

suei said...

Takziah CMG dan keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat.Memang sesuatu yang amat memilukan apabila org tersyg pergi buat selama-lamanya.

Shahazrin said...

Takziah mat...

Yang pastinya mati itu benar, setiap jiwa pasti akan merasai mati. Mati itu pasti untuk kita, kalau belum sampai ajalnya kita, kita pasti akan merasai suasana kematian dalam keluarga. Sedih memang sedih.. saya pun pernah alami saat-saat kematian keluarga terdekat.. memang sedih.

Ana'AliilA said...

Salam takziah buat CMG dan kluarga, semoga roh arwah dicucuri rahmat..Amin

MeknaBlog said...

Salam Takziah buat CMG serta keluarga. Semoga Tabah dan bersabar. Dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan org2 yg soleh...maaf sy agak ketinggalan

yusmar said...

Semoga Mat sekeluarga terutama kak ipar Mat tabah menghadapi dugaan ini.

Ini la coretan Mat yang pertama kali saya baca amat menyedihkan.

Takziah dan Al-Fatihah utk arwah.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.