SHORTBREAD

Selamat petang semua...hari ni tak de lah masak yang gempar macam bom nak meletup, cuma sempat buat shortbread saja... Resipi asal dari buku "Cakes & Bakes"...dan telah mat ubahsuai sedikit untuk menepati citarasa sendiri. Shortbread ni kalau tak habis, boleh dihancurkan dan dibuat "base" untuk cheese cake.....

Bahan-Bahannya:-)
150 g mentega tanpa garam (unsalted butter)
80 g gula aising (resipi asal guna 115 g gula halus)
150 g tepung gandum*
65 g tepung beras*
1/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1/4 camca teh garam halus (kalau guna mentega biasa, tak payah bubuh garam)
Sedikit gula halus untuk ditabur

Cara membuatnya:-)
  1. Panaskan oven pada suhu 150C, lenser acuan tart berdiameter 9 inci atau tin segi empat berukuran 8 x 8 inci. Alas dasar tin dengan kertas. Jika guna acuan tart, tidak perlu dialas kerana dasarnya boleh ditanggalkan. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula aising hingga sebati dan putih. Masukkan garam (jika gunakan mentega tanpa garam) dan putar lagi. Perlahankan speed, dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  3. Keluarkan adunan dan satukan hingga menjadi doh. Alih ke dalam acuan dan tekat hingga rata. Gunakan belakang sudu untuk melicinkan permukaan doh. Cucuk2 dengan garfu dan buat garisan pembahagi sama besar sebanyak 8 bahagian (seperti dalam gambar di bawah).
  4. Bakar 40 - 45 minit hingga kuning keemasan. Keluarkan dari oven dan biarkan suam. Keluarkan dari acuan, dan potong berhati2 mengikut garisan pembahagi yang telah dibuat tadi. Asingkan bila shortbread betul2 sejuk dan tabur sedikit gula halus.
Contoh doh shortbread yang telah diisi dalam acuan dan dicucuk dengan garfu serta dibuat garisan pembahagi.

Post a Comment

1 Comments

  1. Baru ada kesempatan try this recipe. Sedap sgt!!! Thanks CMG...

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.