BEN ASHAARI

Thursday, October 1, 2009

NYONYA MOONCAKE

Nyonya Mooncake
Salam sejahtera semua....Mesti ramai masih menghadiri rumah2 terbuka...Pernah makan kuih bulan?....Kalau dulu, orang2 kita (Muslim) begitu fobia nak makan kuih bulan, yelah takut dengan ramuan yang terlarang di dalam kuih tu. Tapi zaman sekarang ni, perubahan telah berlaku dan banyak kuih2 bulan halal telah dikeluarkan. Ada satu ketika tu mat teruja sangat tengok acuan kuih bulan yang pelbagai corak menarik, jadi kita pun beli satu. Lepas setahun baru semalam tergerak hati nak mencuba, memandangkan bahan2 pun dah ada, kita pun mulakan operasi membuatnya. Ini lah percubaan pertama, dan hasilnya pun ok lah untuk yang pertama kali membuat....Tapi memang teruja tau tengok corak2 yang terhasil lepas dicetak....

Nyonya Mooncake
Yang mat buat ni saiz dia comey, dan tak letak telur merah asin, sebab tak muat. Inti pulak mat beli sedia terjual, lepas tu digaul bersama kuaci (tanpa kulit), yang dipanggang hingga kuning keemasa. Lagi satu kan, dari buku yang mat baca, kuih ni lepas buat kena biarkan 2 - 3 hari baru lah rasa dia lagi ngancam dan kulit dia jadi lembap... Ada pelbagai versi kuih bulan, ada tu jenis agar2 dan ais - cream. Resipi kulit mat dapat dari satu buku cina ni yang berjudul "Mooncakes" oleh "Alan Ooi"......Jomm kita lihat resipi...

BAHAN KULIT :-)
300 g tepung berprotein rendah (boleh beli kat kedai baking)
220 g sirap kencana (golden syrup)
60 g minyak kacang tanah (mat guna minyak cap helang)
1/2 camca teh alkaline water ( air abu)

BAHAN LAIN :-)
Inti kuih bulan secukupnya (mat guna perisa pandan)
30 g kuaci (tanpa kulit) dipanggang hingga kekuningan
1 kuning telur + 3 titik kicap pekat, kacau rata



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT :- Satukan sirap kencana, minyak kacang tanah dan alkaline water, kacau hingga semua sebati. Ayak tepung atas papan pencanai, buat lubang di tengah2 tepung tadi dan tuang bancuhan sirap kencana. Gaul rata dengan tepung sehingga menjadi doh yang lembut dan tidah melekat di tangan. Tabur sedikit tepung, jika perlu. Tutup doh tadi dengan tuala lembap dan biar 30 minit.
  2. UNTUK INTI :- Gaul inti tadi bersama dengan kuaci panggang hingga rata. Kemudian bahagikan inti tadi kepada 24 bahagian sama besar (30 g setiap bahagian), bulat2 kan.
  3. UNTUK KUIH BULAN :- Doh tadi dibahagi kepada 24 bahagian sama besar (kurang lebih 25 - 30 g, setiap bahagian). Tabur sedikit tepung pada tapak tangan, ambil 1 bahagian kulit, leparkan dan letak 1 bahagian inti, kemudian balut inti tadi dengan kulit, kemaskan. Tabur sedikit tepung pada kuih bulan dan masukkan ke dalam acuan khas. Tekan perlahan acuan tadi sehingga kuih bulan padat dan menghasilkan bentuk sekata. Alih ke dalam dulang pembakar yang telah diatas kertas minyak. Buat hingga siap.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C, selama 10 minit. Keluarkan kuih dan sapu permukaannya dengan bancuhan kuning telur + kicap pekat tadi. Sambung membakar selama 8 - 10 minit lagi. Bila kuih bertukar kuning keemasan, keluarkan dari oven. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Biarkan kuih 2 - 3 hari untuk mendapatkan kulit yang lembap (masa baru2 keluar dari oven, kulitnya sedikit keras).....

30 comments:

hana said...

dulu aku peknen anak kedua aku ngidam kuih bulan neh! aku siap tnya ngan nyonya tuh mana satu yg halal or bleh mkn! *sib baik dier phm aku ckp halal! hahaha..dpt mkn seketui perghh pueh ati aku! kali nih sib baik aku tk ngidam lagik! klu tak, mmg nahas ko jadik mangsa aku suh watkan! muahahahaha... amponnnn.. slamat ari raya! :D

Beachlover said...

