SHEPHERD PIE

Shepherd Pie

Dah lama plan nak buat "shepherd pie"..dari tahun lepas lagi..aduhh!! lama betul "rajin" tu berjalan, baru hari ni sampai pada mat....

Shephred Pie

Kerajinan tu bertambah meluap2 bila nampak kak ummi kuantan buat shepherd pie kat blog dia, oleh itu, hari ni pagi2 lagi mat dah buat....Aku sarapan shepherd pie hari nie!!, jangan memainn.....

BAHAN INTI :-)
250 g daging cincang
100 g cendawan butang, hiris nipis
100 g brokoli, potong kecil
1/2 batang lobak merah, didadu kecil
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 helai bay leaf
4 camca besar mushroom sup dalam tin
2 camca besar mentega
1 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar hirisan daun parsley
1 cawan air
Sedikit garam, jika perlu

BAHAN KENTANG PUTAR :-)
300 g kentang
2 camca besar mentega
4 -5 camca besar susu cair
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1/2 camca teh garam
1 camca besar hirisan daun parsley

BAHAN LAIN :-)
Parutan keju mozarella secukupnya
Daun parsley untuk hiasan
Sos cili sebagai sos sampingan, jika suka



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan mentega hingga cair, tumis bawang besar, bay leaf dan bawang putih hingga layu, masukkan lobak merah dan daging cincang, kacau rata. Masukkan sup cendawan dan air, kacau rata. Bila hampir pekat, masukkan cendawan, brokoli, serbuk lada hitam dan parsley, kacau lagi dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah garam. Matikan api dan ketepikan.
  2. UNTUK KENTANG PUTAR :- Kupas kentang, potong kecil dan rebus hingga kentang betul2 empuk, lecek hingga halus semasa kentang panas. Ketepikan. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan kentan dan susu, kacau hingga sebati. Tambah serbuk lada hitan dan sedikit garam, kacau hingga pekat. Matikan api dan masukkan hirisan parsley dan gaul rata.
  3. UNTUK SHEPHERD PIE :- Lenser bekas tahan panas (atau mat guna ramekin mcm dalam gambar tu) dengan sedikit mentega. Isikan dengan inti 3/4 penuh. Tutup permukaannya dengan kentang putar sehingga rata. Taburkan sedikit parutan keju mozarella, buat hingga siap dan bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 - 25 minit atau hingga permukaannya perang keemasa. Hias dengan daun parsley dan hidangkan bersama sos cili, jika suka....
CATATAN MAT GEBU :- Mat masukkan kentang tu dalam piping beg dan paipkan atas inti sehingga menutupi keseluruhannya. Lepas 20 - 25 minit kalau permukaannya kurang perang, tukar api oven pada fungsi "GRILL" dan masak lagi 5 minit.

Post a Comment

12 Comments

  1. kat mana blh beli bekas pie tu yer..berkenan la pulak aihhh

    ReplyDelete
  2. middaygeo...
    mat beli kat kedai jual barang2 baking di JB..eh u dok mana ek?

    ReplyDelete
  3. adehh..sifoo awat la mengancam sgt shepherd pie itu. bile la anak murid bole lawan nih. hahaha

    ReplyDelete
  4. liana m...
    Eh, senang je tu, kalau u buat mesti boleh punya....tah2 lagi cun!!

    min...
    Uikk...memang sedap!!!....rupanya tak delah susuh sangat kan buat shepherd pie tu kan....10 x susah buat sugarpaste flower!

    ReplyDelete
  5. kita dok kelana jaya ha..jauh sgt dari johor tu

    ReplyDelete
  6. mat,

    me too have been wanting to make this pie, your pictures as usually really outstanding...

    to middaygeo,
    you can get this ramekins in many shops at Chow Kit and similar but clear glass ramekins in Sogo...cant remember what brand...i bought like the ones mat used online from one blogger in Penang...

    ReplyDelete
  7. Tak berapa minat pie ni... tapi boleh jadi terliur bila tgk pic dia. Sungguh menggoda!

    Bravo AMG!

    ReplyDelete
  8. Mat..amboiiihh ko ajak mak bonda sarapan shepherd pie la ya...hehe..sesekali mat saleh xpa la kot..

    Gambor ko ni memang mengancam giler! Kalu anak akak tengok ni..harus disuruhnya buat lagik!! hehe..

    ReplyDelete
  9. middaygeo...
    Adoii jauh sangat tu...tak pe lah datin zai pun dah bagi info sikit, senang2 nanti boleh u cari yeaa..

    Datin Zai...
    Mat pun dah setahun plan nak buat..baru semalam jadi..Apa2 pun terima kasih yea sebab tolong jawabkan pertanyaan middaygeo tu...Best juga kan glass ramekin..ni yang macam "tergatal" nak mencari..hehehe

    intan rosnita...
    Sama lah kat rumah mat pun bukan semua orang suka. Ayah mat, u bagi RM10 pun belum tau dia nak makan SP tu....adehhh!! mati semangat den!

    kak ummi...
    Kak, hari kita buat tu kan, semua org tak de rumah, i home alone u..depa semua pi Negeri 9, ada jemputan kawin....jadi itu hari guaa laa boss dan kuli dirumah!!!...

    ReplyDelete
  10. Cik mattt....terliur lela tengok, ni nak try gak ler, nak jadikan assignment ujung minggu, wahhhh cayalah..

    ReplyDelete
  11. Hi cik mat slamat pagi...sheperd pie memang best cik mar dah buat 2 kali tau. Esok nak buat lagi nak bwk gi rumah member buat potluck kat sana. Skali skala jumpa geng sengal kira reunion la neh.. nak guna resepi cik matt plak. Bleh???

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.