SPAGHETTI SOS TOMATO

Spaghetti Sos Tomato

Di samping lauk kat bawah tu, untuk bertukar2 juadah, mat buat spaghetti. Tapi jenis ringkas saja, tak letak herba2 yang sepatutnya ada, faham2 sajalah, tekak kita orang2 melayu ni, ada tu jenis very the traditional u, kang aku letak herba2 yang sepatutnya, ada yang kata rasa kapur barus lah, rasa macam pelik laa....ishh tak faham pakcik......

BAHAN-BAHANNYA :-)
Spaghetti secukupnya, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun.
Parutan keju Parmesan
Sedikit extra virgin olive oil (kalau suka)
Hirisan parsli (tak letak sebab tak de)

BAHAN SOS :-)
1 tin tomato jenis "plum", diramas hingga hancur
1/2 cawan sos tomato
3 batang sosej "Ayamas" berlada hitam, dipotong kecil
10 kuntum cendawan butang, dihiris
1 biji bawang besar, cincang halus
3 ulas bawang putih, cincang halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar gula
1/2 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 kiub ayam "MAGGI"
2 helai bay leaf
1/4 cawan minyak zaitun
1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK SOS :- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan bay leaf, cendawan dan sosej. Masak hingga cendawan layu.
  2. Masukkan sos tomato dan juga tomato plum yang diramas tadi, gaul rata. Tuang air dan masukkan kiub ayam dan gula. Kacau rata dan kecilkan api. Masak hingga kuah pekat.
  3. Tambah garam secukup dan serbuk lada hitam, kacau rata dan masak sekejap lagi. Matikan api dan boleh hidangkan bersama spaghetti. Tabur parutan keju parmesan dan tuang sedikit extra virgin olive oil semasa menghidang, kalau suka.....

Post a Comment

7 Comments

  1. Assalamualaikum Pak Cik Mat....Kalau Anak Kak Lin Nampak Ni Pasti Dia Suruh Buat....Spaghetti Ni Mmg Fav Dia...

    ReplyDelete
  2. Salam Mat Gebu... sesekali wat spaghetti nie best jugak... lagi2 sosnyer hingga menjilat jari.... mmmm... malam tak per cakap.... siang... huuhuuu x leh...

    ReplyDelete
  3. mat,

    this is my 2nd boy's favorite...your recipe is similar as mine but i dont use kiub ayam maggi and i used canned tomato paste not tomato sauce.....

    ReplyDelete
  4. salam...
    dah lama xmasak spaghetti...nanti nk wat gak ar..tp saya pakai minyak biasa tu je..xpakai minyak zaitun.kalo pakai minyak zaitun mesti lg sedap kan...nnati nk beli lah

    ReplyDelete
  5. menci la tak leh tgkkkk...tah apa kena IE ni. yg blog satu lg..leh lak tgk...tensennn jer tau.

    ReplyDelete
  6. PCM.. nak tnye cendawan tu cendawan dlm tin ke ape ek?

    ReplyDelete
  7. PCM.. nak tnye cendawan tu cendawan dlm tin ke ape ek?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.