ROTI KEJU

Roti Keju

Jom buat roti lagi, resipi doh asas bun manis boleh lihat di resipi "Roti Inti Epal' di atas...Doh asas di atas boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g doh asas roti manis
1 biji telur saiz kecil*
1/2 camca teh esen vanilla*(*dibancuh rata)
2 camca besar parutan keju cheddar
1 1/2 camca besar gula halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bagikan doh tadi kepada 8 bahagian sama besar seberat 50 g setiap satu, bulat2kan dan susun dalam tin berukuran (5 x 8 x 3) inci yang telah disapu mentega. Biarkan 50 minit sehingga 2 kali ganda. Sapu dengan bancuhan telur, tabur gula halus rata2 dan juga parutan keju cheddar. Bakar pada suhu 180C selama 25 - 30 minit, bergantung pada oven masing2....

Post a Comment

5 Comments

  1. sukanya tengok roti cik mat. lembut dan gebu!!

    ReplyDelete
  2. ain...
    Roti ni memang lembut, even today (mat buat semalam), masih lembut, gebu dan ayuu gitu....

    ReplyDelete
  3. I suka roti cheese ni!!hari ni I baru tengok buku Agnes Chan tu ada roti keju jugak!! ingat nak buat ,rupa rupanya Mat sudah buat..Nanti pinjam recipe roti manis Mat yea..

    ReplyDelete
  4. beachlover...
    Boleh2...kalau u nak proof doh roti tu bagi naik, ada try letak di "heater' tak?...

    ReplyDelete
  5. saya dah cuba tapi doh roti terlalu lembut (pakai BM) susah nak bentuk...any petua mat?

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.