BEN ASHAARI

Sunday, March 21, 2010

BLUEBERRY CHIFFON CAKE.

Blueberry Chiffon Cake
Salam hujung minggu untuk semua.. Buat apa pagi2 Ahad ni....mesti dah plan macam2..tul tak?, terutama untuk bersama keluarga. Rasa dah lama juga tak buat kek, excelikan ni mat buat semalam, tapi hari ni baru letak kat blog, tapi di FB dah letak semalam.... Cerita pasal kek ni, tau tak..kadang2 kan orang yang lama baking pun menghadapi masalah juga, ada kala kek batat, tak naik, merekah dan macam2 lagi lahh...Baru2 ni kan mat ada buat satu experiment, tapi kan hasilnya sungguh menghampakan, rasa tu setakat "so-so" saja... asal kejadian dia pun ishh segan nak cerita...keras jelatu macam batu bata koo, oleh yang demikian, maka rezeki ayam lah kek tu..rugi jee mentega aku.....tak pe lah, belajar dari kesilapan..kalau tak, tak tau..betul tak?...

Blueberry Chiffon Cake
Berbalik cerita pasal kek chiffon ni, resipi asal kek chiffon pandan, tapi seperti biasa, cik mat gebu telah meng"oter" dan meng"twist" kan nya menjadi blueberry chiffon cake...tak susah sangat cuma perlu pandai mengagak bahan2 yang perlu kita tukar (kek yg tak jadi tu, sebab terlampau pandai sangat laaah kononnyaaa..hehe). Kek ni lembut dan kalau yang gigi tak de pun boleh makan..dah lah lembut..lembap pulak tu.....Kalau dah siap cuci mata, kita tengok pulak resipi dia yeaa....

BAHAN A :-)
4 kuning telur
70 ml susu cair
70 ml minyak jagung (kalau tak de, boleh guna minyak masak)
45 ml air
100 g gula halus
1 camca besar bluberry paste
2 camca besar blueberry filling
150 g tepung halus (mat guna tepung gandum je)*
1 camca teh baking powder*
Secubit garam halus *(*disatukan, gaul rata dan ayak)

BAHAN B :-)
4 putih telur
90 g gula halus
Secubit cream of tartar



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Siapkan tin chiffon berukuran 23cm...JANGAN...lenser dengan apa2, biar macam tu saja. Dalam satu belas, campur semua bahan2 "A" dan kacau dengan whisk hingga semua sebati dan mesra. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk adunan yang bersih dan kering. Masukkan putih telur, putar pada kelajuan sederhana hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, putar pada kelajuan tinggi hingga menjadi "meringue" seperti gambar no 2.
  3. Kemudian masukkan "meringue" tadi ke dalam adunan no 1 dan gaul rata menggunakan kaedah kaup balik. Tuang dalam tin chiffon tadi. Bakar 40 - 45 minit hingga permukaan kek nampak kuning keemasan, kering dan kek sedikit mengecut di bahagian tepi2nya.
  4. Keluarkan dari oven dan dengan berhati2, terlungkupkan tin tadi dalam posisi terbalik (seperti dalam gambar). Biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan macam tu. Kemudian sisip tepi kek dengan pisau kecil dan tarik keluar. Sisip juga bahagian bawahnya supaya mudah tanggal. Boleh lah hidangkan......Selamat mencuba...
CATATAN MAT GEBU :- Kalau letak gris pada tin kek, nanti kek tu tak boleh nak "hold" dan mudah jatuh balik. Lagi satu kalau nak buat kek chiffon pandan, ganti susu cair tu dengan santan dan blueberry paste tu pulak dengan pandan paste....blueberyy filling tu tak payah lah letak yeaa...Proses yang lain semua sama seperti di atas, lagi satu..resipi ni mat guna telur gred "B"

10 comments:

Ummi said...

Mat, cantiknya chiffon ko nih..huhuuu...nak jugaaakkkkk...bkn nak buat, nak makan terus nih...bg la 2 ptong kat akak...

jalilah_jy said...

yessss cantik betoii kek ni.. nak try laa nanti..akak cnp ya resepi. pernah juga buat ..tapi pandan laa..

Mat Gebu said...

salam kak ummi...
Kak...nak pun tak boleh, semalam saya makan 1 hiris jeee...yang lain dah bagi anak2 buah....hehe, sori ek!

salam jalilah_jy...
Sila kak mencubanya..jgn segan2..insya allah berjaya saya doakan yeaa...

MamaFaMi said...

Wah Mat, bukan kata lemak Mat je lemak mahal, lemak ayam Mat pun lemak mahal la jugak sebab dapat makan kek keras jelatu tu... hihihi.. ampun!

Mat Gebu said...

salam mamafami...
Hahahaha..amboihhh biasanyaaaa!!!..biasa lah ma, tu pasal ayam kampung kami harga pun mahal....

hana said...

aku jeles btol lah klu ko wat kek 'cik pon'! cantikkk jerk terletak! aku dah bape kali buat! bukan jadik 'cik pon'! tp 'cik pon dan'!! huh! nyampas haku! apesal erk 'cik pon dan' aku tuh kan, jd cam body shape model meliuk gtu! 42-32-42! leh ko bayangkan tak??!

Mat Gebu said...

salam hana...
Morning from Sedenak..ahak...Aku rasakan, mesti sipon koo lom cukup sejuk..ishh tapi tatau nak kata juga kan...ntah ek..susah nak cakaplahh..

ima said...

selamat pagi mat...cantik betullah kek chiffon mat ni...akak pun teringin gak nak mencuba...harap2 menjadilah...sbb sebelum ni pernah wat kek chiffon tapi suka sgt menurun bila kek sejuk...huhu

Mat Gebu said...

salam ima...
Insya allahh..cuba yg ni pulak yeaa..saya pun kan resipi asas nya dari buku masakan "Alex Goh"...dan selalunya resipi beliau tidak pernah mengecewakan....tapi yg pasti, biar kek tu betul2 sejuk dalam keadaan terlungkup sebelum dikeluarkan...selamat mencuba..

kella said...

EN Mat, saya mencari bekas ni dah lama, tak penah jumpa yang ada tutup pon...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.