BEN ASHAARI

Friday, August 20, 2010

BLUEBERRY CRISS CROSS PUFF

Blueberry Criss Cross puff
Salam sahur semuanya...waaa ngantuknyaaa. Nak share satu resipi mudah, mat buatkan untuk budak berbuka puasa tadi. Ada berbaki sikit, mat simpan untuk sahur, kira ni idea dah tak de sangat lah. Siang tu YM dengan kak ummi kuantan, tanya apa nak buat kan untuk berbuka, dia cadangkan balut puff pastry dengan blueberry filling, buat ala2 danish pastry. Tapi mat buat apa2 pastry kelopak, cuma tak berapa nak cun sangat..Hmmm rasa dia kan sedap dan buatnya senang...

BAHAN-BAHANNYA :-)
10 keping puff pastry jenama "Kawan" saiz 4 x 4 inci
Blueberry filling secukupnya
1 kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambik 1 keping puff pastry, kerat 4 bahagian. Ambil 1 bahagian, buat potongan pangkah. Bahagian satu lagi, diletak 3/4 camca teh blueberry fillling, tutup dengan bahagian yang dipotong dan tekan tepi2nya dengan garfu. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
  2. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan..

12 comments:

hanieliza said...

Salam Sahur...
nampak banyak syedap...
tapi jeles giler ni sbb pastry 4 segi tu kat Kerteh tarak oooo....
mai pos kat kakliza dalam sedozen paket boleh kaaa...
apapun kakliza nak buat edisi siasat kat kedai GERGASI dekat rumah akak la....

N.A.S.H.A said...

Assalamualaikum....hmmmm sedapnya, walaupun tak dapat nak makan ya....nak tau jugak, di mana kita boleh beli pastry puff Kawan ni? di Selangor? Nak cuba jugak tapi boleh gak buat hidangan tambahan raya nanti kut.

Loves your blog.

ibu HusNa & HaKiMah said...

salam..mmg nampak sedaap...rasa nk try buat jer ptg ni..hehehe al pun nk tau gak, mane nak dapat pastry tu? kedai bahan kek ada? pasaraya?

dbalkis said...

ada ek puff pastry kawan? saya slalu suka beli prata kawan je. senang le nk cuba resepi mat gebu ni kalau ada jual readymade puff. tq

aibaks said...

skali mat wat puff blueberry la plak.. sdp plak tengok.. hmm.. hujung minggu ni aibaks nak cube wat plak la.. hehe

ct_nurmarlissaa said...

yummmy....bahan aderr dah..idea niee...

ain said...

Good idea gak ni, kat umah akak ni, pastry kawan ni ada lg, blueberry jam pun ada gak, blh buat utk juadah manis berbuka.tq mat!

Wanny Shafie said...

KAT MANA NK BELI PUFF READY MADE NI.BOLEH TAK MAT GEBU AMIK GAMBAR HABAQ TGK SAT..!HIHI.TQ

Sweet Butterfly said...

hmm terliurnya nk makan jugak..tp kat hostel skrg ni..mane boleh masak2..kene marah dgn warden nnt bawak brg terlarang..hu3

DlovelyMuffin, Cakes N Choco Treats said...

cik mat mcm mana rupa pastry tu..post la gambarnya..leh kengkawan jejak kat mana2

Ummi said...

Waaaahh Mat, masa YM tu akak saja2 cakap x sangka akan terbit seindah ini kelopaknya...hehee...time kasih la sudi amik idea seposen akak...lenkali akak tanya ko pulak nak masak apa ek..

ibu HusNa & HaKiMah said...

salam..cek mat...al dah wat pastri mcm cek mat buat,,tp gn kaya..heheh...xcantik mcm mat buat la...al beli pastri tu kat care4 klang... pny smgt nak buat..hehehe..lpas ni nak bl lagi..hubby, mak pn puji...tq mat..idea best...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.