BEN ASHAARI

Tuesday, April 15, 2008

CHIFFON PULUT HITAM

Step By Step 1228

Kek Chiffon Pulut Hitam ni mat dah lama nak cuba, resipi asal dari "Dapur Loveliana". Mat buat sedikit pengubahsuaian teknik membuatnya. Resipi dibawah mat bakar dalam acuan kek chiffon berukuran 8 inci....

Bahan A :-)
4 kuning telur (gred A)
35 g gula halus
1/2 camca teh esen vanilla
25 g tepung gandum*
50 g tepung pulut hitam*
1/2 camca teh "Double Acting Baking Powder"*(*disatukan dan diayak)
75 ml pati santan
2 camca besar minyak jagung

Bahan B :-)
4 putih telur gred A
65 g gula halus
1/2 camca teh garam

Cara membuatnya :-)
  1. Putar kuning telur, gula halus dan esen vanilla hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan santan hingga habis, gaul rata. Akhir sekali masukkan minyak jagung. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk pemutar yang bersih dan kering, putar putih telur bersama garam hingga berbuih, masukkan gula halus sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga menjadi kental.
  3. Masukkan adunan n0.2 ke dalam adunan no. 1 dan gaul dengan kaedah kaup balik hingga rata. Masukkan dalam tin chiffon (mat tak sapu apa2 kat tin tu), ratakan dan bakar dalam oven pada suhu 180C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 160C dan bakar lagi selama 25 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan serta merta tin chiffon dan biar kek sejuk dalam keadaan sebegini. Keluarkan kek dan hidangkan.

1 comment:

loveliana,Kuala Lumpur.Malaysia said...

Hi mat gebu..thanks yah karena telah mencuba resipi chiffon hitam dari blog saya :-))..selalu mampir kemari sekiranya ada masa..

king regards
Loveliana Cakes
http://loveliana-online.blogspot.com

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.