BEN ASHAARI

Tuesday, May 20, 2008

ASAM REBUS IKAN & PERIA KATAK

Asam Rebus Ikan & Peria Katak

Lauk yang ringkas, mudah dan berkhasiat, terutama dalam penggunaan peria katak yang agak pahit sedikit dalam masakan....

Bahan Utama :-)
4 ekor ikan kembong
3 biji peria katak
2 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat2
1/2 ketul kiub ikan bilis "MAGGI"
Garam dan secubit gula

Bahan Tumbuk Lumat :-)
10 biji cili padi (nak pedas boleh tambah)
1 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara membuatnya :-)
  1. Ikan disiang, cuci dan toskan. Peria katak, dibelah dua, buang biji dan kerat lagi tapi jgn putus, rendam dalam air garam 15 minit. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, masukkan bahan2 tumbuk lumat, tuang air (anggaran 800ml), masukkan kiub ikan bilis, asam gelugor dan sedikit garam. Jerang atas api sederhana hingga mendidih.
  3. Masukkan peria katak dan ikan. Tambah sedikit gula dan masak hingga peria lembut sedikit. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Biar mendidih dan sesuaikan rasanya, jika ok boleh matikan api dan hidangkan.

4 comments:

Ibu Anis & Auni said...

En Mat.. nampak sedap masak peria tu. Kalu my mum... peria katak(yg dah rendam dlm air garam) dimasak/ goreng bersama rempah kari & bilis garing

Mat Gebu said...

ibu anis...
Ye ke, eh u ada ke resipi dia, nak juga try....mcm best laa..

Ibu Anis & Auni said...

Alrite.. nnti kte my mum betul2. so far kalu terasa nak makan peria goreng kari, memang minta die masakkan. sbb anak2 die buat confirmed failed. hehehe

Yatie said...

peria katak tu sebijik mcm katak

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.