BEN ASHAARI

Monday, December 27, 2010

MEE HOON GORENG TAUCHO....

P1240721
Assalammualaikum, selamat pagi Isnin..Masa sekarang ni pantas betul berlalu, tau2 dah Isnin, tak lama lagi habis lah tahun 2010....Tah kita dapat bersua lagi ke tak pun pada tahun 2011, wallah hualam, macam arwah abang mat, dah nak masuk 3 minggu dia pergi menghadap Ilahi..huhu, al-fatihah untuk arwah. Pagi ni sarapan cuma mee hoon goreng taucho. Kerap dah mat masukkan mee hoon nya resipi kat blog. Mat kan sekarang malas nak fikir, apa yang aku masak, waima ikan goreng masak kicap pun, akan ku masukkan juga, saja bagi blog bernafas. Tapi jangan salah faham, kalau senior2 tu mesti lah mereka dah xpert masak, dan bila nampak resipi cincai, sah2 depa tak mo dah tengok lagi...ada permintaan nak mat buat kek red velvet. Hmm, nanti lah kalau ada masa...

P1240718
Kali ni mat goreng mee hoon letak taucho dan guna pes cili yang mat dah siap kan awal2. Bukan apa kalau dah ada pes cili tu, senang sikit keje, orang datang kita terus boleh memasak, kalau tu jam nak siapkan bahan2 rempah ratus dia, leceh, silap2 orang dah balik kita baru nak masak. Pes tu mat buat lebih dan tumis sampai garing, kena lebih minyak, kemudian sejukkan, simpan dalam botol bersih dan kering, letak dalam peti sejuk. Bahan2 lain anda boleh letak kemudian masa menggoreng mee. Nak buat untuk masak nasi goreng pun boleh. Tak de masalah. Ok jom semak resipi dia...

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mee hoon
3 camca besar pes cili*(*resipi dibawah)
100 gram taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
1 keping fish cake, hiris
15 ekor udang sederhana besar, bersihkan'
1 1/2 camca besar taucho
1 camca besar sos tiram
1 biji telur, dipukul sedikit
1 camca besar sos tomato
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan'

BAHAN PES CILI :-)
2 1/2 cawan cili kisar
1 biji bawang besar saiz sederhana*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 camca besar udang kering, rendam, cuci dan toskan*
2 camca besar ikan bilis, rendam, cuci dan toskan*(*kisar halus)
1 camca besar jus asam jawa yang pekat
Garam dan gula secukup
Serbuk perasa secukupnya (yang ni mat tak letak, cuma tulis saja)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PES CILI :- Panaskan minyak dalam kuali, kena lebih sikit. Tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan terus menunis hingga garing dan terbit minyak, guna api sederhana, dan dikacau selalu. Tambah jus asam jawa, gula secukup rasa dan sedikit garam (garam jangan banyak, bagi rasa lemak saja dah ok). Masak sekejap lagi dan boleh matikan api, biar sejuk boleh letak dalam botol, simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian..
  2. UNTUK MEE HOON GORENG TAUCHO :- Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan biar mengeras sikit, kacau hingga separuh hancur, tolak tepi kuali. Masukkan pes cili, taucho bersama sos tiram dan sos tomato. Tambah udang, fish cake dan tauhu, gaul rata bersama telur tadi, tuang sedikit air. Biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan mee hoon tadi, kacau hingga rata. Masak sekejap, tambah taugeh dan gaul. Kemudian rasa jika kurang masin, renjiskan dengan sedikit kicap cair. Bila dah ok boleh matikan api. Hidang dengan menabur hirisan daun bawang dan cili merah..

19 comments:

makdara TERdiva said...

salam kanda mat gebu.. :)

pergh!! gambo mihun jer dah buat airliur meleleh, belom terai lagi..

pg ni MDT smpt makan cornflek & susu jer..sob..sob..

Ayu said...

salam che mat,
sedapnya nampak mee hoon goreng taucu che mat ni!!! boleh pengsan tau!!..hahaha....bolehlah try resipi yang ini pulak lain kali..

eelobor said...

saya lak bekfes ngan roti canai kosong jer pagi nih, hihihih

akuanakpahang said...

Salam En Mat, baru aje pekena mee hoon goreng tadi cuma tak de taucho aje :) New Entry "Saya Blogger Pahang"

aibaks said...

al-fatihah utk arwah abg CMG

misza said...

Nak buat pes cili banyak² gak. senang kalau ada tamu yg dtg mengejut.

