BEN ASHAARI

Friday, January 23, 2009

DALCA TETELAN

Dalca Tetelan

Tetelan ialah daging yang bercampur dengan lelemak dan urat2, sedap dibuat sup atau dimasak dalca..Satu jelah, ianya tak sesuai untuk yang berdiet, kolestrol dia kan...manyakkkk tinggi wooo...Tapi sedapp tak yah kata laa, memang lain rasanya kalau kita masak dalca guna tetelan nie!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g tetelan
3 biji kentang, kupas, belah 8 setiap biji, rendam
1 biji terung bulat, kupas dan dadu besar2
10 tangkai kacang panjang, kerat2 sepanjang 2 inci
2 bijj tomato, dibelah 4 setiap biji
1 batang lobak merah, kupas dan potong berbaji
1 cawan kacang dhal, cuci dan rebus hingga empuk, asingkan air rebusannya
2 biji cili hijau, belah 2 setiap biji
2 biji cili merah, belah 2 setiap biji
1 keping asam gelugor
300 ml pati santan
1000 ml santan cair
4 camca besar rempah kari daging
Garam dan sedikit gula
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia tua*
1/2 inci lengkuas*
5 biji cili merah*
1 inci kunyit hidup*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis#
1 kuntum bunga lawang#
3 biji buah pelaga#
5 kuntum bunga cengkih#
4 biji bawang merah, hiris halus#
2 biji bawang putih, hiris halus#
3 tangkai daun kari#(#bahan2 tumis)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tetelan dipotong (jika besar), cuci dan toskan. Bancuh rempah kari bersama bahan2 kisar halus hingga rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum dan keperangan. Masukkan rempah tadi dan tumis hingga pecah wangi dan pecah minyak, gunakan api sederhana. Masukkan tetelan dan gaul rata.
  3. Tuang santan cair dan air rebusan kacang dhal. Renih hingga tetelan empuk. Masukkan kentang dan lobak merah, bila empuk masukkan asam gelugor dan sayur2ran kecuali tomato. Tambah garam dan sedikit gula.
  4. Bila mendidih, masukkan kacang dhal dan pati santan. Kacau rata dan biar mendidih perlahan sambil dikacau sekali sekala, akhir sekali baru masukkan tomato tadi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

2 comments:

jiejah d'blogger said...

yummy yummy .. siyesss , mmg sedap daging tetel lagi menambahtinggikan lelamak di badan ekekekeke

Ummi said...

Mat, tang lemak tu ya laaa..hehe..sedap pun sedap!!! Tapi kalu terlekat tetel tu kat tekak, adoiii mau pucat sekejap..hehe..Akak x penah wat lg, hubby cam x suka je kalu suh beli tetel, dia x pndai nk telan kot..hehe..Nanti nk try resepi Mat ni, mesti sedap, biar dia tertelan terus tetel ni, xyah kunyah..haha

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.