BEN ASHAARI

Saturday, March 28, 2009

PIE EPAL DAN CRANBERRIES

Pie Epal & Cranberries

Selamat petang untuk semua..apa khabar, dah minum petang ke?...Hari ni tiba2 angin rajin datang melanda.....pagi tadi malasss lah teramat sangat, lepas aku buat TAG dari Sis - Linn, terus jadi rajin berganda. Tu pasal kita buat pie epal dan cranberries...Sedap dan sesuai lah untuk minum petang....

Pie Epal & Cranberries

Lagi pun dalam peti sejuk tadi ada 2 biji epal merah yang tergolek tak tentu hala, jadi dari depa berdua kesejukkan, baik tukar kan jadi benda yang lebih menarik dan sedap...Kalau suka nak guna epal hijau pun boleh, kalau suka nak campur sedikit serbuk kayu manis pun boleh (mat tak letak sebab, budak2 tak nak)....Tapi kan, ganti dengan sedikit rempah kek lapis pun sedap tau dalam pie epal ni.....Lagi satu, cranberries tu boleh ganti dengan kismis yeaa....

BAHAN PASTRI :-)
200 g tepung halus (guna tepung gandum pun boleh)
80 g mentega @ margerine
1/2 camca teh esen vanilla
50 ml air ais (kurang lebih)

BAHAN INTI :-)
2 biji epal merah (nak guna epal hijau pun ok)
1/4 cawan dried cranberries, contoh dibawah (boleh ganti dengan kismis)
1 1/2 camca besar gula perang (brown sugar)
1 camca besar mentega
1/2 camca teh serbuk kulit kayu manis (optional)
3/4 camca besar tepung jagung

1 kuning telur, untuk disapu atas pie



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PASTRI :- Masukkan tepung dalam satu bekas. Campurkan mentega dan esen vanilla, gaul dengan hujung jari sehingga adunan menjadi seakan2 serbuk roti. Tambah air sedikit dan gaul rata hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Balut doh dengan plastik dan sejukkan 45 minit hingga 1 jam. Tak usah bimbang jika air tak habis digunakan.
  2. UNTUK INTI :- Panaskan mentega dalam periuk, masukkan epal, serbuk kulit kayu manis dan gula perang, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga epal lembut. Tambah cranberries (atau kismis), kacau rata. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga inti pekat. Matikan api dan alih ke dalam bekas, biar inti sejuk.
  3. UNTUK PIE EPAL & CRANBERRIES :- Keluarkan doh, canai doh antara 2 keping plastik setebal 3 - 4 mm. Alihkan ke dalam tin tart berdimeter 6 inci yang dasarnya boleh ditanggalkan. Kemaskan doh dan potong lebihannya. Isi inti (kesemuanya sekali) dan ketepikan. Canai baki doh sehingga boleh menutupi permukaan inti. Tutup inti tadi dan potong lebihannya. Kemaskan, cucuk permukaan doh dengan garfu. Hias dengan lebihan doh mengikut kreativiti masing2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan ada suhu 200C, selama 40 - 45 minit. Sejukkan sebelum dipotong.

11 comments:

Ann De'houzze said...

aku kan tak penah try lagi wat pai besoo ni,kalu tart tu bese la jugak..bila aku nk rajin nih!!!

PINATBATE said...

mak aii..den tak minat makanan omputeh tu..den minat benar dulang hidang kaca berkaki tu..

Ummi said...

Mat..sedapnyaaaa....mintak sikit..terliur betul tgk cara Mat display tu..terasa2 je kat anak tekak akak ni haa...tinggal sikit eh!

Mat Gebu said...

ann...
kalau ko nak buat dalam bekas kecik2 pun ok..aku malas leer nak buat tadi, tu belasah dalam bekas besar jeee..

Pinatbabe...
Bekas tu murah je...kalau tak silap mat, RM20+ kot, beli kat Jaya Jusco, tapi tak besar sangat, lebih kurang 7 inci in dimeter.

Kak Ummi...
Alah hai kak ummi, ok bukak mulut yea, i suap kan,,ahaks, mampus aku kena fire dgn abg kejap lagi!!!!

Fazarina said...

aduh...sedap nye nampak pai nie. my hubby pasti suke if i buat nie...nakjugak la buat..best2. thanx for the resepi.

ima said...

wah...sedapnya pai epal ni,saya suka sangat...tengok resepi senang je...tapi bila nak buat rasa susah la pulak...

Mat Gebu said...

Fazarina...
Sama2..kalau ada masa silalah mencuba, kalau tak suka serbuk kayu manis tu, tak payah letak yeaa.

ima...
Rasa susah tu mesti part "pastry" kann..apa kata u ganti dengan pastri puff (yg ada jual kat pasar2raya tuu)....senang dan ringkas, lepas tu sah2 rangup dan mengelembu....

ain said...

seronok betul tengok pie cik mat. nmpak soooo delicious!!Klu le kita dok berjiran, mesti dapat sepiring kan.

Mat Gebu said...

ain...
memang betul...siap ajak u hi-tea sekali....hehehe

Cat Cat said...

Cantik epal pie... Kebetulan, anak2 Cath hari ni mintak nak makan epal pulak... Tak pernah2 budak dua ekor ni nak makan epal... Hehe.

Mat Gebu said...

Cat Cat...
Biasa lah budak2..i buat pun sebab ada budak...Cat, kalau nak cepat u guna puff pastry saja....Semalam tu i mcm rajin sikit...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.