RESIPI MASAK LEMAK CILI API DAGING SALAI

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak lemak cili api daging salai sama rebung jeruk. Sepatutnya che mat nak cuti masak sebab lauk semalam masih ada, tapi mak pakcik sebut daging salai masak lemak cili api, jadi kita masakkan lah, lagi pun tak susah mana, bahan2 pun dah ada. Satu yang bagusnya masak lemak cili api style Negeri Sembilan ni, bahan2 dia cukup minima. Dah lah tu sedap pulak. Tapi jangan salah faham yea, bila sebut masak lemak cili api, bukan khusus di Negeri Sembilan sahaja, di negeri2 lain pun ada, jadi cara masak dan bahan2 dia pun berbeza. Maka bila nampak orang lain kongsi masak lemak cara mereka, kita toksah lah pi komen2 negetif. Dia orang pun tak paksa kita ikut resipi yang diberi, betul tak.Bagi yang tak makan rebung, sama ada rebung segar atau rebung jeruk, boleh ganti dengan pucuk ubi, guna kentang pun boleh. Kalau ada belimbing buluh pun boleh guna. Che mat guna santan kotak saja, kalau nak betul2 authentic, guna santan segar. Tapi guna santan kotak 'KARA' ni pun dah sedap, serius tak tipu. Daging tu che mat masak dulu sampai empuk dengan bahan2 tumbuk dan serai, maklumlah sejak usia menuju ke warga emas ni, gigi pun dah tak kuat. Kalau dah bersedia, jomm kita semak resipi di bawah ni...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 mangkuk hirisan daging salai (yang ni ikut lah budget masing2 nak banyak mana)
1 mangkuk rebung jeruk, cuci dan toskan
2 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
1 kotak kecik (200 ml) santan KARA
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN TUMBUK HALUS :-)
20 biji cili padi kampung (yang ni nak lebih atau kurang, ikut suka masing2)
2 inci kunyit hidup, pilih kunyit tua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daging salai dicuci, toskan dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 tumbuk halus dan serai. Tuang air hingga daging tenggelam. Masak hingga daging salai empuk, kalau air rebusannya kurang tapi daging masih keras, tambah air panas secukupnya.
  2. Bila daging empuk, masukkan rebung jeruk dan asam gelugor. Kacau rata dan masak sekejap. Tuang santan, dan tambah sedikit air panas jika perlu. Kacau perlahan dan masak dengan api kecil hingga mendidih, kacau sentiasa agar santan tak berkepala.
  3. Perasakan dengan garam secukupnya, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas dan lauk2 lain.
CATATAN MAT GEBU :- Disebabkan che mat guna daging salai, maka che mat skip halia, kalau guna daging segar, baru guna sedikit halia. Satu lagi che mat tak letak daun kunyit (yang dalam gambar tu, hanya untuk hiasan saja) sebab bila masak lemak cili api ayam, daging atau itik, secara tradisinya kita gunakan serai sahaja. Kalau ikan, udang atau ketam, baru guna daun kunyit. Tapi nak masuk serai dan daun kunyit sekali pun ok, tak jadi masalah. Selamat mencuba!

Post a Comment

1 Comments

  1. Sedapnya Mat... tempat aku ada jual daging salai, nanti nak cubalah..
    Thanks juga petua daun ko tu..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.