Sempena hari lahir Ah mat Gebu dan juga kaum kerabat keluarga serta teman siber, mat pun terpanggil untuk mencuba buat kek yang berhias dengan krim putar...tak pernah seumur hidup buat...kelako pun ada maklumlah, setakat membahagikan kek kepada 3 bahagian tu ok lah, bila nak melepa krim putar..aisey...kekok sangat....

Tapi..kira ok lah kan 1st try....Jadi kek ni khas untuk semua yang menyambut hari lahir pada bulan Januari...seperti...Ah Mat Gebu (itu guaa lahh!!), Aisha Nabila (anak sedara mat), Angah (abg gua!), Pn Jamaliah (bonda gua!), Kak Pah Sherry, Kak Hani, Mama Lydia (kalau tak silap laa), Del, Erni dan sesapa sajalah...Untuk resipi, jom kita lihat...

Bahan Kek (Ini adunan asas, boleh tukar apa2 perisa ikut suka) :-)
5 biji telur gred A
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*diayak 3 kali)
75 ml minyak jagung/sayur
160 g gula halus
15 g ovallate
2 camca besar susu segar
1 camca teh strawberry emulco

Bahan Lain:-)
Krim putar secukupnya
Strawberry pie filling
Chocolate curls
Strawberry segar secukupnya
Coklat rice

Cara membuatnya:-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin kek berukuran 9 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Tuang gula halus bersama ovallate dalam mixing bowl, putar hingga ovallate mesra bersama gula halus. Masukkan kesemua 5 biji telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan kental seperti adunan baulu.
  3. Masukkan strawberry emulco dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Tuang susu segar dan puta hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin tadi dan bakar 25 - 30 minit hingga masak. Keluarkan serta merta dan terbalikkan tin atas jaringan. Biar kek sejuk dalam bekas dalam keadaan terbalik. Bila betul2 sejuk baru tanggalkan tin.
  5. Dengan pisau bergerigi, potong kek kepada 3 bahagian yang sama besar. Letak satu keping kek atas papan kek, sapu rata krim putar, sudukan strawberry pie filling dan ratakan. Tindih dengan lapisan kek kedua dan buat kaedah yang sama. Dan akhir sekali letakkan potongan kek terakhir. Sapu keseluruhan kek dengan krin putar dan hias ikut kreativiti masing2...Selamat mencuba..