BEN ASHAARI

Wednesday, January 23, 2008

ASAM PEDAS LADA HITAM KAK LIZA.....

Pedas, harum dan berangin..itu lah gambaran keenakkan asam pedas lada hitam "Kak Liza" ni...mat memang gemar sangat lauk2 macam ni...Lepas makan badan jadi panas...pastu mulut, hidung, telinga dan mata semua keluar "wap"....ahaks, silap2 sendawa keluar api!!!......Resipi bawah ni copypaste kak liza punya....mintak halal yeaa!!

Bahan Utama :-)
500 g ikan pari (mat guna ikan bawal)
2 biji tomato, belah 4 setiap biji
1/2 cawan jus asam jawa
Air mengikut keperluan
Daun sup, dipotong pendek (mat guna 1 pokok sederhana)
Minyak untuk menumis

Bahan Tumbuh Halus :-)
20 biji cili api (boleh kurangkan)
2 camca besar lada hitam (boleh kurangkan)
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm belacan
1 batang serai
2 ulas bawang putih
6 biji bawang merah kecil

Cara membuatnya :-)
  1. Basuhkan, rendam dengan asam limau, asam jawa dan garam. Bilas dan toskan hingga kering.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi dan masak/terbit minyak. Masukkan jus asam jawa dan air (ikut keperluan) dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan, garam dan belahan tomato. Renih kuah hingga sedikit pekat. Taburkan potongan daun sup dan boleh dihidangkan bersama nasi putih.....""panasss""......

5 comments:

Ummi said...

Amboiii mat, habis manis (*kek2 bercoklat tu)sepah dibuang ek, ko kutip lak resepi yang pedas berangin gini..kalu akak keluar sume air hidung, air mata le lepas makan ni..hehe..kena letak lidah tepi kipas la pulakk!!

Mat Gebu said...

hahaha...itu tak pe lagi kak...Jgn sampai tido depan pintu bilik air sudahh laaa...hahaha, kes naya tuu...

jo ayee said...

buat kan ku terliur lg..cum aprob kat sini nak dpt kan ikan..nak muak makan kambing..ayam...

Mat Gebu said...

Jo..
susah ke nak dpt ikan kat sana?...Aisey...payah lah nak dpt makan ikan segar mcm tu..

princessharyati said...

org utara panggil ni masak pindang

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.