PENCUK NENAS

Pencuk Nenas

Kalau kat Johor ni kan, pencuk nenas ni amat lah biasa sesangattt, kalau ada keje kawin, kenduri kendara dan juadah pulak ada nasi minyak...Mesti ada pencuk nenas ni. Kiranya ala2 salad leerr gitu...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji nenas madu, dikupas
1 biji timun
1 biji bawang besar
1 - 2 biji cili merah
1 camca besat gula halus
Sedikit garam
2 - 3 camca besar cuka makan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Nenas dibelah, buang empulur dan hiris halus, timun dihiris halus, bawang besar dihiris halus dan juga cili dihiris halus.
  2. Satukan semua bahan2 kecuali garam dalam satu bekas, kacau rata dan tambah garam secukup rasa. Hidangkan.

Post a Comment

4 Comments

  1. sedapnya nampak dalca ni...abis lah diet cikmanggis ....

    ReplyDelete
  2. mat 1 camca besat gula halus tu ape kobondo eh tak ponah den donga besat

    ReplyDelete
  3. salaam CMG, dah lama saya tak mkn pencuk nenas...ne makanan org2 lama...semasa arwah ibu masih ada dia yg selalu buat...dah hampir 10tahun...sungguh nostalgik. terima kasih byk kerna berkongsi resipi. saya minta izin resipi dan minta halal yea

    ReplyDelete
  4. Acar ni biasa keluarga saya sebut Acar Nenas/Rampai atau Acar Pulang Hari. Kalau Pencuk, biasanya lada tu ditumbuk bubuh belacan sikit gaul dengan nenas yang diracik, boleh letak timun dan bawang juga, dan yang membezakan Pencuk daripada Acar nenas/jelatah ialah hirisan daun selasih.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.