MINI BLUEBERRY LOAF

Mini Blueberry Loaf

Dah lama tak buat roti, macam ter"rindu" pulak...kalau kena uli tangan, rasa memang malas lah sebab bulan2 puasa ni, nak membanting dan menguli bagai. Nasib baik ada pertolongan Pak BM (Bread Maker)....Legaaa pakcik u...Ini resipi basic bread dari "Norzailina Nordin"...Sesapa boleh buat dan pelbagaikan rupa paras dan potongan body si roti.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
270 g tepung roti (high protein flour)
50 g tepung halus (tepung Hong Kong)
60 g gula halus
1 camca teh garam (mat guna 1/2 camca teh)
2 1/2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca teh instant yeast
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
1 biji telur gred C
140 ml air
30 g mentega
Blueberry filling secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan sosej. Gaul hingga semua bersatu dan menjadi doh, masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan licin (lebih kurang 15 - 20 minit). Alihkan doh ke dalam satu bekas dan tutup permukaan dengan plastic cling. Biar naik 1 - 1 1/2 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan kesemua bahan2 ke dalam Bread Maker, pilih setting for dough dan tekan "ON". Tunggu hingga siap.
  2. Keluarkan doh dan bagi kepada 4 - 5 bahagian yang sama besar (bergantung pada saiz tin masing2), uli 5 minit setiap bahagian, canai dan sapu bluberry filling secukupnya, gulung seperti swiss roll dan alihkan ke dalam "mini loaf pan" yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap. Boleh lihat disini contoh mini loaf pan....
  3. Biar naik 1 jam dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 - 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong...

Post a Comment

4 Comments

  1. What a beautiful bread

    ReplyDelete
  2. Che Mat,

    Ni mesti kes copy paste resipi roti lain. apasal pulak tetiba 'ter'masuk sosej dlm roti blueberry ni?

    ReplyDelete
  3. fanny wijaya....
    Terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog saya...

    blue iris...
    ahaks..terima kasih sebab terperasan, sebenarnya ini resipi ada kat n3 lepas, jadi cuma tukar teknik saja....BUKAN kopipaste dari blog org lain yeaa!!!!!

    ReplyDelete
  4. maaf che mat, actually itu la yg blue maksudkan, copy paste dr n3 lain, bukan copy paste dr resipi org lain... :o)

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.