BEN ASHAARI

Monday, April 12, 2010

MURTABAK MAGGI

Murtabak MaggiAlign Center
Salam semua, berjumpa lagi dengan N3 terakhir malam ni, bukan apa, letak malam ni boleh juga buat panduan untuk semua teman2 blogger, kot2 lah nak buat untuk sarapan ke, atau minum petang untuk esok. Tadi petang pun mat dah letak resipi apple crumble muffin kan, jadi untuk yang ni kita buat resipi savory pulak. Kalau perhatikan, murtabak maggi atau murtabak mee segera ni berzaman dah orang buat, mat exceli kan buat ni sebab teruja tengok "MamaFami" blogger masak2 otai buat...kalau luu tak caya apa guaa cakap, cuba luu tegok sendiri...kat sini......

Murtabak Maggi
Kalau di Johor dan Singapura, murtabak selalunya disajikan bersama bawang jeruk selain kuah dhal, mungkin di negeri lain pun sama, teringat dulu kalau di Singapura ada satu restaurant kalau tak silap nama dia 'Zam-Zam".. dan dia ada 2 tingkat, kalau makan kat tingkat atas kan, nanti boleh nampak "Masjid Sultan" yang femes di Singapura tu, itu nostalgia masa kecik2 dulu. Ok, murtabak maggi ni sungguh ringkas, gunakan bahan apa yang ada, daging burger boleh, daging ayam boleh, seafood boleh, kalau rasa macam dah habis ikhtiar lah, guna sardine pun boleh!!!.....Amacam senang gilaaa kan...ok, seperti biasa kalau cik mat yang buat of couse lahh menderhaka sikit pada resipi asal, bukan apa kita gunapakai bahan2 yang ada saja.....Jom semak resipi....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mee segera MAGGI perisa kari
2 biji telur
150 g daging cincang
1 biji bawang besar, cincang
1 cm halia*
1 ulas bawang putih*(*tumbuh lumat)
1 camca teh rempah kari daging
1 pokok kecil daun bawang, hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
1 biji cili hijau, hiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar mentega
1/4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN BAWANG JERUK :-)
1 biji bawang besar
1/4 cawan cuka makan
1 camca besar sos cili
1 camca besar gula
Secubit garam (jika perlu)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK JERUK BAWANG :- Bawang besar, dikupas, cuci dan hiris halus2. Satukan bersama cuka makan, cili sos, gula dan sedikit garam jika perlu. Kacau rata dan simpan dalam peti sejuk 20 - 30 minit.
  2. UNTUK MERTABAK MAGGI :- Asingkan mee segera dari rencahnya. Celur mee segera tadi hingga lembut, toskan dalam tapisan dan biar sejuk. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga perang, masukkan rempah kari, perencah mee maggi, serbuk lada hitam dan daging cincang. Kacau rata dan tuang air, masak dengan api perlahan hingga hampir kering. Tambah hirisan cili merah, hijau dan garam secukup rasa. Matikan api.
  3. Dalam satu mangkuk, masukkan 1/2 bahagian mee, 1/2 bahagian daging dan 1/2 bahagian hirisan daun bawang, gaul rata. Pecahkan 1 biji telur, kocok sedikit dan tuang dalam mangkuk berisi bahan2 tadi. Kacau rata dan tuang ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan dengan sedikit minyak masak.
  4. Masak dengan api perlahan sehingga permukaannya mengeras (nak cepat tutup sekejap), dan terbalikkan. Masak untuk 1 - 2 minit lagi hingga kuning keemasan. Alihkan ke dalam pinggan. Buat kaedah yang sama untuk baki bahan2 tadi.
  5. Potong murtabak maggi tadi ikut kreativiti masing2 dan hidangkan bersama bawang jeruk, kalau ada kari dhal pun sedap, nak hidang dengan cili sos pun ok, thousand island sos pun boleh..ikut suka hati koo orang lahhh!!!!....Selamat mencuba yeaaa....

20 comments:

MamaFaMi said...

Salaam Mat.... naperlah tak terpikir nak wat bawang jeruk ek? Tapi kan, sib baik tak buat pun. Hari tu yang ma buat murtabak maggi tu kan, 2 bungkus dapat 5 keping, ma dapat rasa sesudu kecik je. 1 keping disajikan untuk cikgu tuition, 2 keping bagi kat dia tapau untuk anak dan adik dia dan baki 2 keping (minus 1 sudu kecil), Syahmi yang makan... tak pe la, lenkali aar buat bawang jeruk...

Dan seperti biasa, ko menten derhaka pada original recipe. Ma ingat ma sorang termenderhaka, tapi ko dah double derhaka tau Mat! Hahaha...

