RESIPI IKAN KUAH LADA GAYA NYONYA

 

Assalammualaikum, selamat bertemu kembai, phewww lama giler tak update blog, sebulan lebih ada kot. Kali terakhir bulan September tu hari kan? Masak pun benda2 biasa saja, kalau masukkan dalam blog, risau orang bosan, ada tu che mat cuma kongsikan resipi sama ada di FB atau pun IG. Kebetulan layout blog che mat pun dah bertukar, sejajar dengan peningkatan usia yang lebih 'muda'...haha, terima kasih pada Sunah Mohammad yang sudi tukar layout blog tiffinbiru agar lebih ringan untuk discroll, terutama untuk pengguna2 telefon pintar. Hari ini che mat kongsikan resipi orang peranakan baba nyonya, iaitu ikan kuah lada, guna ikan pari. Resipi dari chef Nyonya yang aat che mat hormati, Chef Florence Tan. Dah beberapa kali juga che mat masak resipi ni dan serius kena dengan selera. Ikan kuah lada versi orang Nyonya ni tak sama dengan asam pedas, dia tak guna cili kisar, hanya guna lada sulah. Kuah dia pun kaler kuning dan rasa dia lemak2, sebab ada guna buah keras. Ikan kuah lada ni wajib ada sambal belacan, baru ngam. Che mat ada masukkan terung sebiji dan tomato dan tambah cili hijau dan cili merah hiris kasar. Bagi yang nak mencuba, boleh semak resipi kat bawah ni yea....

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ikan pari, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
1 kuntum bunga kantan, belah 2
1 biji tomato, belah 4
1 biji terung ungu saiz kecik, hiris serong sederhana tebal dan rendam
1 biji cili merah, hiris kasar atau belah 2
1 biji cili hijau, hiris kasar atau belah 2
1/2 camca besar pes asam jawa Adabi
1 camca teh lada putih kisar (lada sulah)
1 kiub ikan bilis Maggi (optional)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
1 batang serai (hiris halus), kalau serai kecik, guna 2 batang
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum dan pecah minyak, kacau sentiasa dan masak guna api kecil. Masukkan sedikit air dan tumis lagi hingga betul2 pecah minyak. Masukkan pes asam jawa dan kacau rata.
  2. Tuang air secukupnya, anggaran 3 cawan. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan serbuk lada sulah. Kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan ikan pari dan bunga kantan, masak hingga ikan pari masak.
  3. Tambah terung (toskan dulu air rendamannya) dan perasakan dengan garam secukup rasa. Masak hingga terung lembut sedikit. Masukkan cili hijau dan cili merah, masak sekejap dan akhir sekali masukkan tomato, kacau perlahan dan sesuaikan rasa. Jika ok boleh matikan api. Hidangkan ikan kuah lada dengan nasi panas, sambal belacan dan ulam2man. Selamat mecuba!..

Post a Comment

3 Comments

  1. Perghhh sedapnyaaa Mat.. terus rasa nak try nanti, lagi musim hujan ni kannn...

    ReplyDelete
  2. Saya dah lama tak makan ikan pari pastu biasanya tahu ikan pari bakar jer , nanti nak try masak guna resepi abam nih.

    ReplyDelete
  3. Biasanya saya kalau ikan pari masak asam pedas atau bakar jer abam , nanti nak cuba masak gini pulak sebab nampak sedappp

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.