RESIPI KEK PAUN KLASIK

Assalammualaikum, salam semua. Hari ni saja lah nak kongsi resipi kek paun klasik. Kek ni sebenarnya bukan resipi che mat, aku dapat kat youtube, tapi che mat ada lah oter sikit, sebab resipi asal ada guna 'rum' atau alkohol, kita ni muslim mana boleh makan benda2 tu, jadi pandai2lah ubah suai untuk jadikan ianya halal dimakan. Kek ni rasa dia memang klasik dan tak guna sebarang agen penaik atau pun stabilizer seperti ovallate. Cukup lemak dan yang menjadikan rasa dia bertambah lazat dan wangi ialah penggunaan whipping cream. Tapi kalau nak ganti guna susu sejat pun ok, cuma lemak dia kurang sikit lah. Apa2 pun che mat sarankan gunalah whipping cream, sebab rasa dia memang sedap, kita pun nak makan sekali2 ajer  bukan makan hari2, mau kang gula naik, kolestrol naik dan macam2 lagi lah yang naik...grrr, stress kan kalau fikir hal2 macam tu...

Kek ni saiz dia kecik saja, che mat guna acuan saiz 7 inci x 3 inci x 3 inci, Tu pun boleh makan untuk 3 - 4 orang kot, tapi kalau kat rumah jenis ramai penduduk, pandai2 lah yea gandakan adunan tu pada 2 atau 3 kali ganda dan bakar lah dalam bekas besar. Kalau ikut teknik asal, kek ni memang bahagian tengah dia sedikit 'ketawa' atau terbelah, memang dia buat macam tu, berdasarkan video yang che mat tengok di sini, selepas kek dibakar selama 10 minit, kita buat garisan memanjang dan sambung bakar hingga kek masak. Mesti ada yang tanya, kek tu tak terbantut ke? Alhamdulillah tak dan elok, mula2 che mat pun macam tu juga, tapi sekali tengok, ehh, ok lahh. Bagi yang teringin nak mencuba, che mat kongsikan resipi dia kat bawah ni, kek ni memang berbaloi rasa dia mantap!

BAHAN-BAHANNYA :-)
110 gram mentega tulen tanpa garam (unsalted butter)
2 biji telur gred A
70 gram gula kastor (resipi asal guna 100 gram)
140 gram tepung kek, diayak
1/4 camca teh garam (kalau guna salted butter, garam toksah taruk)
80 ml whipping cream
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180 C (atau ikut kebiasaan oven anda bila membakar kek). Lenser acuan berukuran 7 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega dan alas dasar dan tepinya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga kembang dan pucat, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan whipping cream hingga selesai. Putar sebati.
  3. Akhir sekali masukkan esen vanilla dan air, kacau rata dengan spatula. Tuang adunan ke dalam tin yang telah disediakan tadi, ratakan dan masukkan ke dalam oven, bakar kek selama 35 - 40 minit. Selepas 10 minit kek dibakar, buat lorekkan memanjang dengan hujung pisau atas permukaan kek dan sambung bakar hingga kek masak. 
  4. Uji kek dengan lidi sate bersih atau cake tester, jika keluarnya bersih, tanda kek dah masak. Keluarkan dari oven dan biarkan sekejap. Boleh keluarkan kek dari tin, sejukkan atas jaringan sebelum dipotong. Boleh hidangkan, selamat mencuba!

Post a Comment

1 Comments

  1. Selalu tengok isteri Jatt Ali buat kek pound ni. Teringin jugak nak rasa, dah ada resepi ni bolehlah dicuba. Tq Che Mat.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.