ASAM PEDAS AYAM BEREMPAH

Asam Pedas Ayam Berempah
Salam semua, hari ni dah masuk syawal ke-6, syukur alhamdulillah atas kesihatan yang allah kurniakan. Dari hari pertama raya sampai semalam mat masih menerima kunjungan tetamu yang tak putus2. Tapi kan, semalam agak mencabar, masa Yatt geng blogger antik mat singgah, bekalan elektrik putus di kampung kami, akibat ribut petang tu...lagi satu hal...air paip pun tak dak juga pada masa yang sama...ya allah..macam nak pingsan pak tua mu ini...tapi kan kalau cerita kat "sesorang' tu...menyampah koo, nak kena ambik tindakan drastik nihh. haha...Ok jom kita share resipi "asam pedas ayam berempah", rasa2nya resipi ulang tayang juga nih...."kamesah"..kan mamafami (haha, hanya aku dan dia saja yang faham!)..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam (anggaran 1.2kg), potong 18 atau ikut suka
2 biji terung bulat
2 batang serai
2 kuntum bunga kantan
1 1/3 cawan cili kisar
2 inci halia, dititik
1 inci lengkuas, dititik
1 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
12 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan halus
1/2 camca teh jintan kasar
1 camca teh lada hitam biji

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam dibuang kulit, perap dengan lemon dan garam selama 10 minit, cuci bersih dan toskan. Terung dibuang sedikit kulit, belah 4 setiap biji dan rendam, serai dititik dan bunga kantan dibelah 2 setiap kuntum, ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, halia dan lengkuas tadi, kacau dan biar hingga terbit minyak, guna api sederhana. Masukkan ayam dan gaul rata, biar ayam kecut sedikit.
  3. Tuang air secukupnya dan biar mendidih. Tuang jus asam jawa dan masukkan terung tadi (toskan dahulu). Bila mendidih, masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Biar hingga ayam masak dan terung lembut. Rasa dan jika ok boleh hidangkan bersama nasi hangat...
ASAM PEDAS AYAM BEREMPAH ASAM PEDAS AYAM BEREMPAH Reviewed by Mat Gebu on 9/15/2010 12:35:00 PM Rating: 5

3 comments:

  1. first time tahu resepi asam pedas ayam..biasanya asam pedas ikan dan daging tetel je..masakan org melaka..ni masakan negeri mana ye..

    ReplyDelete
  2. salam idalara...
    Kami di Johor dah biasa masak asam pedas ayam, ada tu dimasukkan nenas madu ke dalam nya...nak kick tambah daun kesom..rasa2 masakan Johor agaknya..hmm, agaknya lah..

    ReplyDelete
  3. Assalammuaalaikum Mr.MG, nampak kat resepi selalu kena perap ayam dgn lemon....mana nak cari lemon kat Karak nih....? Kasi tukar dgn limau nipis boleh ke?

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.