Mat,dahsyatnya pandai buat kuih bulan ni!! cantinknya!!

joegrimjow said...

hehe
lawa

jalilah_jy said...

maceeh mat...dah lama mencari resepi yg sesuai, harap2 menjadi..sbb biskut mu sedap... terasa nak makan dah bertahun2 tapi x berani nak belii.. acuan dah ada nii..nak try laa... cantik tol gambarnyaaa...cantik lagi pinggan2 tuu sesuai sekali dgn kuihnya.. tahniah..atas kepandaian membuat kuih bulan ni..

ain said...

lawanya kuih bulan tu cik mattt!!!

anniecute said...

Ingat lagi tahun 2000 cmtu, saya keje kat sekolah tadika, kat situ sy sorang je muslim. Cikgu Cina bawak kuih tu dtg sekolah, sy dgn rasa terrornya (perasan) pegi belek kuih tu sambil baca kat kotak apa ingrediants nya, suddenly terbacalah yg tu...aduhaiii...tegak bulu roma, meleleh air mata. TOBAT TAK BUAT LAGI dan sy fobia tiap kali nampak kuih tu kat shopping compleks

Aishamirafiq said...

Sedapnye!!!
Btw, ada resipi kuih bulan (snow skin)tak? Kalau ada, boleh kongsi?
Terima Kasih...

gerbera said...

Kagumnye..buat kuih bulan sendiri.
Baru sy tahu mcm mane org buat kuih bulan.

CT Delima said...

Matttt.... memang teruja dah tgk kuih bulan ni mat.dah boleh berniaga untuk mooncake ni mat hehehe

puding roti said...

comeinya kuih bulan..pinggan pn comel

chintaaisling said...

Saya banyak ambil resepi dari blog awak...resipi awak semuanya sedap2 belaka...moga awak panjang umur, murah rezeki...terima kasih..

dari Ireland..mamazie...

MamaFaMi said...

Wah, manyiak cantik lu punya kuih bulan la Mat....

Rabiatul Adawiyah said...

pandainya mat.. fuh.. best betol.. terima kasih mat..

Nina Suria said...

salam lebaran Mat, waaaa mat manyak nye ko wat kue bulan, terkecur tengok tau *hulo dulang size XXXL*

psssstttt pinjam mixPod ko ni Mat, teruja kakmOn :D

paij188 said...

Salam,

bestnye resipi... tp sayang saya xde acuan. mana nak cari ye cik mat?

kak nik said...

mat...pinggan manguk u nampak very2 the antik one...i like lah!

cekyah said...

c mat..akak dh cuba..best..tq

n.a.n.i.e said...

cik mat.. pos le kuih bulan tuh kt kite..

nekPP said...

CMG..wa tabikkk springgggg...tnx to share!! ;))

~PakKaramu~ said...

Meh join Pak Karamu

hani-rosli said...

hubby memang suka kuih bulan... nanti leh la suprise dia dgn try buat sendiri... tq mat gebu-gebu hehehe

Min Bakingproject said...

Mat, cantik ! Kalau guna utk fondant jadi ke kalau pakai acuan tu ? very pretty and mesti sedap.

aizan said...

cantiknya kuih bulan cik mat gebu...

kella said...

wah... caya lah... menjadi pulak kuih bulan tu! terkesima kita melihatnya! tahniah..

geraugebang said...

Canggihnya mat pandai buat moon cake.

echah_syed said...

ehhh..betul ke ko yg buat.bravo ler mat!

betul tu mat..combi teringin nak beli tapi takut tak halal.. :(

combi ni jakun sket huhu..

makcikkantin said...

cik mat, mck tabik you lah! terer sungguh, tahniah! siap complete ngan pinggan yg seangkatan

MULAN said...

hoooo.. saya pandai makan je mooncake ni.. tak nampak jalan nak buat pun.. thanx mat, nanti mana tau satu hari terbuka hati nak buat kan.. resipi dah ada ni..

che'puan Idot said...

salam cik mat.
ni bukan nak komen pasal kuih bulan.
ni nak tanya cik mat..
dulu masa di london saya penah try resepi kek coklat cik mat..tapi tak berapa nak gebu lah.
cik ma boleh suggest tak resepi kek mana paling best dan gebu..alang-alangtu bagitau la..mana yg best kukus ke bakar ke?
tima kasih yaaa

Peri PiA said...

tabikkkk

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.