NASI LEMAK

Nasi Lemak
Assalammualaikum semua, salam sejahtera..semua ok ke?..mat tak berapa ok lah, semalam 1 hari tak boleh nak lelap mata, resah dan bila tidur je rasa macam berada di alam lain, nafas panas ala2 naga buana. Pendengaran pulak ala2 orang masuk dalam air...blurr.. Tak pe dugaan. Ok hari ni mat berbuka dengan nasi lemak, atas permintaan, kalau ikut kan mat tak kuasa lah nak buat, tapi kan mat ni jenis pantang dengar orang nak, seboleh2 buat kan juga..lagi2 kalau anak2, yelah mereka tu baru nak hidup, kalau tak dapat makan apa yang mereka nak, rasa terkilan kita sebagai orang tua. Nasi lemak ringkas ni mat gandingkan dengan sambal sotong. Tadi kalau ikutkan nak goreng ayam, rupanya ayam elek, ikan je ada, gunalah ikan...hmmm ok lah juga...

BAHAN NASI LEMAK :-)
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 20 minit
6 cawan santan kelapa
1 inci halia, hiris
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, dititik
1 batang serai, dititik (optional)
1 helai daun pandan, disimpul
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis
Hirisan timun
Ikan@ayam goreng
Kacang tanah, goreng
Ikan bilis, goreng garing
Telur, dibuat dadar@mata kerbau

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras basmathi tadi, alih ke dalam rice cooker, masukkan semua bahan untuk nasi lemak, kecuali garam. Gaul dan tambah garam secukup rasa. Masak seperti biasa. Bila betul2 tanak. Gembur kan nasi dengan chopstik untuk mengelakkan nasi patah2.
  2. Hidangkan nasi lemak tadi dengan bahan2 sampingan. Selamat mencuba...
NASI LEMAK NASI LEMAK Reviewed by Mat Gebu on 8/20/2010 09:15:00 PM Rating: 5

7 comments:

  1. kesian cik mat demam

    kalau demam-demam leh menjadi nasi lemak nun,kalau tak demam, rasanya dapatlah makan nasi minyak...

    tak gitu

    PS: mengindam nak cucur, dibuat dan dihasilkan..akhirnya ghairahku ilang

    ReplyDelete
  2. Nasik lemak CMT..
    Naga Buana Lagu mana tuh weh mat?

    http://prof-hariz.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam mat..akak pun sama mcm mat. semlmam semlm tok leh tido, bdn sakit, pas rasa seram sejuk.mcm nak demam pun ye gak. Alhamdulillah lps hubby urut satu bdn pg td..baru lah ok.

    akak pun ada buka ns lemak hr ni selain bone steak,tp ns lemak tu mak cik belakang umah la yg kasi. sedap!

    ReplyDelete
  4. mat gebus... aku takot nko tak bangun sahur jek makan nasik lemak time berbuka ni. hihihihi... tak pon tetido time terawikh :p

    ReplyDelete
  5. wahhh ..... Cik Mat .... nasi lemak beras basmathi lagi .....
    kita ..... pakai yang timbang je ... hehehehehe

    ReplyDelete
  6. Ni semua yg buat sy pun nk masak nasi lmk utk berbuka ni!!

    ReplyDelete
  7. teringat respi mak.. letak halba..

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.