BEN ASHAARI

Wednesday, October 27, 2010

SICILIAN ORANGE CAKE.

Sicilian Orange Cake
Salam semua, petang ni mat share satu resipi yang telah dicuba oleh ramai blogger masak2. Dan mat teruja bila melihat MamaFami dan Kak Ina KL membuatnya. Resipi asal dari blog Rima dannn, kalau lihat Rima buat, masya allahh....cukup cantik dan memikat, pendek kata sesiapa melihat terus nak mencuba. Akhirnya kan mat gebu kalah juga, tadi mat try buat dan ianya amat mudah, resipi pun seakan resipi kek oren lembap yang mat pernah buat dulu. Cuma kali ni mat bakar dalam acuan kecik, sayang sekali melekat dan yang mat letak ni adalah hasil terbaik antara semua, kira ok lah kan. Kalau resipi rima, dia ada ising oren, pada mat ini akan menambah tahap kemanisan terlampau, jadi mat cuma drizzle kan dengan coklat sahaja. Apa2 pun terima kasih pada pemberi idea dan resipi...Sebelum tu, resipi dibawah ni telah mat kurangkan 1/2 dari resipi asal..harap maklum...

BAHAN-BAHANNYA:-)
125 gram mentega
125 gram gula halus (mat letak 100 gram)
125 gram tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur gred B
3/4 camca teh parutan kulit oren
40 ml jus oren
Sedikit parutan kulit oren untuk hiasan

BAHAN AISING :-)
65 gula aising
2 1/2 camca besar jus oren

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bunt-pan saiz mini dengan mentega, ketepikan. Putar mentega bersama gula halus hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren, dan putar rata.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti jus oren tadi. Putar rata dan sebati. Sudukan ke dalam acuan tadi 3/4 penuh. Bakar selama 35 - 40 minit bergantung pada oven masing.
  3. Bila masak, biarkan sekejap hingga suam, boleh keluarkan. Boleh juga gunakan tin bulat berukuran 8 inci dan alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas dan tin tadi dengan mentega...

11 comments:

Mas said...

mas dah buat...memang sedap kek ni....comeinya kek che mat ni...he..he..

EDDIE YUSTIN said...

kan dah cakap cik mat ni ada keturunan italia ..nama kek Sicilian..spaghetti kegemaran dia...hehehe

Hayatcemresi said...

your cake's very beautiful.

MamaFaMi said...

Mat, kek mama tu pun melekat gak. Sedih sketlah sebab tak dapat yang lawa cam Rima punya. Yok kita cari acuan macam Rima tu nak? Hehehe.. mulalah nafsu membeli ku dah datang!

Sis-Lin said...

wawawa...tergoda aku melihat kek mu mat..agak2 klu masuk mulut sekali ngap jek ek..huhuhuhu

Rima said...

Cik Mat.. long long time ago also my cake melekat walau pun dah di grease but later i got to know that acuan also play part.. ape ape pun tetap menawan kek mu itew cik mat hehe

cek chun said...

cik mat owh cik mat. kek melekat pon nampak ayu kalau dah di tangan kamu yer

Ummi said...

X kesah la melekat ke idak ke Mat oiii...janji sodaaappp! Kalau x abis cuba antar sini, pandai la akak nak handle..hehehee, ya la kan, betul cakap Rima, loyang pun main peranan jgk dlm baking2 ni..bila pulak akak nk toraaiiii..adeii...seriau takut melekat terus kat acuan, akak kena telan dgn acuan2 sekali..hahaha

Keyrill Eduardo Willeyhem said...

sedap! huhuhuh...kalau ada kompetensi nanti, ajak cikgu kat skolah buat ni lah! try kan.. ;)

hana said...

mat... itali+cina+jawa >>> kelezzzzzz gtu! hihihihihi.......

ohoeya858.blogspot.com said...

kecurrr i taw.. sib baek tak mengidam cam aibaks he3 :)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.