BEN ASHAARI

Friday, June 25, 2010

KUEY TEOW HAILAM

Kuey Teow Hailam
Salam semua, apasal pulak malam ni kan rasa mengantuk sangat, jarang mat rasa mengantuk macam ni, dari petang tadi asyik sangap saja...ishh ada kah ada orang2 Bunian menegur sambil memerhatikan ku...erkk....takut leerr!. Ingat tak char kuey teow ala muna yang mat masak tempoh hari?...Kan hanya guna 500 g, jadi bakinya ada mat simpan dalam peti sejuk. Jadi dari menyemak je, baik kita buat kan sesuatu agar cepat ianya hilang. Kue teow ni kalau simpan mesti jadi keras kejung, apa mat buat, letak dalam microwave untuk 2-3 minit macam tu, nanti dia jadi lembut dan bolehlah gunakan.

Kuey Teow Hailam
Pada mat, untuk mendapat mee hailam yang sedap, stok untuk kuah tu penting, gunakan air rebusan tulang lembu atau ayam, selain sos tiram, lada hitam dan sedikit minyak bijan. Untuk memekatkan kuah, mat gunakan sedikit bancuhan tepung jagung. Boleh guna apa2 saya sayur pilihan tapi jangan lah sampai 1001 macam, nanti dah jadi lain pulak. Apa2 pun memasak ni perlu kreativiti, jika tak de bahan ini, kita guna bahan lain, ikut kesesuaian. Resipi2 yang ada ni semua sebagai panduan dan ini lah style kami geng masak2 bertukar2 idea....Pada pandangan mat lah, kami blogger masak2 ni bersih dari sifat iri hati dan tebiat memburukkan antara satu sama lain...wallah hualam... moga benarlah bagai dikata...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.5 liter air rebusan tulang lembu@ayam
1 keping dada ayam, dihiris
1/2 cawan isi udang
1 keping fish cake, dihiris
1 cawan potongan bunga kobis
1 cawan hirisan campuran capsicum merah, kuning dan hujau
3 pokok sawi bok choy, dibersihkan dan disiang
1 biji tomato, belah empat
1/3 batang kobis, belah 2 dan hiris serong
2 ulas bawang putih, cincang halua
3 camca besar sos tiram
1 camca teh kicap pekat
3/4 camca teh serbuk lada hitam
1 camca teh tepung jagung*
1/4 cawan air*(*dibancuh hingga rata)
Garam secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
500 g kuey teow
1/2 camca teh minyak bijan
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Cili hijau jeruk

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum, masukkan daging ayam dan lobak merah, kacau rata. Tambah sos tiram, kicap pekat dan serbuk lada hitam, gaul dan tuang stok air rebusan tulang. Biar mendidih.
  2. Masukkan udang, bunga kobis dan fish cake. Biar sekejap dan tuang bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masukkan tomato, sawi bok choy dan juga garam secukup rasa. Masak sekejap dengan api perlahan hingga kuah memekat. Matikan api.
  3. Panaskan kuali non-stick, masukkan kuey teow tadi bersama minyak bijan dan kacau pantas selama 30 saat. Matikan api dan alih ke dalam mangkuk hidangan. Tuang kuah tadi dan hias dengan taburan daun bawang dan bawang goreng. Hidangkan bersama cili hijau jeruk...

8 comments:

cikgu isza said...

salam mat,
selain memulihkan kembali kury teow tuu.. boleh tak cara yang sama digunakan untuk memulihkan mee?

qasehadam @ nurul said...

abang mat cedappppnye peberet ku kuew teow hailam nih..oo kene panaskn lam microwave yee penah gak kuew teow ku kering kejung ni ku buang je ingat dah xok..kalo tau xbuat gitu.ni guna kuew teow yg halus tu ke mana nak cari kuew teow yg halus yg biasa org buat char kuew teow tu

Siti Indrawati said...

Salam CIk Mat..dah tido ke..yealah kalo asyik sangap org tua2 kata kalo x lapo memang nak tidolh..sungguh menyelerakan kuet teowmu itu..nyam3x..

NINA aka SL said...

Mat.. ko terlebih makan kue teow tu.. tu yang sangap memanjang.. Cuba Bak mai sepinggan..

jalilah_jy said...

salam cmg

akak baru cuba kek carot tuu sbb 25 jun anversy akak dan abg.. mmg sedap laaa rasanyee.. wpun kekeyangan balik dr dinner tadi..akak mkn kek tu tak mual pongg..
harap2 kolestrol dapat dipotong oleh nanas iteww hehehe
t.kasih resepimu..

ain said...

salam mat...akak suka mkn mee hailam, tp jrg makan sekrg ni sbb susah nak dpt yg betul2 sedap kat tekak. nak buat, cuma akak sorang je yg minat, membazir pulak nanti. apa kataaa...akak mintak tlg mat je buatkan akak.hihi

nur said...

sedapnya....mee hailam ni.resepi awak yang lain pun kaw..kaw....ish..ish..CMG...sy nak berguru gan awak lah...

BELLA74 said...

Salam...saya buat untuk berbuka semalam tapi saya menderhakakan (sorry ye pinjam perkataan ni)resipi ni sikit ganti kuey tiaw dengan mee sedap...sedap..memang sedap

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.