BEN ASHAARI

Thursday, November 27, 2008

TAT TELUR

Tat Telur

Nak menghabiskan baki doh pastry semalam, memandangkan budak2 ada bersama, jadi kakibedal pun ramai, boleh lah memulakan projek tat telur yang tertangguh begitu lama....

BAHAN-BAHANNYA :-)
300g Doh pastry manis (boleh rujuk resipi doh "multi-berry custard flan)
1 biji telur gred A*
2 kuning telur*
90 g susu cair*
90 ml air*
50 g gula halus*
1 camca teh esen vanilla*
Secubit garam*(*bahan kastard)



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ambil sedikit doh, tekan dalam acuan tat, kemaskan dan potong lebihannya. Cucuk2 permukaan dengan garfu. Buat hingga siap...(mat buat lebih kurang 24 biji).
  2. Bancuh rata bahan kastard, kemudian tapis, masukkan dalam jug air bermuncung. Sementara itu bakar kulit tat tadi selama 10 minit dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C.
  3. Keluarkan kulit tat dari oven, tuang bancuhan kastard hingga penuh dan sambung membakar selama 20 minit lagi atau hingga permukaan kastard membeku. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dikelurakan tat dari acuan.
  4. Berhati2 semalam menuang kastard, jika meleleh dibahagian antara kulit tat dan acuan, akan menyebabkan tat melekat....Lagi satu nak cerita, kalau letak pandan paste dalam bancuhan kastard tu pun sedap....

10 comments:

Lidia Sianturi said...

Saya paling suka ini Mat...mau coba ah....

Bibu said...

cik mat
saya suke tat ni..tapi cam senang beli dari buat hehehehe
takper satu hari nanti saya akan coba
salam

VG said...

Ohhh...I love egg tarts. I had some last week when I went for yum cha during my holidays. Sekarang Vin boleh try buat sendiri, guna resipi Mat. Thank you for sharing sir.

Aishah @ UmmiAqil said...

dah lama teringin try...tak jumpe2 resepi...nanti leh cuba bile dah cukup bahan...

zaitgha said...

made these once, not very popular with the ppl at home bcoz the smell was so eggy....

but again, i just love your pictures

Mat Gebu said...

Lidia...
Terima kasih kerana mampir ke blog saya yeaa...silakan dicuba, jgn malu2..hehehe.

Bibu...
Kalau setakat sorang dua nak makan, beli jee lah senang...kecuali kalau teringin hendak mencuba sendiri..

VG...
Sama2 dan terima kasih juga utk award dan tag tu yeaa..

Aishah...
Kalau ada kelapangan waktu sila lah mencuba..whipping cream tu kalau tak de boleh guna susu cair jee...

Datin Zai...
Memang betul datin, nasib baik mat guna telur ayam kampung, jadi bau dia tu kurang skit..boleh juga campur parutan kulit lemon dalam dia atau jua pandan...

afrina.collections said...

Salam, mat nak tanya if don't mind la, kulit tart tu bila sy buat kenapa kurng ranggup ye..memang kena simpan dalam peti ais ke doh tu....Y.q

pwincessiti said...

urm...nak tanye,,90g susu cair tu bersamaan ngan bape ml eik...?

nUrYa said...

Sedapnyer!!! menarik dan tertarik lah!!

Viva Sakura said...

paling vs sukeeeee...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.