ASAM REBUS TEMPOYAK

Step By Step 1226

Ini lauk paling sedaapppp sekali, ishh tak bley nak kata apa dah, ada lauk ni dengan nasi hangat, sambal belacan dan ulam-ulaman pun dah cukup sangat.....setuju takk?

Bahan-Bahannya :-)
5 ekor ikan kembong, siang, kelar2, cuci bersih dan toskan
2 helai daun kunyit, dirabak2
1 keping asam gelugor
800 ml air (atau ikut keperluan)
Garam secukup rasa
1 camca besar tempoyak
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
15 biji cili padi merah*
1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk lumat)

Cara membuatnya :-)
  1. Masukkan bahan tumbuk lumat, tempoyak dan asam gelugor ke dalam periuk, kacau rata. Tuang air dan jerang atas api hingga mendidih. Masukkan ikan dan tambah garam secukup rasa.
  2. Bila mendidih, masukkan daun kunyit, masak hingga ikan masak. Rasa dan jika OK, boleh matikan api dan hidangkan.....senang dan sedappp!!!!
ASAM REBUS TEMPOYAK ASAM REBUS TEMPOYAK Reviewed by Mat Gebu on 4/15/2008 03:15:00 PM Rating: 5

6 comments:

  1. setuju... setuju... lagi sedap kalau ada org tolong masakkan. hehehe

    ReplyDelete
  2. dyg suka makan tu.ehhe sedap lah BR

    ReplyDelete
  3. setujuuuuu...mat, antar sket! hehe

    ReplyDelete
  4. sini bole buat asam rebus jer..tempoyak tak leh nak cari..uhuks

    ReplyDelete
  5. rina...
    hahaha...mmg betul, kalau ada org masakkan lagi sedap, nak sedap lagi kalau ada org suap kan..ahakss!!

    dayang..
    mmg ringkas dan sedap kan....5 minit je dah siap masak.

    Kak Jun..
    Jauh sgt laa kak jun, kalau dekat, bolehh sgt.

    arsaili..
    Sana tak de jual derian ek, kalau ada leh buat tempoyak...

    ReplyDelete
  6. ohhhh.. ilove this recipe
    thanks Mat.. petang nih nak buat. selain
    ikan kembung ikan apa sodap?

    ReplyDelete

PERINGATAN

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.

Powered by Blogger.