Salam semua, minta maaf tak de N3 resipi, insya allah dalam masa terdekat ni, Buat masa sekarang fikiran mat tak boleh nak beri tumpuan, sering terganggu dan sebak. Apa2 pun mat ucapkan terima kasih teramat sangat pada mereka yang menyampaikan ucapan takziah, samada melalui blog, FB, SMS dan sebagainya. Kelmarin sebelum waktu Zohor, jenazah selamat dikebumikan di tanak perkuburan "lama" di kawasan tanah tinggi Sedenak. Di situ juga bersemadinya waris2 kami terdahulu...Al-fatihah untuk mereka semua..

Rentetan peristiwa berlaku pada pagi hari Rabu 8 hb December 2010, jam 7.02 minit pagi. Tiba2 henfon mat berbunyi, bila mat angkat, terdengar suara anak buah mat yang sulung dengan nada panik suruh nenek datang cepat, dia kata abah sakit. Bonda, abah dan abang sulung mat bergegas ke rumah mereka. Tak sampai 15 minit, bonda call dan bagi tau abang mat tu macam takde harapan, sebab keadaan dia yang sungguh menyedihkan, mat masih berperasaan biasa, dan fikiran masih berkata, alahh bawak hospital insya allah dia ok.

Lepas tu mat terima panggilan dari abang sulung, dan dia kata memang betul abang mat tu sudah kembali ke rahmatullah (setelah mendapat pengesahan pihak ambulance) Ya allah!, ibarat semangat ku disambar helang, mat kaku, rasa sejuk seluruh anggota, air mata bergenangan dan terus blurr, tak boleh nak fikir apa dah. Lepas mat beritahu sedara mara yang sempat mat ingat dan juga mengupdate belog mengenai peristiwa sedih ni, mat pergi ke rumah arwah bersama abg mat yang sulung. Masa mula2 menatap wajah arwah, mat tak percaya..lepas kali ketiga..Ya Allah....abang aku rupanya...dengan tak boleh nak kawal perasaan, mat peluk erat tubuh kaku arwah........................................ya allah, aku terima semua ini dengan redha....dengan lingan air mata yang tak boleh nak dikawal lagi....

Seingat mat lah 34 tahun usia ku, ini lah pertama kali mat nangis dengan perasaan yang tidak boleh ditanggung, hanya allah juaa yang mengetahuinya. Tapi mat tetap redha dengan semua ujian ini, kematian tu pasti bagi kita yang bernyawa. Kesedihan bertambah pada saat2 akhir sebelum jenazah dikapankan, bermula dengan mat gebu sendiri, bonda sedara mat "engku chik", kemudian bonda ku sendiri yang begitu tabah, anak2 arwah, kak ipar mat yang menggendong anak buah mat yang berusia 10 bulan serta 2 bulan dalam kandungan...Detik itu mat sedeh tahap maksimum,, bila melihat kak ipar mat meletak kat anak buah mat tu atas arwah abah nya, dan dia memeluk erat tubuh kaku arwah...ya allahh, itu lah perasaan paling sedih yang tidak boleh digambar kan. Terkahir sekali yang melihat, sudah pasti abah mat, yang mula2 begitu tabah, tapi hingga saat akhir sudah tiada lagi ketabahan itu...dia sampai tak larat nak berjalan, semangatnya lumpuh sama sekali..

Apa2 pun mat bersyukur teramat sangat, kerana segala uruzan jenazah dari proses memandikan (kami pangku jenazah tu, bukan mandi dalam bekas), dikafankan, solat dan dikebumikan..semuanya berjalan dengan licin, syukur ahamdulillah..Moga allah mengampun kan dosa2 arwah dan mencucuri rahmat ke atas rohnya....aminnn....al-fatihah....