K.Nor said...

salam che mat, dah lama k.nor cari resipi mihun goreng tauchu... at last dpt jugak! k.nor copy & save dulu ya.. mekasih :)

kakchik@ella said...

En. Mat, saya suka bihun ni tp en. somi pulak tak suka bila dibubuh tauchu. masin katanya .. hihi ..

Mat Gebu said...

@ kak chik - try kak cik basuh taucho tu sikit bawak air paip, lepas tu kan kasi hancur2kan sikit..

Muslimah Avenue said...

Wah... CMG dh leh buat jual paste lak... Ops.. salam CMG :) Sy ni pembaca setia blog DTS ni tp br ni nk 'leave my comment here'. Plg sy suka kek marble CMG. Yg Kek Marble Shiela tu pn sy dh try. Sy suka blog ni!!!! Maaf... over sket.. hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Salam CMG...kena basuh ke?hehe,patutla masa hr tu buat masin sangat .tak tau lak kena cuci tauchu tu dulu..tq yer bg tips.

azila said...

sedap lak tgk bihun "adik' buat..hehe

Siti Indrawati said...

Salam Cik Mat..sedapnya mee hoon sungguh menyelerakan!mintak sepinggan..

Rin said...

saya pinjam resepi ya.. nak buat nanti :D

Mimy said...

Slm...
Sekodeng CMG punyer Mee hoon tk nampakla pulak tauchoonyer.. Rasenya klu makan termakan tauchoo sedapnya.. rase masin dan lemak... Huhuhuhuhuhu... mintak sikitla... kalah org mengidam pulak.. ada tbaca dalam blog CMG suka makan 'budu'.. =lah dgn sy n stok sy banyak lagi. hehehehehe.... ni nk suggest kalau goreng mee hoon taruk budu pun sedap.. cubela... ok...

ejan said...

abg mat gebu, saya dah buat aduan ke nestle pasal susu pahit tu..td mereka ada call dan bg maklum balas mengenainya..die kata, susu tu mmg pahit.pastu die terang lg.tp saya xreti nak explainkan lg..untuk lebih lanjut apa kata abg mat try feedback ke web nestle malaysia..tq..:) dlm fb pon saya ada tulis tp guna profile ejan.

qaseh johanna said...

alahai cik mat..
pasni saya dh nak kne diet..dah tak leh le nak try resepi2 yg sedap2 ni...

cik mat xde ke resepi yg bes utk org yg berdiet ni..??? hehehe

Tihara said...

nyam3x..sedap nyea lah :)

Mat Gebu said...

@ MDT - salam adinda..waa skandal terus..erkk, saya pun suka sarapan MDT tuu, sihat dan berkhasiat..

@ ayu - salam kak, hehe, biasa2 je, tapi saya plan nak buat mee siam s'pore, yang ada kuah tu..tak bila lah agaknya.

@ eelobor - hmmm sedap tu, tau tak bonda saya makan roti canai kosong cicah air kopi..hehe.

@ AAP - wahhh sama menu pulak..bab taucho ni abah saya yg suka.

@ aibaks - terima kasih atas tanda ingatan anda..

@ misza - yeaa betul, saya buat banyak, senang sikit, memandang kan rumah mat gebu kerap tetamu datang..

@ kak nor - Orait, hehe, resipi biasa2 je kak, sila lah derhaka yeaaa..hahaha..

@ muslimah - waaa, jual paste eks, kot2 lah kan satu hari nanti. Apa2 pun terima kasih sudi singgah dan mencuba resipi di DTS.

@ LM - yep, kalau masin, basuh pun just lalukan bawah air paip saja, lagi satukan jenis taucho juga memainkan peranan penting...

@ azila - hahaha, pengsaannn adik bila "akak" kata macam tu...mana pulak Ben ni...hahaha..

@ siti indrawati - hehe, boleh sangat mak et, tapi semalam lahh, ni hari dah habis.

@ rin - silakan..terima kasih..

@ mimy - hahaha, tauco cuma 1 1/2 camca besar, jadi bila dan gaul2 tu kan tatau mana pi dahh depa sembunyi.

@ ejan - ooo ye ke, terima kasih, ok nanti saya pi ke laman web nestle...

@ qaseh - waaa, mesti sebab skodeng DTS-Mat Gebu anda jadi gebu..ishh bahaya juga ni, tak pe masak tapi bagi org lain makan.

@ tihara - hehehe, lagi2 kalau lapar, memang sedap..