MEE HOON GORENG MEWAH

Mee Hoon Goreng Mewah
Salam morning Selasa semua, dah sarapan ke u all?...Mat gebu dah sarapan yang biasa jee...alaaa, aku ni kalau sarapan yang biasa pun akan kelihatan "luar biasa"...hahaha, riaknyaaa mat gebu!...Selisih, mintak simpang malaikat dari sifat riak, takbur dan meninggi diri (dah aku rendah kan...jadi merendah diri leerr!!..eh tak rendah sangat..), Ini semalam nya tapi masukkan ni hari. Mesti ada yang kata. hukk alahh mee hoon aje, dah tu je aku masak, jadi tu je lah yang letak kat N3..kang kalau kosong je tak de N3 baru, mulalah ada yg buat spekulasi kata mat gebu sakit tenat lah, merajuk lah, makan hati lahh...betul tak? Jadi biar lah 1001 kali ulang tayang janji kita masak sendiri...Resipi mat dah kurangkan dari kuantiti asal.

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram mee hoon, celur sekejap hingga lembut
1/2 bahagian kubis bulat, hiris halus
1 mangkuk taugeh, buang ekor (tak letak, sebab kak Ct Delima tak makan)
1 cawan hirisan daging batang pinang
1 keping fish cake, hiris nipis
1 cawan isi udang
1/4 cawan cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 camca besar kicap pekat
2 biji telur, di buat "scramble egg"
Kicap cair secukupnya
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 camca besar udang kering*(*dikisar halus)
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, sos cili, sos tiram dan kicap pekat. Tumis hingga sedikit garing. Masukkan daging dan air, biar hingga daging empuk.
  2. Tambah fish cake, udang dan telur, kacau rata dan masukkan mee tadi, gaul rata2, gunakan api sederhana. Masukkan kobis hiris dan gaul lagi. Rasa dan jika perlu renjiskan dengan kicap cair sehingga mendapat rasa yang sesuai.
  3. Akhir sekalu masukkan taugeh, gaul pantas dan matikan api. Hidangkan mee bersama hirisan timun, taburan bawang goreng dan daun sup. Juga sos cili kegemaran....

Post a Comment

8 Comments

  1. Encik Mat ..

    pagi ni bfast mkn biskut raya je. Gerai2 nasi lemak, bihun goreng.. sume tak bukak lagi. Nak masak sndiri malas !! hehe ..

    ReplyDelete
  2. terliur plak tgk mee hoon tu...

    dah la sekarang ni Selera Memilih...

    ReplyDelete
  3. Easy 1...2...3. Read and write your own article. A new collabrative dimension - www.jeejix.com

    ReplyDelete
  4. Alamak! Makanan kegemaran ku! Best best!

    ReplyDelete
  5. Salam, Encik Mat! Resepi cikmat memang sedap- sedap belaka! memang tidak pernah menghampakan. sungguh bertuah dikurniakan ALLAH dengan bakat semulajadi yang pandai memasak. Terima kaseh banyak2 cikmat sebab sentiasa sudi berkongsi resepi.Saya yang tak pandai memasak, bila cuba masak resepi dari cikMat terus minat memasak. Baru- baru ni, saya cuba resepi paru goreng bersambal (makanan kegemaran). Resepi dari En.Mat memang sedap! Suami saya pun puji.
    Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi dan tips memasak. Teruskan berkongsi resepi =).

    ReplyDelete
  6. Waaa...ni spesel buat ni untuk kak Ct Delima!

    ReplyDelete
  7. matttt... segan k.ct ko ni. disebabkan k.ct xmakan taugeh terus jadi "luar biasa" mee hoon goreng tu kan..hahahaha.

    ReplyDelete
  8. mr.mat,
    first time hantar komen ni..biasanya silent reader jek.
    disebabkan mee hoon goyeng adalah makanan kegemaran..ku gagahkan jua...
    soalannya adalah: kalau udang kering diganti dgn ikan bilis, rasa meehoon tu lari x..kot2 la x sesedap kalau pakai udg kering

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.