NASI HALIA

Nasi Halia
Nampak "kak ummi" kuantan buat nasi halia kuning ni tempoh hari....sungguh mengiurkan, oleh kerana hari ni mat masak rendang ayam, jadi apa salahnya masak juga nasi halia sebagai gandingan....Pada citarasa mat lah, nasi ni sedap, ringkas dan tidak memuakkan, disamping mempunyai unsur perubatan (kerana penggunaan halia)...ianya juga ala2 nasi ayam ada, nasi minyak pun ada....Jadi kalau nak tau lah keharuman, keenakan dan macam mana mudahnya nak memasak nasi ni, kena lah u all buat....untuk raya sesuai nasi nie...waa cakap betul ni beb!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toska
1 liter air
3 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih, cincang
1 1/2 inci halia, dihiris nipis
1 kiub ayam "Maggi"
1/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan beras dan goreng sekejap beras tadi bersama bahan2 tumis.
  2. Alihkan bahan no. 1 ke dalam rice cooker. Hancurkan kiub pati ayam, kacau rata dan tambah sedikit garam, kacau lagi. Masak seperti kita memasak nasi biasa.
  3. Bila dah masak, gaul dengan chop stick, cukup 3 - 4 kali saja dibalik2kan nasi tadi untuk mengelakkan beras patah2. Biar nasi tanak.
  4. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang, jika suka....

Post a Comment

5 Comments

  1. salam....

    sedap tu... tentu byk khasiatnya...

    ReplyDelete
  2. Mat...waaah mesti banyak kua "angin" kus semangat ko tu lepas makan nasik nih..hehe...elok masak selalu kan Mat..tp kan, satu la x tahan...pinggan ko tu...alahaiiii..juling terjojol mata akak tengok...mintak sekeping Mat..hehe

    ReplyDelete
  3. mat,,apa kata wat post pasal mcm ne nak pilih bahan mentah plak,,da banyak kali mak ajaq mcm ne nak pilih n cari,,tp tu kat kedah,,mai balik je shah alam,,tengok pilihan2yg mak selalu wat option selalu xdak,,eg: kalau beli udang kena beli yg kaki merah,,tp kat shah alam semua kaler hitamm,jd xtau nak pilih cam ne,,consider ek mat tuleh post tu,,

    ReplyDelete
  4. my dearest mat g,
    sorry sgt sgt lama tak singgah! kita balik msia bulan lepas! 5 minggu kat msia.. syok habis! 4 tahun tak balik, sekali balik! banyak benda yang di idamkan dapat makan, tapi ada gak yang tak termakan!!!

    kita ada terbau bau dapor mat berasap dari jb! :)

    hope you're doing well, sihat selalu!

    Zaza

    ReplyDelete
  5. CM, cantiknyer nasi tu, boleh tau tak beras basmathi jenama apa tu ya? molek betul panjangnya...didulukan ucapan terimakasih.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.