BEN ASHAARI

Tuesday, September 14, 2010

SOTO AYAM..

Soto Ayam
Assalammualaikumm..Cakkk!!!, hehehe...sorry yea semua, mat betul2 sibuk, jangan ingat mat malas nak masukkan N3 pulak, keadaan memaksa sehingga nak jeling blog sendiri pun susah, lain lah En. Ben kita, dia lain beb!!...Jutawan blogger tuuu..seriuss waa cakap...hehehe..Ok, kita berbalik pada N3 ni hari. Mat dengan berbesar hati menerima kunjungan Sis Linn dan keluarga, Sue Joshua dan keluarga, Kak CT Delima dan Keluarga serta yang ni wajib yeaa hadir, kalau tak majlis tak berseri...sapa lagi kalau bukan Azman Ahmad atau Mr. Kasawari dan keluarga.. Mohon ampon dan maaf jika terkasar bahasa dan terlanjur perbuatan yang agak janggal di mata. Selamat hari raya...jom mat share resipi soto ayam, sah2 dah banyak kali buat, tapi tak kesah lah kann...

BAHAN KUAH SOTO :-)
1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 pokok daun sup, kerat kasar2
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup "Adabi"
1 1/2 camca besar rempah kurma "Adabi"
1 biji bawang besar*
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1.5 inci halia*
4 biji buah keras*
1/4 inci kunyit hidup*
1 camca besar lada hitam biji*(*dikisar halus)

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

BAHAN LAIN :-)
Nasi impit, didadu
Begedel
Taugeh, buang ekor dan celur sekejap
Cili kicap
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH SOTO :- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum, masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis hingga wangi. Rempah sup dan kurma, disatukan dan bancuh dgn sedikit air, kacau rata dan masukkan dalam peruk tadi, tumis hingga rempah sedikit garing. Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biar kecut sekejap. Tuang air secukupnya, masukkan bawang goreng dan daun sup, kacau rata dan biar mendidih. Kecilkan api dan renih 1 - 2 jam, tambah gara, secukup rasa..
  2. UNTUK SOTO AYAM :- Isi nasi impit secukupnya dalam mangkuk, tuang kuah. Letak begedel, dan bahan2 lain. Nikmati soto dengan sambal kicap..hmmmm...

8 comments:

Suejoshua said...

Mattt! aku 2 kali tambah soto nko, nak tambah kali ke tiga macam malu plak! lagipun jaitan kain kat pinggang macam nak tetas! sebelum rabak baik aku berenti makan..hehe

Kamsiah said...

suka makan tp malas nak buat hehe...terutama begedel tu..

shiro82 said...

salam,

saya ni silent reader dan tester untuk resepi cmg. ari ni wat soto ikut resepi alhamdulillah menjadi dan sedap sangat....first time wat sbb sebelum ni x confident nk wat. takut x sedap.....tapi ari ni menjadi pulak. thanks....sedap sangat. happy2

Azreena said...

oooooooooooo...baru saya tau...secret ingredient utk kuah sup soto...letak serbuk kurma rupanya.... ^o^

rahmatkawada said...

Minta izin ambil resepi.

bena said...

nak tanye, resipi ni utk berapa org makan ye

nianti hariyanti said...

thanks resepinya hr ni nak masak soto

ad|nda said...

Dah dua kali buat mmg sedap dh jadi special request bila kawan2 dtg umah. Thank you CM!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.