Mmm cantik set hidangan Mat kali ni. Tapi kan Mat, bila ma tengok gambar teko montok warna biru Mat ni kan, mulalah kepala otak ma ni terbayangkan teko dalam citer Beauty and the Beast tu...

Ummi said...

Mat, amboiiih ko! Melawan Mama nmpak..terlebih derhaka dan terlebih saiz...padan la dgn org Sedenak tu eh..mana main yg kecik2..hehe..Aah la Mama pun satu..byk buat, dpt rasa sesudu jek..alahaaiii, kita nak jadi cikgu tusyen kat rumah gak laa..tusyen apa eh? Mama ni semua pandai..tusyen tdo je ler..cara nak jaga kepala jgan tersalah letak lgk..hehehee

cikgu isza said...

anak suka makan maggi tapi saya sekat.. faham2lah effectnyer.. boleh cuba resepi ni pula.. harap2 anak2 suka.. trima kasih yer

Mat Gebu said...

salam mamafami...
Maa, teko tu saya dok guna sakan, dah byk berjasa tu, baru2 ni cawan dia pecah, tatau pesal tiba2 arwah tu tergolek jatuh dalam sinki, dah ajal dia...Tapi kan murtabak maggi tu kalau budak terdesak nak makan, sesuai leer...kalau bapak budak yg dok merengek lapo pun boleh kita pekena kan sama...anyway thank u so much for your "bernas" idea in making cooking/baking more fun then usual..

salam kak ummi...
Tu lah kak, kalau kuali comey ni kan, no place in my kitchen, sebab kuali kami semua jenis "gadang2"..tapi non-stick pan mama tu wajib kena beli laa. sebab cute, walhal dah kerap nampak kat Tesco, Giant, tapi asyik terlepas jeee...ooo nak jadi guru tuisyen kee..ahaks, boleh, ngajo budak2 lontaran suara, agar merdu...hahah

salam cikgu isza...
Excelikan cikgu, saya sungguh berbesar hati atas kesudian cikgu mencemar dulu ke blog hamba ini.. Betul tu cikgu, insya allah budak2 suka yang ni...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam abg mat..
wow...mesti ben suka. azila kena try nie,,,

part mertabak mmg tak leh tak cuba..ayu suka yg amat.......

BEN ASHAARI said...

hahaahahha...baru nak cakap..ayu dah cakap dulu .. hahahaha ...wat telan air liur je mat neh.... tidakkkkkkkkkk... daku kelaparaaannn

salam ummi , mamafami , isza , ayu .. lalalalala ...

dude said...

sedapnyerrrrrrrrrrrr.
da lama tak makan ;(

Mat Gebu said...

salam puan siti...
Hahaha, sekarang ni kan dia mcm satu fenomena tau...maggi di multiracial kan...hahaha...lepas ni rasa nak buat sesuatu lagi laa...

salam Ben...
Tu lahh, sori ek..ni semua mamafami punya angkara (sori mama!!)...hahaha, tapi kan ben..yg ni senang gilaa nak buat..cuma satu pesanan saya, kena fokuss yeaa masa buat, jgn buang maggi dalam tong sampah...

salam dude...
Lepas ni kita makan dulu...tapi ni dah malan tak bley makan, esok je lahh...hahaha...

Muna said...

tak aci...
pagi tadi cheq dok intai Murtabak Maggi MamaFaMi and the apple crumble muffin kat sini. Sungguh the very tergoda, ingatkan nak buat either one of the recipe... lepaih tu cheq pi nganga depan tv... apa pun tara jadi!

Mat Gebu said...

salam muna...
Hahahaha, tak pa lah muna, hang mai sini cuci mata pun dah ok, pas tu pi rumah mama pulak cuci mata lagi, lama2 kenyang dahhh...hahaha...

izahdaut said...

salam cikmat..wah murtabak cikmat posing maut punyee.. dengan bawang jeruk tuh,..wah memikat hati sunguhhsss... harus juge kucuba..bahan semua adee.. tak leh tahan nih..dulu nampak kat mamafami blog..ni kat sinih plak..menu otai2 ni mesti memuaskan perut

Mat Gebu said...

salam izahdaut...
Sayakan buat sebab tak bley tahan tgk mamafami buat..yelah dia tu kan kalau buat apa2...semuaa nya nampak sedap dan terseksaa....

