Buat nya amat mudah, maklumlah puff pastry beli yang ready made, crab stick tu beli juga, yelah takkan mat gebu nak gentel crab stick tu, mana lah jadi, aku ni bukan pandai pun, setakat boleh masak sikit2 jee. Benda2 macam ni kan memudahkan kita, terutama jika tetamu datang ke rumah, boleh juga buat untuk minum petang. Puff pastry ni pelbagai guna, boleh buat apa saja ikut imaginasi kreatif anda, kalau nak brutal nya gaya pun boleh, tapi kalau tak jadi, sendiri tanggung yea. Sedap dimakan bersama sos pilihan, tak kira lah yang pedas ke atau yang manis. Ok jom kita tengok apa yang diperlukan...buatnya cikenn jeee...anak2 pun boleh mencuba..
BAHAN-BAHANNYA :-)
1(10 keping) pack puff pastry jenama "KAWAN" saiz 4 inci x 4 inci
10 batang crab stik
1 kuning telur, dipukul sedikit
Serbuk lada hitam berperisa "aji-shio"
Sos pencicah kegemaran anda
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ambil sekeping puff pastry, kerat 2 dan biar satu bahagian besar sedikit. Kemudian kelar menyerong bahagian tengah puff pastry yang saiz besar sedikit tadi (seperti dalam gambar).
- Crab stick tadi dibuang salutnya, letakkan pada bahagian puff pastry yang kosong. Tutup crab stick tadi dengan puff pastry yang telah dikelar2 tadi, tekan2 sedikit dan tekan kelilingnya dengan hujung garfu, seperti dalam gambar. Berhati2 alih ke dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
- Sapu kuning telur dan tabur sedikit serbuk lada hitam berperisa tadi. Bakar pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Jika oven anda ada sistem hot fan, hidupkan. Sejukkan atas jaringan sebelum dihidang bersama sos kegemaran anda..



18 comments:
haah la..senang sangat ea :)..tq
salam che mat, oven che mat ada fan ya.. cantik jer fluffy puff tu
salam en.mat..dapat satu lagi idea..terima kasih en..mat sudi berkongsi disini..
kalau nak buat isi inti dagin macamana pulak ye.akak tak pandai lagi la..sebelum ni..main banytai buat je..macam inti karipap tu..
salam mat....
dalam bulan nih berbungkus2 crabstick aku kerjekan.. asyik2 crabstick.. nih nmpk puff ko ader karang aku crabstick lagik! muker aku pong dh jd pjg mcm crabstick! hahahahahaaa....epi new year mat! biler nk kawennn??! soklan maut sempena ujung taun... cabooottttt kekekeke
salam CM...
bagus gak idea ni utk sarapan esok! thanks and happy new year...
nampak senang... nak wat gaklah.. hehe... <-- harap² R lebih besar dari M... tq abg mat..
Nampak senang.. Bila2 nanti boleh cuba buat..
Selamat Tahun Baru 2011 buat Cik Mat Gebu.. Semoga terus cemerlang di arena memasak.. Happy Blogging..
Cik Mat
kulit puff ni memang mcm2 boleh buat..and senang pulak tu..apapun happy new year cik mat..thanks for sharing all the wonderful recipes..
wow... nmpk senang senang jer erk....
boleh orter lg la wat benda lain .. thanks 4 the idea.
CMG,
Happy new year!! Mmmm sedap tu.. Cuba try letak cheese slice & blueberry filling kat dlm tu lak. Ok x? Sy x pernah buat. Sy imagine je. Sure sdp gak kn..:)
lupa nk wish slmt myambut thun br 2011.. smg hidup dredhai dan dberkati..... utk CMG slmt berkarya utk DTS...
Salam CMG mmg best :)
kita nak ucapkan salamat tahun baru buat anda semua :) New Entry "Selamat Tahun Baru 2011 daripada akuanakapahang."
Aslkm
En Mat pegi Rengit? Oh kedai baru tu dah bukak ke? Ada banyak barang tak?
@ tihara - yeaa betul senang dan cepat..
@ kak nor - ha ah kak, tapi saya guna utk bakar puff saja..
@ kak erna - sama2 kak, kalau nak buat inti daging tu sama macam inti karipap je, kentang tu kalau nak letak pun ok, tak letak pun tak pe,cuma kan daging tu akak potong kasar2 sikit, baru ada rasa..guna rempah kari. Saya suka juga tumbuk halia dan bawang putih dan perap dulu dengan daging ttu sebelum digunakan.
@ hana - hahaha, amboihh sempat lagi tu tanya, sebiji mcm makcik temah kampung aku..nak kawen esok pun boleh, cuma nak berumahtangga tu tatau bila,rumah setingkat mana ada tangga kann..
@ azita - sama2 dan memang mudah, budak2 suka nihh..
@ mama mirza - sila2 senang je nak buat nihh..
@nba-nur - selamat tahun baru juga dari saya..terima kasih.
@ yat maria - betul tu, saya sendiri mmg simpan stok ni kat rumah untuk keperluan darurat.
@ mimy - senang dan mudah, boleh buat ikut kreativit memasing.selamat tahun baru juga
@ muslimah - yess boleh sangat idea anda tu...
@ AAP - selamat tahun baru juga dari saya untuk tuan.
@ mama ju - wassalam, ha ah pi regit tadi, kedai baru tu ada lah 5-6 peniaga yg dah mula kemas2 kedai mereka..
salam.kt mana nk beli nk beli puff pastry tu?maap sy budak baru belajar..
salam...CMG
kalu sy nak wat frozen boleh tak?
kena bakar dlu ka sblm d frozen kan?
tq
En Mat.....puff tu saya teruja...tapi saya admire kat set cawan dan teko en mat tu....soooo classic
Post a Comment