RENDANG KERING

Rendang Kering
Jom makan rendang ayam, mudah dah senang je nak buat. Kalau tak suka kering, boleh juga biarkan berkuah sedikit. Pilihan terletak pada citarasa masing2. Resipi pun lebih kurang sama dengan resipi2 lepas....Ok jom kita tengok resipinya yea...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong sederhana besar
600 ml santan cair
300 ml santan pekat
3 camca besar kerisik
3 helai daun kunyit, dimayang halus
1 camca besar gula melaka
1 keping asam gelugor
1/2 cawan cili kisar
2 camca besar rempah kari
Garam secukup rasa
10 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
20 biji cili padi*
1/2 inci kunyit hidup*
5 batang serai, dihiris*(*dikisar halus)
4 biji bawang merah, dihiris#
2 biji bawang putih, dihiris#
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
4 kuntum bunga cengkih#
3 biji buah pelaga#(#bahan tumis)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan2 kisar halus bersama rempah kari. Panas minyak dalam kuali, tumis bahan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar+rempah kari tadi. Kacau rata dan tambah cili kisar. Tumis hingga terbit minyak.
  2. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut dan tuang santan cair. Bila mendidih tambah santan pekat. Masukkan sedikit garam, kacau rata dan masak hingga kuah pekat.
  3. Tambah kerisik, asam gelugor dan gula melaka. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala sehingga rendang kering. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api, alih ke dalam bekas sesuai.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak sedap masak guna ayam tua (ayam pencen)...cuma masa memasak lebih lama dan perlu ditambah air panas jika ayam masih belum lembut (kecuali memasak menggunakan periuk tekanan)...nak lagi sedap, guna ayam kampung....
RENDANG KERING RENDANG KERING Reviewed by Mat Gebu on 8/03/2009 06:26:00 PM Rating: 5

1 comment:

  1. Sedapnyaaaa...kalau pekena dengan pulut kuning ni..mst x igt dunia kejap...akak kata akak laaa...hehe

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.