BEN ASHAARI

Thursday, June 11, 2009

AYAM CENCALOK

Ayam Cencalok

As'laikum semua... Maaf lah terlewat sikit masuk n3 masak2 untuk hari ni, maklumlah sejak2 ni mat sibuk sedikit....sibuk sebab apa...hmmm..."rahsiaaa"...hehehe...Ok hari ni kita masak ayam cencalok..khas dari dapur peranakan cina Melaka. Memang unik dan sungguh lah menyelerakan u! (bagi penggemar cencalok)...Makan dengan bubur pun sedap!!.....

Ayam Cencalok

Masakkannya agak ringkas dan tidak terasa sangat ketajaman "cencalok". Rasa mat lah kan, kalau kita ganti dengan udang dan letak pulak petai...Haiyoo, boleh pingsan sehh!...Ok sebelum tengok resipi, ada pantun duluu....cewahhh!!!

Bunga kemboja mekar di halaman,
Disunting indah dalam jambangan,
Ayam cencalok makanan peranakan,
Sekali rasa, neo lalu pun luu tak perasan


BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
600 g dada ayam, potong sedernana kecil
1/2 cawan cencalok, toskan airnya
3 helai daun limua purut
1/2 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar gula
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris
8 biji bawang merah*
2 cm kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
Garam (jika perlu)
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
  2. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
  3. Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.
CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!.

12 comments:

ICook4Fun said...

Mat, I suka the pinggan mangkuk rather than the ayam cencalok sebab I tak makan cencalok :)

Atiqah said...

wah masakan peranakan...
kebetulan tgh tulis thesis psl baba dan nyonya ni..

btol la..mangkuk dia lbh menyelerakan pndgn..hehehe

ain said...

ni first time dgr ayam cencaluk ni. tp betullah, kalau ada petai..pehh.. mmg syokkkkk!!!!

psst...suka mangkuk tu!!

░♥si lampu neon♥░ said...

nampak menarik

Aishah@Ariffin@Aqil said...

sedap nih...

cikhash-All4One said...

Che Mat..pinggan mangkuk tu yg lebih mengancam..pada i la..heee.. hee pompuan camtu ler..pinggan mangkuk lebih dari segalanya.. one more thing..kalu guna pinggan cantik, masakan tentu sedap..kata orang ler..

cikmanggis said...

salam mat.Lama cikmanggis tak "menyebok"kat blog mat ni...wah sedap tu,jika campur petai,mmg gu dia..bagai irama dan lagu!...mmg tak nampak orang jika makan ayam cencalok nih..nak cuba lah!

Kak Z said...

sebagai peminat cencalok...ish, geram tengok ayam cencalok nih..nak try lah..thanks for the resipi..

Zue Murphy said...

Tak sangka pulak ayam boleh di masak dengan cencalok. Ini kalau I masak ni habis lah polis ketuk pintu rumah I. Bau dia mesti semerbak ni. Emmm...terliur la pulak. Nanti I nak pergi cari cencalok kat asian store sini. Thanks for the idea. I too suka your drape guna kain batik. Creative.

lady imah said...

Neo lalu tak prasan tak apa
Asal ayam cencalok habis makan sudahla
Jgn pulak mangkok cantik hilang dimeja
Gigit jari padan luu punya muka

(Jgn MARAH cik mat,gurau aje)

pixen said...

LOL... pandai Mat berpantun pulak. HEbat masakan Cik Mat ni :-) boleh jadi Sifu laaaa Bila nak buat Video masakan ni?

HomeKreation said...

Maceh Mat. Along dh cuba...sedap sesangat ler. TQ kongsi respi yg mabeles ni.