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, teringin lak nak makan murtabak maggi ni, agk2 hubby ku suka tak??

hai said...

baru tgk kat tv1 semlam,chef tu ajar buat murtabak maggie...baru plan ngan anak nak buat...resipi kat sini lagi sedap rasanya sebab buh kari...dan gambo kat atas tu lebih menyelerakan pada yang dia buat,sebab masa dia terbalikkan tu dah lari alignment murtabak tu...hehehe...

zue said...

salam EN MAT GEBU .. SALAM PERKENALAN. TAk pasti en MAT lebih senior atau saya .. apa pun; saya KAK ZUE dari ALOR SETAR, KEdah. formal sikit sebab pertama kali bagi komen tapi dah banyak kali terjah masuk DAPUR TANPA SEMPADAN ni .. in fact hari-hari .. asal online je ... ur blog ni kannn ... WAJIB masuk. ENjoyable betoi.

For your information .. DAPUR TANPA SEMPADAN ni .. saya masuk throug HANIELIZA's COOKING. Blog ' masak-masak' ni memang favourite saya tapi masak je yang saya jarang buat. Ntah le... tak berapa nak menjadi pula. Tapi saya enjoy dan sering teruja bila jengah blog ' masak-masak' macam En Mat nyerr ni.

Frankly speaking .. i LOVE THE WAY U put down ur words .. very relaxable n funny. Ur ' language' santai je .. walaupun melanggar hukum EJAAN dan TATABAHASA. Memang tak membebankan fikiran bila masuk ke sini. TAHNIAH lerrr .. memang En MAt layak dapat ANUGERAH BLOGGER terbaik untuk blog ' masak-masak'. Saya suka bila En Mat ... sertakan gambar demonstrasi sesuatu masakan tu ...step by step. Very clear n easily understood. KEEP IT UP.

Sorry .. terpanjang pula .. as i told u earlier .. this is my FIRST TIME .. leaving some comments so sorry berlebih-lebih pula.

MUGA TERUS AKTIF .
sekian wassalam
KAK zue

MamaFaMi said...

Salaam Mat...

Nak tumpang lalu ye.. nak jawab salam Ben. Tak jawab kang doser lak...

WAALAIKUMUSSALAM BEN. HARAP BEN SEKELUARGA SIHAT WAL'AFIAT YE..

Thanks Mat...

azila said...

salam...en.mat, tulah dia..ben dah tahap leh jd duta maggi dah sy rasa:)..kalo p shoping brg dapur, mmg sy xkan melalui kawasan rak maggi..tp yg peliknya bila time nak bayar kat cashier..tgk2 2-3 bungkus dah ader dlm troli...

Mat Gebu said...

salam sari yusa...
Insya allah suka kot (tak tau nak kata apa, bab selera ni payah sikit, kecuali "mak" dia sendiri yang masak). Tapi pada saya, study citarasa suami puan, then pepandai leer modifey apa yg patut..tu pasal saya suke menderhaka kat resipi asal yg saya ambik...

salam hai...
Tu lah, seperti yg saya tau 1st impression bab2 makan ni mesti pada gambar dulu, itu kalau melalui media..Apa2 pun rasa tu paling penting, tak lupa keikhlasan kita yg menyediakan masakan tersebut.

salam kak zue...
Terharu saya dengan komen puan yang sungguh bermakna, kak liza juga sebagai salah satu tempat rujukan saya kala ada masalah dalam hal2 masak (terima kasih kak liza)..Insya allah, saya akan sumbangkan resipi lain pada masa akan datang...dengan izin Allah swt..

salam mamafami...
Yeaa betul, saya pun tabik hormat kat "senior" mamafami...ahaks, senior dalam dunia blog masak2, bukan sebab luu dah tuaaaa...

salam puan azila...
Tulah, Ben patut boleh jadi duta Maggi. Oooo ropanya dia ni bukan laju berblog saja, rembatz maggi pun laju jugaaa....hahaha..

Sa-buah hati... said...

Salam En Mat Gebu,

Ni kali pertama saya komen setelah beberapa kali saya view blog en.mat. Tak ingat macam mana leh bump to your blog tp yg pastinya kerana mencari resepi lah sebab hobi saya MASAK dan MAKAN.

Murtabak maggie ni saya dah buat banyak kali sejak belajar wat kat sekolah dulu. Tapi tak pernah terfikir pula nak taruk daging segala.Selama ni bahan wajib bawang,daun sup ngan tauge. Kalau available baru tambah kubis. Macam vegetarian plak kan...limited btol otak ni..bila baca resepi ni baru la "laaa haah ek apasal selama ni aku tak taruk daging???" ekekek...

p/s pjg giler..mmg tersemangat sikit bab masak ni.

ZaHusNa Collections said...

Salam Mat...
Akak dah buat dah murtabak megi Mat nih...sbb ada satu hari tu ada ke patut anak akak beria2 nak berbuka megi... mangkanya terkodek2 lah akak mencari resepi megi kat blog ni...

Bila dah hidang semua suka... tak makan benda lain dah, memang mengenyangkan. Buat 3 bgkus makan 5 orang ...ngam2 jer...

Terima kasih Mat...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.