BEN ASHAARI

Saturday, May 30, 2009

AYAM MASAK MERAH

Ayam Masak Merah

Ayam masak merah sungguh sinonim dengan nasi minyak..dan nasi minyak pulak sinonim dengan orang kawin....Betul tak semua...ada macam2 cara kan orang masak ayam ni, tapi kali ni mat buat ikut beberapa cara, aku adun sendiri.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 g ayam, potong ikut sederhana besar*
1 1/2 camca teh serbuk kunyit*
1 camca teh garam*(*digaul rata dan perap 20 minit)
1 genggam kacang gajus, goreng garing dan toskan
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan tomato puree
2 camca besar tomato sos
2 camca besar cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1/4 cawan kismis*
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 cawan air
Kacang pis, untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng, tapi jangan sampai garing, angkat dan toskan. Tinggalkan kurang lebih 3/4 cawan minyak. Tumis bahan kisar hingga harum, masukkan cili dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan tomato puree dan tomato sos, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air dan juga susu. Bila mendidih,masukkan ayam tadi, masukkan sedikit gula dan garam. Masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
  3. Tambah gajus goreng, kacau rata dan rasa. Jika ok boleh matikan api. Alih ke dalam bekas sesuai dan tabur kacang pis sebelum menghidang, jika suka...

7 comments:

nik awin said...

alahai cik mat...
berkecur air liur.

ni nak tanya sikit boleh?
mana lebih 'umppph'? cili kering kita kisar sendiri atau beli cili boh kat kedai2 tu, baru terangkat nak buat resipi ni?

harap boleh bg tips macamana nak dapatkan masakan yg ade 'kelasssss' gitu..

ain said...

sesuai betul mkn ngan ns myk kat atas tu!

Judith said...

Hhhmm nyammi sekali ini ayam merah :) Mat pandai sekali masak, bener2 Chefkoch (Chefcook bahasa inggrisnya ya Mat? ..)

Mat Gebu said...

nik wan...
kalau rasa kesuntukan masa, guna cili boh pun ok, tapi saya suka guna cili kisar sendiri, hmm masakan yang ada kelas yea, ntah lah..tapi yang penting seimbang rasa nya, insya allah, sedap lah masakkan kita tu.

ain...
memang sesuai u...masak merah, acar, dalca memang jodoh dengan nasi minyak..

Mat Gebu said...

judith...
salam, aduhh, saya masak yg biasa2 saja....tapi resep kamu pun hebat2..

nurul said...

Salam Cik Mat,tima kasih banyak for sharing this resepi,moga murah rezeki, amin. sebelum ni cek dok buat ayam masak merah ada ja yg kurang..tapi yg nie rasa dia mmg mengancam, cek buat skali dengan nasiminyak fuhh.,,licin satu periuk,,tq!!

atiEy said...

tima kasih CMB atas resepi nih...

http://atiey-kenangan.blogspot.com/2011/09/ayam-masak-merah.html